Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, July 23, 2010

"Majalah Hai" dihentikan permit

saya tidak baca majalah ini... Huhu


KUALA LUMPUR, July 19 – The Home Ministry unit that renews publishing permits today broke its silence over its slow processing time, claiming its officers have to read every edition and also process more than 300 applications monthly. (Read full article)

Ini pula komen saya kepada kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (KDN) nih...

Pakatan Rakyat cakap kementerian ni ambil masa hampir setahun untuk luluskan permit suratkhabar mereka... Ironinya,  KDN yang suruh semua media cetak untuk renew permit setiap tahun, tapi diaorang nak proses application akhbar pun mengambil masa hampir setahun... Xkan lah lepas dapat je permit dah kena hantar permohonan untuk tahun depan kan... mengarut giler...

Kalau KDN dah x mampu nak proses application dengan segera, saya rasa ada beberapa pilihan yang depa boleh pertimbangkan... Pertama, biar jelah kalau akhbar tu beroperasi sementara tanpa permit sementara KDN proses permit diaorang...

Asalkan akhbar tu dah apply untuk permit baru, biar je lah diaorang beroperasi selagi tak diharamkan, ini kalau akhbar x boleh diterbitkan sebab kelemahan KDN tu sendiri dalam memproses permit, x adillah untuk industri media kan...

Kedua, jangan le buat permit yang kena renew selalu... Apa kata KDN consider buat permit media cetak untuk 3 tahun contohnya... Jadi xde lah banyak sangat beban kerja staff KDN nak proses banyak permit media cetak di Malaysia ni kan... Ini pun akan memudahkan industri media nak memohon permit baru, ingat diaorang nih xde kerja asyik nak pikir pasal permit ke?

Pastu, KDN cakap kerja diaorang bukan luluskan akhbar je, tapi banyak kerja lain... Contohnya, luluskan permit majalah (diakui memang banyak giler majalah kat pasaran kan), brosur, buletin etc...

Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan sekaran nih, kenapa x pernah kita dengar majalah Hai atau majalah Mangga or apa-apa majalah hiburan kat luar sana tu yang kena rampas dengan KDN atau lambat dapat permit untuk terbitkan isu diaorang... Takkan le cepat je nak proses isu hiburan tapi nak proses berita lambat benar... X adil betul kan...

Pastu dia tambah lagi, cakap diaorang nak kena baca semua isu akhbar tu dalam tahun tu baru boleh luluskan permit baru dan ini mengambil masa yang sangat lama... Saya rasa kalau nak baca semua isu akhbar dalam setahun memang lah lama kalau last minute (bila nak proses permit baru) baru nak baca... Xkan le diaorang x boleh baca setiap isu akhbar tu immediately selepas diterbitkan... Bila keluar isu julai, baca le dalam bulan julai, jangan kumpul setahun punya isu baru nak baca sekaligus... Benda kecik macam ni pun nak kena bagitau ke? isy3...

Pastu kalau kita tengok akhbar-akhbar Pakatan Rakyat nih, xde akhbar harian, paling frequent pun Harakah seminggu 2 kali kalau x silap, tapi Utusan Malaysia, Berita Harian etc semuanya publish setiap hari, lagi tebal pulak tuh... Kalau nak dibandingkan boleh ke KDN cakap x sempat nak baca akhbar yang diterbitkan seminggu sekali tapi x pernah ada masalah nak baca akhbar yang diterbitkan setiap hari... X masuk akal...

Maaflah kalau ada sesiapa tersinggung, tapi saya rasa isu permit akhbar ni perlu dijelaskan kepada semua orang... Saya rasa macam diperbodohkan je bila baca komen KDN berkaitan media ni... KDN xnak mengaku yang diaorang "serang" akhbar-akhbar yang tak menyokong kerajaan tapi alasan-alasan yang diberi semuanya tak masuk akal... Media perlulah diberi kebebasan untuk menyokong kedua-dua belah pihak barulah adil...

Ps: Saya menyokong kebebasan media... Sekian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails