Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, September 16, 2011

Malaysia Memerlukan Kita...



Satu usaha yang baik untuk increase awareness rakyat Malaysia tentang kepentingan mengundi...

Sunday, September 11, 2011

Managing Satellite…


Ok, hari ni nak cerita sikit pasal farmasi satelit Hospital Sultanah Aminah JB (dah 3 minggu tertangguh menulis post ni)… 

Farmasi satelit???

Farmasi satelit adalah farmasi yang dilancarkan ke orbit untuk membekalkan ubat-ubat kepada angkasawan di angkasa lepas…

Angkasawan pun perlukan ubat juga... Hehe
Huh? Iye ke?

Tak lah, saje je nak test pengetahuan korang (untuk orang yang tak tahu lah), mostly pembaca blog saya kalau dikalangan student farmasi mesti dah tahu kan …

Farmasi Satelit adalah term yang digunakan untuk merujuk kepada farmasi yang jauh daripada farmasi induk… Biasanya bila hospital akan mewujudkan beberapa Farmasi satelit untuk menyediakan perkhidmatan kepada wad-wad yang jauh daripada Farmasi Induk…

Beban kerja di farmasi satelit juga berbeza diantara satu hospital kepada hospital lain… Bergantung kepada wad yang disservice oleh farmasi tu, jumlah pesakit yang terlibat, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh farmasi satelit itu…

Hospital lain kebanyakannya mungkin ada banyak Farmasi Satelit, tapi di HSA kami cuma ada satu saje, Farmasi Satelit A….

Dalam rotation selama 8 minggu di Farmasi In-patient,PRP HSA akan bertugas selama seminggu (atau mungkin lebih) di farmasi satelit ni…

Saya rasa Farmasi Satelit A di HSA boleh masuk dalam kategori farmasi satelit yang sibuk, beban kerja pun lebih sikit daripada farmasi induk… 

Mostly kerana staf di sini kurang berbanding di farmasi induk… Cuma ada 2 FRP, 3 PPF dan 1PRP (atau 2, bergantung kepada jadual rotation)… Tu belum consider kalau ada staf yang bercuti, lagi busy…

In addition to that, farmasi satelit HSA juga bertanggung jawab utk supply ubat kepada medical ward di HSA… medical ward kan lebih sibuk dan dynamic berbanding surgical ward dan ICU etc (maknanya patient biasanya terima lebih banyak ubat dan patient tak stay lama dalam ward, mungkin akan di discharge selepas sehari dua sebab tak kronik)…

Farmasi Satelit HSA juga banyak menguruskan discharge dispensing dan counselling.. Mungkin kerana agak jauh untuk patient yang discharge untuk mengambil ubat mereka ke Farmasi A+E di bangunan induk…

Discharge counseling... Take your time when counseling elderly patients...

Di Farmasi Induk, kami banyak melakukan berside counselling tapi sedikit je discharge counselling kerana patient prefer ambil sendiri ubat discharge di kaunter Farmasi A+E…

Farmasi Satelit A takde langsung buat bedside counselling sebab kerja yang sedia ada pun dah berlambak kan, so untuk bedside counselling kami akan relay permintaan untuk bedside kaunseling kepada PRP yang jaga wad…

Oh ya, Farmasi Satelit HSA juga takde perkhidmatan dispense DD dan Psikotropik drug… Semua ward kena indent DD daripada Farmasi Induk…

Apart from that, sistem kerja di Farmasi Satelit basically sama je dengan Farmasi Induk… Screening, CDS, filling dan counterchecking semua sama je caranya…

Ok tu je cerita pasal topik yang tak menarik sangat ni… Kawan-kawan di Hospital lain mungkin berbeza sikit perkhidmatan Farmasi Satelit korang kan…

Next post akan bercerita tentang Oncology pharmacist pulak…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails