Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Showing posts with label mass media. Show all posts
Showing posts with label mass media. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

BERSIHkan Nescafe O Ais itu...

Artikel ni nak cerita pasal Bersih 2.0 sebenarnya (xde air nescafe yang tumpah semasa penulisan artikel ni)... hehe

Dah lama tak komen pasal isu semasa... Tapi disebabkan kat akhbar-akhbar pun asyik duk citer pasal benda ni jek, gatal plak tangan nak komen ckit...


Ramai yg sokong Bersih 2.0 (melalui pengamatan di internet, blog etc)... dan tidak kurang ramai yg against demonstrasi aman Bersih ni (melalui pengamatan di media massa arus perdana)... tapi ramai orang yg sokong for the wrong reason dan ramai orang yg menentang also for the wrong reason...

Tahukah anda bahawa Bersih 2.0 ni berdemo untuk menuntut 8 tuntutan yang diharap dapat ensure pilihanraya yang adil dan bersih... 8 tuntutan itu adalah seperti berikut:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan “pengundi hantu” seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • PDRM perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

Bersih 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Ok, itu je 8 tuntutan Bersih 2.0... Teruk sangat ke? Mustahil nak dilaksanakan ke?

Anehnya, yang masuk akhbar dan TV tu semua membincangkan keburukan berarak di jalan raya dan bagaimana PDRM enggan bagi permit berhimpun sebab tak percayakan penganjur BERSIH 2.0 akan berhimpun dengan aman (dan isu-isu lain yang mengancam keharmonian negara bila dibincangkan)... Cubalah bincangkan tuntutan ni secara ilmiah... 

Mungkin pemimpin-pemimpin kita, dan pihak SPR boleh menyatakan adakah mereka sokong 8 tuntutan ni (mungkin ada yang sokong sebahagian saje), atau mereka totally against tuntutan-tuntutan ni dan sebab kenapa mereka sokong dan tentang... (Note kepada wartawan-wartawan diluar sana, mungkin korang boleh tanya soalan-soalan ilmiah camni time interview dengan pemimpin-pemimpin...)

Saya personally rasa 8 tuntutan ni SANGAT BAIK untuk diimplementasikan dalam Pilihanraya Malaysia... Terutama tuntutan nombor 5... SPR pulak jangan la rasa cam dikritik pulak, cuba ambil ni sebagai idea baru untuk menambahbaik sistem pilihanraya di Malaysia...

Kepada pembaca pulak, tak kisahlah nak sokong ke nak bantah, at least korang aware dengan isu pokok yg patutnya dibincangkan... Tanya diri sendiri, tuntutan mana yang korang sokong dan yang mana yang korang tak suka...

Neway, tu je utk isu ni, rasa nak tulis pendek tp dah terpanjang plak...

Ps: U won't see me marching at KL on the 9th of July... I'll just be here, reading news and maybe writing some more... hehe

Friday, December 31, 2010

Beli suratkhabar untuk bungkus nasi lemak


Post ni bukan pasal saya nak bukak business nasi lemak, tapi berkenaan rakyat Malaysia yang dah tak minat membaca akhbar "mainstream". 

Ini bukan berita yang memeranjatkan pun, dah lama dah orang tahu... cuma statistik yang rasmi ni agak baru dikeluarkan... Kebanyakan akhbar-akhbar "mainstream" dah semakin tak laku, penjualan merudum...

Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star semuanya akhbar yang dimiliki kerajaan, dan semuanya asyik memaparkan isu-isu politik yang sering kali merupakan  benda yang remeh-temeh yang dibesar-besarkan...

Penjualan akhbar-akhbar ni dah menurun, tapi oleh kerana banyak dijual secara "bulk sales at discounted rates" kepada sekolah-sekolah, IPT (termasuk Library IIUM Kuantan) dan hotel, maka boleh survive lagi kut (for the time being)... 

Kebanyakan orang dah berhenti beli akhbar-akhbar ni sebab banyak memaparkan isu-isu remeh yang dipolitikkan je... 

Orang ramai lebih gemar akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro yang menceritakan pasal isu-isu sosial seperti liputan jenayah dan masalah sosial... 

Mungkin orang awam rasa isu-isu sosial dan setempat lebih relevan kepada mereka berbanding isu politik...

Bagi saya pulak, saya hanya akan beli akhbar kalau headline hari tu menarik minat saya... Hari-hari lain, saya baca berita di portal berita online saja... hehe... Anda pula bagaimana?


Di bawah adalah petikan berita yang berkenaan tajuk post...

KUALA LUMPUR, Dec 31 — Newspaper circulation in the country maintained its downward slide this year as readers continue to shun hard news in government-controlled titles for more sensationalist tabloids.

Circulation of local media mainstays — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia and Berita Harian — has fallen over the past five years, in some cases dramatically so.

Audit Bureau of Circulations (ABC) figures for the full year ended June 30, 2010 show: 

The Star’s circulation from 295,479 to 286,409 (-3.1 per cent drop),
the New Straits Times from 120,770 to 109,341 (-9.5 per cent drop),
Utusan Malaysia from 181,346 to 170,558 (-5.9 per cent drop),
and Berita Harian from 183,187 to 160,597 (-12.3 per cent drop).

Sales of the four newspapers have been falling these past five years, with ALL but The Star registering drops of 20 per cent or more between 2005 and 2009.

So-called “light reading” newspapers like Malay-language Harian Metro and Kosmo, on the other hand, continue to go from strength to strength, posting higher sales numbers this past year on top of already impressive circulation numbers.

Kosmo was the biggest winner with a massive 32.9 per cent jump in circulation from 129,633 last year to 172,252 this year. 

Harian Metro also managed to chalk up an impressive 11.8 per cent rise in circulation to 378,354.

Free paper The Sun recorded a 4.38 per cent boost in circulation from 287,935 to 300,512.

Bulk sales — the practice of selling bundles of copies at discounted rates for distribution in schools, airplanes and hotels — now make up a slightly higher proportion of average net sales per publishing day for mainstream papers.

Reduced rate sales for The Star went up from 8 to 10 per cent of total sales, the New Straits Times from 23 per cent to 27 per cent, Utusan Malaysia from 6 per cent to 7 per cent and Berita Harian from 13 per cent to 19 per cent.

In contrast, bulk sales for Kosmo, Harian Metro and Chinese-language dailies constituted one per cent or less of daily average sales....

Baca berita penuh di sini...

Ps: tajuk post ni memaparkan kurangnya orang membeli surat khabar untuk dibaca.. mungkin ada sesetengah orang yang tidak lagi membeli surat khabar dan hanya membeli surat khabar bila surat khabar itu datang dalam bentuk bungkusan nasi lemak saja... hehe

-The End-

Wednesday, December 1, 2010

Tak jumpa bas, jalan kaki

Tahniah diucapkan kepada Khairy Jamaluddin (MP Rembau) kerana telah naik pengangkutan awam hari ni dan melaporkan kelemahan pengangkutan awam tu kepada akhbar...

Beliau telah naik LRT dari stesen Bukit Jalil ke Masjid Jamek... Pastu turun je stesen Masjid Jamek ingatkan ada bas untuk gi ke Parlimen, tapi tanya-tanya orang kat situ, semua tak tau pun perhentian bas yg berdekatan kat mana...

Jadi dia pun jalan kaki dari stesen LRT tu ke Parlimen... Ok tu je ceritanya dalam akhbar The Star hari ni...

Jangan salah faham saya sebagai penyokong dia plak, yang saya sokong tu pengangkutan awam sebenarnye...

Tapi apa yang dia buat ni memang bagus la, naik sendiri pengangkutan awam (bukan buat rombongan beramai-ramai dengan pihak atasan lain), dan rasa sendiri kelemahan sistem pengangkutan awam ni... Pastu report dalam akhbar bagi orang -orang lain baca gak...

Lagi baik kalau lepas ni dia boleh komplen terus kepada pihak berkuasa cam Menteri Pangangkutan ke, bagi mereka ni sedar kelemahan tuh... Lepas tu bila dah sedar baru lah boleh kita perbaiki mutu pengangkutan awam ni kan...  

Sekarang bagi contoh yang lagi baik, tapi kat luar negara la... Datuk Bandar New York setiap hari gi kerja naik tren subway... Walaupun dia kaya-raya tapi dia guna gak pengangkutan awam setiap hari tau...

Tak kisah la ada orang akan mengata nak cari publisiti ke apa ke, tapi kalau orang yang memang naik public transport setiap hari dia akan tahu le kalau ada kelemahan dalam sistem pengangkutan awam bandar dia kan... 

Dan kalau orang macam ni mengkritik pasal pengangkutan awam, at least orang akan acknowledge la yang dia memang naik public transport dan dia faham masalah yang terjadi...

Tapi kita di Malaysia, pihak-pihak atasan yang banyak keluarkan kenyataan pasal public transport pun macam tak pernah naik public transport sebagai orang awam je... 

Cuba naik komuter masa sesak sampai tak boleh nak masuk tren dan kena tunggu tren berikutnya... Atau cuba naik bas awam dan kena marah sebab takde duit kecik... Benda-benda macam ni selalu je berlaku pada orang awam kan... 

Bas lambat... Bas sesak... LRT berhenti tengah-tengah landasan... Diganggu ulat tiket... Takde connectivity di antara public transport yang berbeza... Banyak lagi masalah yang banyak orang komplen tapi belum diselesaikan... 

Mungkin kerana pihak atasan tak sedar masalah tu atau tak rasa urgency dalam menyelesaikan masalah tu sebab bukan dia yang kena hadapi masalah tu setiap hari... Kalau mereka sedar mungkin cepat sikit masalah tu diselesaikan...

Anyway, lepas ni diharapkan lebih pihak atasan akan sudi guna public transport sebagai orang awam biasa... Dan untuk Khairy pula, harap lepas ni terus naik public transport lagi ok, jangan la naik sekali je pastu tak naik lagi... hehe

Ps: Pihak atasan tu boleh jadi daripada menteri-menteri, pegawai-pegawai kerajaan sampailah kepada bos-bos syarikat pengangkutan, oleh itu artikel ini bukan bersifat partisan ok...   

Ke arah pengangkutan awam yang lebih bermutu

Friday, November 5, 2010

Warisan Merdeka Revisited


Setelah membaca beberapa artikel dalam Utusan dan Berita Harian yang menyokong pembinaan Warisan Merdeka dengan sokongan hujah-hujah yang kurang bernas, rasa tension dan rasa nak jawab plak hujah-hujah tu kat sini…

Ada orang argue cakap dulu time Tun Dr. M nak buat KLIA, PLUS highway n Jambatan Pulau Pinang pun ramai orang komplen, tapi lepas siap orang-orang yang komplen ni guna jugak…

Jawapan saya: x bijak sangat sebenarnya membandingkan Warisan Merdeka dengan tiga projek mega kat atas nih, sebab, projek-projek mega kat atas ni walaupun memakan banyak belanja, tapi impak multiplier-nya juga berganda-ganda… Contohnya PLUS, memendekkan masa perjalanan dan menyebabkan barang boleh dihantar dengan cepat ke destinasi, meningkatkan produktiviti etc… boleh pikir sendiri kut…

Ada pulak orang yang membandingkan Warisan merdeka dengan KLCC or Putrajaya yang juga mendapat bantahan semasa pembinaannya, lepas tu orang guna jugak bila siap…

Jawapan saya: orang dah bina, kita guna lah kan (analogi yg ringkas, kita dah ada 2 kereta yang bagus untuk 2 orang guna, lepas tuh pasangan kita beli satu lagi kereta, xkan nak biar tersadai je kat rumah sebab boikot plak kan, sape yang rugi kalau boikot x nak guna)…

Ada plak orang lain argue cakap menara ni PNB yang nak bina, dan PNB ni syarikat swasta… Jadi PNB tak guna duit pembayar cukai dan boleh buat sesuka hati diaorang…

Jawapan saya: sebenarnya menara ni x sepatutnya masuk dalam bajet Negara pun, coz syarikat swasta punya projek kan… Tapi bagus jugak dpt masuk sebab rakyat sedar n boleh bantah… PNB bukanlah syarikat swasta yg biasa-biasa je, sebab dia memegang dan melabur duit rakyat Malaysia (bukan duit diaorang, tapi duit rakyat), dan pengerusinya dan timbalan pengerusi PNB plak adalah PM dan TPM sendiri… Jadi secara logiknya, akauntabiliti PNB mestilah kepada pemegang sahamnya (rakyat Malaysia) kan, bukan boleh ambil duit yang kita labur dan buat menara sesuka-hati diaorang 

Ada satu lagi artikel Utusan (biasanya x baca dah benda nih) cakap pembinaan Warisan Merdeka akan menguntungkan ramai orang (orang-orang yang melabur dalam ASB, ASN etc je lah).

Jawapan saya: sebenarnya kalau nak difikirkan takdelah untung sangat pun, kalau jurutera-jurutera diimport dari luar negara, dan buruh-buruh diimport dari Indonesia, maka rakyat Malaysia untung apa je, mungkin ada syarikat dapat jadi supplier bahan-bahan pembinaan dapat untung... Pelabur-pelabur PNB mungkin untung, tapi apa kesannya jangka panjang kepada negara, bertambah kesesakan lalu lintas di kawasan yang memang dah sesak, ruang-ruang pejabat sekarang pun dah berlebih berbanding permintaan, pembaziran etc... banyak sangat point yang korang boleh tambah sendiri kemudian...



Kesimpulannya, harap artikel-artikel dalam akhbar kalau nak sokong apa-apa isu pun, gunakanlah hujah yang sesuai... Jangan sokong atau bangkang blindly je...

Link menarik untuk dibaca berkaitan analisis pembinaan Warisan Merdeka di merdekareview.com : (Bahagian satu) (Bahagian dua)

Friday, July 23, 2010

"Majalah Hai" dihentikan permit

saya tidak baca majalah ini... Huhu


KUALA LUMPUR, July 19 – The Home Ministry unit that renews publishing permits today broke its silence over its slow processing time, claiming its officers have to read every edition and also process more than 300 applications monthly. (Read full article)

Ini pula komen saya kepada kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (KDN) nih...

Pakatan Rakyat cakap kementerian ni ambil masa hampir setahun untuk luluskan permit suratkhabar mereka... Ironinya,  KDN yang suruh semua media cetak untuk renew permit setiap tahun, tapi diaorang nak proses application akhbar pun mengambil masa hampir setahun... Xkan lah lepas dapat je permit dah kena hantar permohonan untuk tahun depan kan... mengarut giler...

Kalau KDN dah x mampu nak proses application dengan segera, saya rasa ada beberapa pilihan yang depa boleh pertimbangkan... Pertama, biar jelah kalau akhbar tu beroperasi sementara tanpa permit sementara KDN proses permit diaorang...

Asalkan akhbar tu dah apply untuk permit baru, biar je lah diaorang beroperasi selagi tak diharamkan, ini kalau akhbar x boleh diterbitkan sebab kelemahan KDN tu sendiri dalam memproses permit, x adillah untuk industri media kan...

Kedua, jangan le buat permit yang kena renew selalu... Apa kata KDN consider buat permit media cetak untuk 3 tahun contohnya... Jadi xde lah banyak sangat beban kerja staff KDN nak proses banyak permit media cetak di Malaysia ni kan... Ini pun akan memudahkan industri media nak memohon permit baru, ingat diaorang nih xde kerja asyik nak pikir pasal permit ke?

Pastu, KDN cakap kerja diaorang bukan luluskan akhbar je, tapi banyak kerja lain... Contohnya, luluskan permit majalah (diakui memang banyak giler majalah kat pasaran kan), brosur, buletin etc...

Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan sekaran nih, kenapa x pernah kita dengar majalah Hai atau majalah Mangga or apa-apa majalah hiburan kat luar sana tu yang kena rampas dengan KDN atau lambat dapat permit untuk terbitkan isu diaorang... Takkan le cepat je nak proses isu hiburan tapi nak proses berita lambat benar... X adil betul kan...

Pastu dia tambah lagi, cakap diaorang nak kena baca semua isu akhbar tu dalam tahun tu baru boleh luluskan permit baru dan ini mengambil masa yang sangat lama... Saya rasa kalau nak baca semua isu akhbar dalam setahun memang lah lama kalau last minute (bila nak proses permit baru) baru nak baca... Xkan le diaorang x boleh baca setiap isu akhbar tu immediately selepas diterbitkan... Bila keluar isu julai, baca le dalam bulan julai, jangan kumpul setahun punya isu baru nak baca sekaligus... Benda kecik macam ni pun nak kena bagitau ke? isy3...

Pastu kalau kita tengok akhbar-akhbar Pakatan Rakyat nih, xde akhbar harian, paling frequent pun Harakah seminggu 2 kali kalau x silap, tapi Utusan Malaysia, Berita Harian etc semuanya publish setiap hari, lagi tebal pulak tuh... Kalau nak dibandingkan boleh ke KDN cakap x sempat nak baca akhbar yang diterbitkan seminggu sekali tapi x pernah ada masalah nak baca akhbar yang diterbitkan setiap hari... X masuk akal...

Maaflah kalau ada sesiapa tersinggung, tapi saya rasa isu permit akhbar ni perlu dijelaskan kepada semua orang... Saya rasa macam diperbodohkan je bila baca komen KDN berkaitan media ni... KDN xnak mengaku yang diaorang "serang" akhbar-akhbar yang tak menyokong kerajaan tapi alasan-alasan yang diberi semuanya tak masuk akal... Media perlulah diberi kebebasan untuk menyokong kedua-dua belah pihak barulah adil...

Ps: Saya menyokong kebebasan media... Sekian

Friday, July 9, 2010

Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 - penyekat kebebasan media


Saya merupakan salah seorang daripada rakyat yang menyokong (dalam hati, dan dalam blog) kebebasan media di Malaysia. Benar, kita x mahu media Malaysia menimbulkan isu perkauman atau agama yang boleh mengeruhkan suasana hidup berbilang bangsa di Malaysia, tapi, adakah Malaysia memerlukan satu akta yang sangat keras (draconian) dan memberi kuasa yang sangat besar kepada seorang individu...??? 

Memandangkan saya adalah pharmacist-in-training dan tiada pengalaman di bidang undang-undang, saya akan membawa pembaca membaca blog entry yang sangat bagus daripada MOHAMED HANIPA MAIDIN (Penasihat Undang-undang Pas) daripada blog beliau (ada penjelasan daripada sudut undang-undang)...

KES SUARA KEADILAN- APABILA DEMOKRASI DI HUKUM MATI


Kerajaan BN yang zalim telah mengggunakan Akta zalim iaitu Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 bagi melarang PKR untuk menerbitkan akhbar Suara Keadilan. Tulisan ini ingin membawa para pembaca melihat dan mengenali Akta draconian ini dengan lebih dekat supaya para pembaca dapat melihat kezalimannya dengan lebih dekat. Harapan saya selepas para membaca artikel ini dan mengenali betapa buruknya Akta ini maka kita dapat bersama-sama dengan satu nada menyumpah Akta ini dan berdoa agar Akta ini dapat dimusnahkan dengan kadar segera.

Di dalam Islam hanya Allah yang ada kuasa mutlak. Kuasa manusia tidak mutlak. Kuasa manusia boleh dibahas dan dipertikaikan.Jika kita lihat Akta Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 ianya berpaksikan atas satu dasar sahaja iaitu Menteri Dalam Negeri adalah berkuasa penuh dan tiada siapa boleh persoalkan kuasa mutlak tersebut hatta Mahkamah .

Akta ini mengingatkan saya kepada kata-kata Lord Acton yang masyhur iaitu “ power corrupts and absolute power corrupts absolutely” (“Kuasa itu merosakkan dan kuasa yang mutlak rosak secara mutlak” ) .

Ayuh mari kita berkenalan dengan Akta zalim ini.

Seksyen 6(1)(a) memperuntukkan bahawa Menteri boleh melalui budibicaranya yang mutlak memberikan kebenaran atau permit kepada mana-mana orang untuk menncetak dan menerbitkan suratkhabar di negara ini tetapi dalam masa yang sama di bawah seksyen 6(2) Menteri yang sama juga diberikan kuasa mutlak untuk membatalkan permit suratkhabar atau menggantungnya seberapa lama yang Menteri itu mahu.

Seksyen 13A(1) Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 memperuntukkan bahawa keputusan Menteri untuk tidak memberikan, membatalkan permit atau menggantung permit adalah muktamad dan keputusan tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa alas an sekalipun.

Seksyen 5 pula mengandungi 10 kesalahan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana orang iaitu kesalahan-kesalahannya adalah mencetak, mengimport ,menerbitkan, menjual dan mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri atau kesalahan atau menawarkan diri untuk mencetak,menawarkan diri untuk mengimport , menawarkan diri untuk menerbitkan,menawarkan diri untuk menjual dan menawarkan diri untuk mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri.

Mana-mana orang yang didapati melakukan mana-mana kesalahan dari 10 kesalahan di atas boleh ditangkap dan jika didapati bersalah oleh Mahkamah boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun penjara atau dengan hukuman denda yang tidak melebihi RM 20,000-00 atau kedua-duanya.

Akta ini juga memberikan kuasa kepada Pendakwa Raya , jika dia mendakwa mana-mana orang di bawah mana-mana peruntukkan Akta ini , untuk meminta Mahkamah menggantung penerbitan akhbar tersebut dan jika Mahkamah berbuat demikian ianya adalah suatu yang sah di bawah seksyen 8c(2) Akta tersebut.

Akta ini juga berdasarkan seksyen 12(1) memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk meletakkan apa-apa syarat di atas permit yang diberikan dan kuasa Menteri ini juga tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa-apa alasan sekalipun. Kita tentu tidak lupa bagaimana akhbar Harakah pernah dikenakan syarat-syarat yang tidak munasabah oleh Menteri meskipun permit dikeluarkan.

Saya masih ingat sewaktu mewakili Harakah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri suatu ketika dahulu. Harakah telah mencabar syarat-syarat yang dirasakan tidak munasabah yang dikenakan ke atas akhbar tersebut.

Saya masih ingat salah satu syarat yang dikenakan kepada Harakah adalah ia hanya boleh menerbitkan berita tentang PAS sahaja . Maknanya kalau Harakah hentam Umno di dalam akhbar teersebut ia dikira melanggar syarat permit. Tidakkah ini syarat gila yang hanya boleh dikenakan oleh Kerajaan gila seperti Kerajaan BN.

Meskipun jangka hayat permit suratkhabar itu adalah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh permit dikeluarkan namun berdasarkan seksyen 12 ( 1 ) Menteri juga diberi kuasa mutlak untuk meletakkan syarat di dalam permit bahawa tempoh usia permit itu dikurangkan dari 12 bulan.
Seksyen 12 ( 2 ) secara jelas menyatakan Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk tidak meluluskan permohonan bagi mendapatkan permit. Dan di bawah seksyen 12 ( 2 ) inilah Menteri telah menggunakan kuasa mutlaknya itu untuk tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan. Harus diingatkan Menteri tidak perlu memberi apa-apa alasan mengapa ia enggan memperbarui permit Suara Keadilan.

Di dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) sebarang keputusan pihak awam seperti kuasa Menteri perlu mematuhi prinsip keadilan asasi ( natural justice ) di mana salah satu prinsip itu adalah apa yang dipanggil “ audi alteram partem” ( seseorang hendaklah diberi hak untuk didengar ).

Diterjemah di dalam kes akhbar Suara Keadilan sepatutnnya Menteri hendaklah memberi hak tersebut kepada PKR apabila ia memutuskan untuk tidak mahu memberikan permit kepada Suara Keadilan. Adakah tindakan Menteri tersebut boleh dicabar ? Jawabnya tidak kerana seksyen 13B dengan secara jelas memberi kekebalan kepada Menteri apabila diperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tidak diberikan permit atau digantung permitnya tidak perlu diberi hak untuk didengar oleh Menteri .

Akhirnya Akta ini juga membenarkan mana-mana orang yang ditangkap kerana disyaki melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tanpa perlu waran tangkap dari Mahkamah ( lihat seksyen 20 Akta ) . Seterusnya jika pihak penguatkuasa KDN melakukan penggeledahan dan rampasan dan berlaku kerosakan mereka juga kebal dari sebarang tuntutan gantirugi dan mereka tidak boleh disaman di Mahkamah ( lihat seksyen 24 )

Amat menghairankan hanya kerana Suara Keadilan menyerang bertubi-tubi pengurusan Felda – agensi di bawah jagaan dan kawalan Najib- maka ia dihukum dengan hukuman yang amat berat – tidak boleh lagi diterbit dan dicetak akhbar tersebut. Kita tidak faham kenapakah Suara Keadilan perlu di hukum dengan hukuman sebegitu berat. Jika pun berita tentang Felda itu adalah satu fitnah ke atas Felda bukankah Felda dibenarkan oleh undang-undang untuk menyaman akhbar itu dan menuntut gantirugi . Tidakkh akhbar pro Umno juga banyak kali menyiarkan berita fitnah dan bohong dan mengapakah mereka tidak pernah dihukum seperti Suara Keadilan ?

Suatu yang amat ganjil parti apabila politik berdaftar seperti PKR dinafikan haknya yang fundamental iaitu menyebarkan mesejnya kepada rakyat melalui penerbitan akhbar. Jika Perlembagaan Perskutuan di dalam Perkara 10 ( 1 ) memberi kebebasan bersuara yang mana hak itu termasuk kebebasan akhbar Akta zalim ini menjadikan hak dan kebebasan di dalam undang-undang tertinggi tersebut tidak lagi bermakna dan hanya satu ilusi atau mimpi.

Sayugia diingatkan apabila BN menghukum Suara Keadilan menggunakan Akta zalim itu pada hakikatnya BN sedang menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Apabila hak bersuara PKR dinafikan BN pada hakikatnya sedang mencabut oksigen dari tabung atau balang demokrasi. Pembunuh demokrasi wajib dihukum mati oleh hakim yang berkuasa di negara ini- rakyat atau pengundi .

Apa lagi – marilah kita sama-sama menyumpah Akta zalim ini 33 kali dalam sehari !


Nota sisipan: Menyokong salah satu prinsip parti politik x bermakna terlibat dalam politik ok... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails