Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Showing posts with label In-patient pharmacy. Show all posts
Showing posts with label In-patient pharmacy. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Managing Satellite…


Ok, hari ni nak cerita sikit pasal farmasi satelit Hospital Sultanah Aminah JB (dah 3 minggu tertangguh menulis post ni)… 

Farmasi satelit???

Farmasi satelit adalah farmasi yang dilancarkan ke orbit untuk membekalkan ubat-ubat kepada angkasawan di angkasa lepas…

Angkasawan pun perlukan ubat juga... Hehe
Huh? Iye ke?

Tak lah, saje je nak test pengetahuan korang (untuk orang yang tak tahu lah), mostly pembaca blog saya kalau dikalangan student farmasi mesti dah tahu kan …

Farmasi Satelit adalah term yang digunakan untuk merujuk kepada farmasi yang jauh daripada farmasi induk… Biasanya bila hospital akan mewujudkan beberapa Farmasi satelit untuk menyediakan perkhidmatan kepada wad-wad yang jauh daripada Farmasi Induk…

Beban kerja di farmasi satelit juga berbeza diantara satu hospital kepada hospital lain… Bergantung kepada wad yang disservice oleh farmasi tu, jumlah pesakit yang terlibat, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh farmasi satelit itu…

Hospital lain kebanyakannya mungkin ada banyak Farmasi Satelit, tapi di HSA kami cuma ada satu saje, Farmasi Satelit A….

Dalam rotation selama 8 minggu di Farmasi In-patient,PRP HSA akan bertugas selama seminggu (atau mungkin lebih) di farmasi satelit ni…

Saya rasa Farmasi Satelit A di HSA boleh masuk dalam kategori farmasi satelit yang sibuk, beban kerja pun lebih sikit daripada farmasi induk… 

Mostly kerana staf di sini kurang berbanding di farmasi induk… Cuma ada 2 FRP, 3 PPF dan 1PRP (atau 2, bergantung kepada jadual rotation)… Tu belum consider kalau ada staf yang bercuti, lagi busy…

In addition to that, farmasi satelit HSA juga bertanggung jawab utk supply ubat kepada medical ward di HSA… medical ward kan lebih sibuk dan dynamic berbanding surgical ward dan ICU etc (maknanya patient biasanya terima lebih banyak ubat dan patient tak stay lama dalam ward, mungkin akan di discharge selepas sehari dua sebab tak kronik)…

Farmasi Satelit HSA juga banyak menguruskan discharge dispensing dan counselling.. Mungkin kerana agak jauh untuk patient yang discharge untuk mengambil ubat mereka ke Farmasi A+E di bangunan induk…

Discharge counseling... Take your time when counseling elderly patients...

Di Farmasi Induk, kami banyak melakukan berside counselling tapi sedikit je discharge counselling kerana patient prefer ambil sendiri ubat discharge di kaunter Farmasi A+E…

Farmasi Satelit A takde langsung buat bedside counselling sebab kerja yang sedia ada pun dah berlambak kan, so untuk bedside counselling kami akan relay permintaan untuk bedside kaunseling kepada PRP yang jaga wad…

Oh ya, Farmasi Satelit HSA juga takde perkhidmatan dispense DD dan Psikotropik drug… Semua ward kena indent DD daripada Farmasi Induk…

Apart from that, sistem kerja di Farmasi Satelit basically sama je dengan Farmasi Induk… Screening, CDS, filling dan counterchecking semua sama je caranya…

Ok tu je cerita pasal topik yang tak menarik sangat ni… Kawan-kawan di Hospital lain mungkin berbeza sikit perkhidmatan Farmasi Satelit korang kan…

Next post akan bercerita tentang Oncology pharmacist pulak…

Sunday, August 21, 2011

Bekerja seperti tiada life…


Minggu pertama bekerja, kami masih lagi homeless, memang xde masa nak cari umah, so kami merempat di rumah encik azwadi di Taman JP Perdana (area dekat Hosp Sultan Ismail, arah ke Kota Tinggi kalu dari JB). 

Bertolak dari situ setiap pagi pukul 6.50 pagi, dan tiba di HSA pukul 7.45pagi. Pastu kena punch in kat bangunan X-ray dan bergegas ke In-Patient (Ward Supply) Pharmacy. 

punch kad setiap hari...
Kenapa bergegas? Sebab setiap pagi ada staff meeting kat unit ni. Apa yang dibincangkan dalam meeting? Biasanya update pasal stok, pekeliling terbaru, isu hari sebelumnya, ubat special untuk doktor-doktor pakar di wad etc…

camni la rupa staff meeting, cuma staf ward supply pharmacy x ramai camni la... hehe

Apa jobscope di In-Patient pharmacy? Klien kami adalah ward-ward di HSA, dan tugas kami adalah bekalkan ubat "floor stock", ubat "emergency trolley", dangerous drug (seperti morphine), psikotropik drug (seperti diazepam) dan memproses prescription bagi pesakit yang ditahan tinggal dalam wad.

Macam senang bunyi nyer kan? Actually tak pun… Dan banyak masalah yang timbul dalam proses-proses ni.

Mula-mula start keje kat unit ni, saya ditugaskan di bahagian “filling”. Kerja ni tak susah sangat la, cuma top-up floor stock setiap wad, bekalkan ubat emergency trolley dan bungkuskan ubat mengikut prescription yang telah di “screen” dan di label ke dalam troli ubat.

Troli ubat yang akan diisi oleh staf farmasi in-patient (ward supply)
Tapi yang susahnya sebab tak tahu lokasi ubat time mula-mula kerja… Ada banyak giler ubat dalam rak-rak ubat, ada yang dalam bilik fridge, ada yang dalam stor je, ada yang kat bahagian ubat pakar, so struggle jugak la nak cari satu-satu ubat untuk masukkan dalam trolley ubat. PPF banyak membantu time awal-awal ni…

sukarnya mencari ubat untuk filling prescription...
HSA mengamalkan  sistem pembekalan ubat secara Unit of Use dan Unit of Dose (tapi sikit je wad yang guna UOD ni, kebanyakan guna UOU).

Selepas sehari dua buat filling je, dah graduate kepada counter-checking… Buat filling dulu, bila dah siap, counter-check untuk pastikan ubat yang dah di bungkus tadi ubat yang betul, strength ubat yang betul dan kuantiti yang dibekalkan mencukupi. Biasanya countercheck ubat yang di fill oleh orang lain la, yang kita fill tadi seeloknya bagi orang lain check…

Awal minggu kedua, akhirnya graduate kepada tugas yang lebih mencabar, “screening” prescription. Prescription akan dihantar by wad dan perlu disaring. Tugas ni agak sukar untuk di terangkan, banyak prosesnya, tapi the jist is that kami akan pastikan ubat yang diprescribe oleh doktor adalah sesuai, dalam dose yang betul, tarikh betul, dan dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi sehingga trolley day yang berikutnya… Kalau tak, boleh reject prescription tu...

ceh, screening sebelah mata jek... hehe

Penting semasa proses screening ni untuk mengetahui apa preparation yang ada di farmasi tu, sape yang boleh prescribe (tengok MOH blue book dan policy hospital), dan stability setiap IV preparation.

setiap IV preparation ada stability yang berbeza...

Minggu ketiga saya graduate lagi kepada tugas CDS pulak… Dalam tugas ni, saya kena key-in manual prescription yang dah disaring tadi ke dalam sistem komputer dan buat computerized nyer label for new prescription (yang bukan top-up prescription).. Tugas ni sangat mencabar sebab ada satu komputer je yang digunakan untuk CDS ni jadi sorang je yang akan buat tugas ni sepanjang minggu..

Kira 4-5 orang pegawai farmasi akan screen pastu bagi kat sorang untuk key-in dalam computer… kalau lambat buat memang obvious sangat la sebab nanti fail akan membukit di sebelah, dan FRP dan PPF pun akan tegur… hehehe… Neway, selepas dah key-in dan label, baru prescription akan di fill dan akhirnya di counter-check…

key-in prescription ke dalam CDS... dan buat label...

Apa lagi tugas-tugas di in-patient pharmacy? Jaga dangerous drug dan psikotropik drugs (saya belum buat lagi), buat extemporaneous preparation (biasanya syrup untuk paeds dan neonates wards), buat ward inspection, dan bedside counselling (naik ke ward dan ajar patient guna device cam inhaler dan eye ointment etc)…  

extemporaneous compunding buat syrup untuk kanak-kanak dan baby...
bedside counselling... tapi gambar ni bukan bedside pun... layan je lah.. hehe
Sepanjang minggu pertama, kami berempat punch kad pukul 5 lebih dan terus beli makanan di cafĂ© hospital… Keluar dari hospital pukul 5.30ptg tapi akhirnya sampai di rumah senior tu dalam pukul 7.15malam (waktu berbuka)… Malam pulak tido awal supaya esoknya bangun awal bersiap ke hospital… Memang takde life…

That concludes my experience in HSA In-patient Pharmacy (Induk)… Next week saya akan bertugas di Satellite in-patient pharmacy pulak… mungkin lebih mencabar… Semoga coretan yang ringkas tapi masih berjela2 ni berguna untuk orang yang membacanya… hehe   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails