Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, June 23, 2010

Kuching ooo Kuching



Pengembaraan saya bermula di Melaka Sentral pada awal pagi menaiki Bas Ekspress Transnational ke LCCT dan kemudian naik pula penerbangan AirAsia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching… Cuaca di Kuching sangat bagus (langit cerah dan suhu 32*c je, x panas macam semenanjung).

Sepanjang di Kuching, saya menginap kat homestay dan bersiar2 dengan kereta yang disewa. Ni bukan homestay rumah panjang tuh tapi homestay rumah biasa je kat taman perumahan…

Tempat-tempat menarik yang saya dah lawati :


Waterfront Kuching
Cultural Village
Muzium Sarawak
  • Waterfront Kuching – Kawasan tebing Sungai Sarawak yang dibangunkan dengan cantik. Kat sini boleh tengok bangunan-bangunan cantik di seberang sungai seperti Astana dan Bangunan DUN Sarawak.
  • Muzium Sarawak – Masuk percuma tapi tempat untuk parking sangat terhad. Dalam muzium ni boleh tahan jugaklah. Banyak pasal cara hidup etnik-etnik Bumiputera Sarawak dan pasal spesis-spesis haiwan kat Sarawak… 
  • Muzium Seni – Kat sebelah Muzium Sarawak je 
  • Jalan India – walking distance je dari waterfront. macam bazar je tapi barang yang dijual x menarik sangat r, bukan barang-barang spesel Sarawak 
  • Muzium Tekstil – Muzium ni menarik tapi tak ramai sangat orang coz kurang promosi. Banyak tunjuk pasal baju-baju dan perhiasan etnik-etnik berbeza di Sarawak 
  • Muzium Kucing – ini kat bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang kat atas bukit tuh. Kalau anda peminat kucing, jangan lupa datang sini, tapi pameran kucing jelah, xde kucing hidup kat sini... Koleksi barang-barang yang bermotifkan kucing memang banyak... 
  • Fort Marguerita – Dekat je dengan Bangunan DUN Sarawak, mengadap sungai tapi xde access road untuk kereta buat masa nih (kena berjalan kaki dalam 400m). pemandangan dari tempat ni cantik 
  • Main Bazar – juga within walking distance dari waterfront. Kat sini ada banyak kedai cenderahati, ada kedai bukak sampai pukul 8 malam, jadi xperlu rush sangat. Memang banyak pilihan, ambil masa jugak r nak pilih barang-barang untuk dibeli (rambang mata)… huhu 
  • Tasik Biru, Pekan Bau – tasik ni serius betul-betul biru pekat, x nampak jelas dasar tasik tapi boleh nampak baying-bayang gunung lagi dalam tasik nih.. Cantik, tapi boleh tengok jelah, x boleh pancing dan mandi kerana tinggi sangat kandungan arsenik dalam air tasik nih… Mungkin arsenik tu yang buat air jadi warna biru pekat kut…  
  • Cultural Village Sarawak – ni memang tempat yang mesti pergi kalau kat Sarawak. Bayaran masuk RM60 untuk dewasa, RM25 untuk orang yang lahir kat Sarawak (cam saya), dan RM15 untuk student universiti (kena tunjuk student card)… Ada banyak rumah-rumah setiap etnik di Sarawak… Dalam setiap rumah tu ada tour guide yang akan terangkan pasal cara hidup setiap etnik tuh, perbezaan rumah-rumah panjang etnik berbeza etc… Yang paling menarik adalah persembahan kebudayaan etnik2 sarawak setiap hari pada pukul 11 pagi dan pukul 4 petang je… 
  • Pasar Satok – sini tempat membeli ikan terubok masin yang terkenal dari Sarawak tuh
  • Kilang Pasu Sarawak


Barang-barang special yg biasa pelancong beli kat Kuching pulak adalah: 

  • pasu Sarawak 
  • Kek Lapis Sarawak
  • ikan terubok masin
  • lada hitam
  • kraftangan ukiran kayu
  • nanas
  • kain pua
  • batik sarawak
  • etc 

Selepas 5 hari 4 malam di Kuching, kami pulang dengan bagasi2 yang berat... Jangan lupa, limit berat bagasi untuk AirAsia adalah 20kg je, so kalau nak shopping tuh agak2 lah k...

Kesimpulannya, Kuching memang destinasi percutian yang menarik... Harap-harap ada orang yang membaca entry nih dan tertarik untuk mengunjungi Kuching satu hari nanti... Huhu... Selamat bercuti

3 comments:

Polaris Girl said...

sje nk bg org jeles.. huh

ezud zaliy said...

bukan r, saje je nak cerita + promote perlancongan dalam malaysia... nanti baru orang tertarik nak gi kuching kan... Kalau nak gi kuching tuh, baca balik blog entry ni before gi k... huhuhu

Polaris Girl said...

eh x tnjuk souvenir sane ke?? xkn gtau je kot. HAHA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails