Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Captain America: The First Avenger


Terus terang, saya pergi menonton movie ini kerana tertarik dengan trailernya... Ditambah pula dengan tema "superhero" pada movie ni, semakin tertarik rasanya nak pergi menonton...

So masa hari first tayangan, 28 Julai 2011, dengan bersemangat, saya telah menonton movie ni... Post ni kira nak cerita ckit la, neway, dah lama tak tulis movie review pun kan... hehe

Persepsi sebelum menonton, maybe movie ni enjoyable tapi tak sampai tahap awesome kut, coz Captain America bukan ada superpower yang best pun, just ada shield (perisai) yang bulat jek, tak cool sangat la... But still, I went to watch at GSC Dataran Pahlawan...

Kesimpulan selepas tengok : BORING (banyak menguap je sambil tengok), mengecewakan, one-sided (cam propaganda nak tunjuk US kuat je), dan jalan cerita yang sangat biasa dan predictable (tak mencabar minda, even minda kanak-kanak)... Tak capai tahap enjoyable pun... Kalu bagi rating, mungkin dalam 4-5/10 je kut...

Mula-mula kalau nak cerita pasal overview pun dah fail movie ni... Captain America dan geng-geng dia tu je yang conquer movie ni dari awal sampai abes...

Walaupun beribu-ribu musuh datang dengan senjata yang canggih giler, tapi Captain America boleh kalahkan semua guna shield dia jek... The bad guys dalam filem ni cam takde peluang langsung nak melawan walaupun teknologi diaorang berkali ganda lebih canggih dan organisasi mereka sangat hebat sampai dapat menyelinap dalam Kerajaan US...

Kan biasanya kalau movie superhero, akan mulakan dengan tunjukkan villain yang sangat hebat dan boleh kalahkan hero... Pastu slowly develop sampai hero boleh lawan villain tu dan akhirnya kalahkan villain tu kan... Tapi dalam cerita ni, hero cam buli villain daripada awal sampai abes... Tak menarik langsung... Cerita Power Rangers pun lagi menarik...

Daripada keseluruhan geng Captain America ni, kalau tak silap, takde sorang pun yang mati sebab dibunuh orang jahat, cuma ada sorang je yang mati sebab jatuh gaung... Memang stress tengok cerita ni...

Jalan cerita movie ni pulak sangat la straightforward, tak mencabar minda dan predictable... Captain America la yang baik, dan orang jahat tu la yang jahat... Takde langsung twist dalam cerita ni... Takde unexpected plot or anything interesting dalam jalan cerita...

Ending cerita ni plak, sangat la tak best... Even worse than predictable... Kalau korang boleh fikirkan pasal ending-ending movie lain yang common, pasti better than the actual ending of this movie... Tergantung dan tak best... They just ended it with "I have a date..." (maybe korang akan faham kalau dh tengok movie ni)...

Kesimpulannya, kalau nak tengok movie ni, download lah secara free, jangan membazir duit tengok kat wayang cam saya... Dah le sekarang student card takde dah, kena bayar tiket Rm11 plak, pastu tengok movie yang tak berbaloi plak...

Note: Sori la memang banyak kutuk movie ni... Biasanya tulis movie review untuk movie yang sangat best je, tapi kali ni sangat frustrated ngan movie ni sampai nak mengarang review yang penuh emosi ni... Hehe

Monday, May 16, 2011

My Alma Mater

Hari ni, 16 Mei 2011, bersempena dengan sambutan Hari Guru, me and a few of my friends (zulfadli hanib, ayul, ain mohd) pergilah memanjat bukit untuk melawat Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (a.k.a MOZAC)... It was my alma mater... In many ways, I grew up here (walaupun just 2 tahun je kat sini)...

So, having said that, my trip to my alma mater is a rather nostalgic one... I have been here many times since my high school years, especially since my little brother is now also a Muzaffarian, but I've never been here on weekdays when the teachers are all around... My last trip here was like 5 years ago time nak amek sijil SPM dulu2...

Nervous gak time nak gi naik mula-mula tuh, tapi sebab kawan-kawan yang lain tu bersemangat, so redah jelah... Sampai kat atas tu dalam pukul 11 pagi, tapi program hari guru dalam dewan still tak abes lagi, so kami lepak-lepak kat kantin...

Dalam pukul 11.45 pagi, program kat dewan pun abes, students and cikgu-cikgu pun bertaburan keluar dari dewan menuju ke blok-blok sekolah... Serius segan giler jumpa cikgu-cikgu pada awalnye, tapi cikgu-cikgu semuanya memang sempoi... hehe

Semua cikgu-cikgu yang dari zaman saya sekolah sini dulu still kenal saya n ingat nama, cuma kebanyakan diaorang dah lupa kitorang batch mana... bila sebut batch SPM 2004, still blur2 lagi, bila sebut sama batch ngan ahmad muaz (ketua pelajar) je, baru cikgu-cikgu ingat batch kitorang... Mungkin kena panggil batch kami dengan nama "batch ahmad muaz", terus cikgu-cikgu ingat satu batch... hehe

Mula-mula gi masuk bilik kaunseling dulu, jumpa cikgu zulindawati (kaunselor) n borak2... Kami siap disuruh submit butir2 diri untuk masuk buku personaliti ex-mozac terbilang... wow... rugi sape tak balik sekolah jumpa cikgu zulindawati... hehe...

Pastu, gi bilik guru pulak, jumpa cikgu-cikgu lain... Rasanya hampir separuh cikgu-cikgu lama dah bertukar ke sekolah lain, banyak nampak cikgu-cikgu baru yang tak dikenali, so gi borak2 ngan cikgu-cikgu lama jelah, yang baru tu tegur n senyum cukuplah...

Cikgu Ismail masih cam dulu, baik, still rasa close to him sebab dia HEM n ketua warden zaman dulu2 tu... Miss Ija, Miss Amesah, Miss Ivy, all the English teachers whom I was close with during the debating years... Puan Saripah n Cikgu Rosnah, masih sempoi cam dulu, cam borak ngan kawan lak... hehe... 

Cikgu Hassim pun still maintain, dan cikgu tanya saya "kenapa tak amek medik?"... hahaha... Saya dah abes belajar dah pun cikgu... hehe... 

Ustazah Norliyen (guru kelas), Ustazah Almarjaan, Cikgu Suriati (Fizik), Cikgu Saifudin (Kaunselor), Cikgu Hamidah (Add Maths), Cikgu Hanita (BM), Cikgu Azniza (BM), Cikgu Sazali (Chem), Miss Rachel (Bio), dan Miss Ho (Maths) pun masih kat MOZAC lagi... Maybe ada lagi yang tak masuk dlm list nih... hehe

Kenapa tak cerita pasal pengetua? Erm, sebab tak kenal... Pengetua ni masuk time kami keluar dulu... Kenal muka dia je r...

Lepas dah borak ngan cikgu-cikgu pasal future career dan pasal zaman dulu2, soklan wajib yang cikgu akan tanya adalah "bila nak kawen?" dan soalan2 yang sewaktu dengannya... Payah gak nak menjawab soalan ni... hehe... Lepas ni nak datang mestilah ketika menjmput cikgu-cikgu ke kenduri kawen sendiri or setelah berkahwin... hehe...

Tak lama lepas tu, cikgu-cikgu semua kena gi meeting... Budak-budak suma dilepaskan balik ke asrama awal, so kami pun amek peluang tu meronda-ronda ke sekitar kawasan sekolah... Gi amek gambar kat kelas lama, dan jalan-jalan ke asrama... Nah tengok sikit gambar-gambar...

5 Alpha, kelas lama, tapi sudah berubah kedudukan...

Surau dan pusat akses (xtau la apa tu, dulu bilik gamelan)

Far left - asrama lelaki, far centre - dining hall, far right - asrama perempuan

Dewan Muzaffar

Kantin

Blok pentadbiran etc...

Di antara 2 blok... Gambar diambil dari depan kelas saya time form 4 dulu... hehe


Penat berjalan-jalan, minum air kelapa kat kantin, sambil borak-borak... Update sikit pasal kawan-kawan lama... Ramai yang dah keje, ramai gak yang still tak abes lagi belajar (especially yang gi oversea) dan ramai gak yang dah hilang dari radar... hehe

Time zohor kami pun menuruni bukit Muzaffar pulang ke rumah masing-masing... 

Today is awesome, it was a great experience... And the reason I wrote it down is not for other people to read it, but mostly, for me, so that I can recall today when I read this post tomorrow, next month, or next year... 

Selamat Hari Guru to all my teachers, you guys are the best... Till we meet again...

Saturday, December 18, 2010

Panoramic and Adventurous Melaka

Seperti yang dijanjikan, post ini adalah sambungan berkenaan day-trip orang Pahang ke Melaka aritu... 

Selain daripada melawat muzium-muzium dan tempat bersejarah di Melaka, kami juga melawat Menara Taming Sari dan Zoo Melaka (yang siang nyer, bukan Zoo Malam)...

Menara Taming Sari is a revolving tower, in which tourist can sit on its revolving observation deck and the platform will be projected upwards to height of more than a 80 meters

Tourist can catch a panoramic view of the historical city of Melaka (and so much more) on this tower... Entrance fee: Rm 10 per head...

Note: lagi bagus kalau naik menara ni lepas dah habis melawat tourist attractions di Bandar Hilir ni... baru seronok sikit tengok dari atas pulak...

Zoo Melaka plak is a very huge zoo... It also opens at night as Night Zoo but the fee is a few ringits more at night... Entrance fee Rm 7 per head... 

Menara Taming Sari... ni gambar dari internet... hehe




Replika Menara Taming Sari

Pemandangan Selat Melaka, Pulau Melaka, Holiday Inn Melaka (dari atas menara)

Pemandangan sekitar Sungai Melaka (dari atas menara)

Dataran Pahlawan Megamall, dan tempat-tempat bersejarah lain

Yeah, saya berjaya

Zoo Melaka




Tapir

Zirafah tengah jilat tiang??? Pelik...



Nah, makan jari saya kalau lapar


Chimpanzi boleh berjalan dan duduk macam manusia

Sebelum pulang....


Thats all on our day-trip to Melaka... Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat nak dilawati sebab encik Dani datang sehari je kan... 

Neway, thanks dani, kalau ada masa datang r lagi, boleh lawat tempat lain pulak... Kalau korang yang lain plan nak datang pun roger la, kalau ada kelapangan, boleh saya jadi tour-guide free... Hehe

Thursday, December 16, 2010

Dari Pahang ke negeri Melaka, singgah sebentar di Putrajaya

Berikut adalah gambar yang diambil ketika Dani (wakil negeri Pahang) datang melawat Bandaraya Melaka sebagai salah satu rangka lawatan "luar negeri"nya... 

Lawatan "luar negeri" ini turut disertai Abu Husin sebagai wakil pengiring dan saya sendiri sebagai tour guide/photographer... 

Lawatan kerja sehari ke Melaka ini bermula di Stadhuys, bangunan merah yang dibina oleh Belanda. 

Tempat-tempat menarik yang dilawati termasuklah runtuhan Kota A Famosa, Bukit St.Paul, Muzium Samudera, Muzium Maritim, Muzium TLDM (ini je yang akan dipaparkan dalam bahagian pertama ni, yang selebihnya akan dimasukkan ke dalam post Bahagian kedua)... 


Stadhuys (Bangunan Merah)

Stadhuys lagi

Bukit St. Paul (di atas Kota A Famosa)

di dalam runtuhan gereja St. Paul

Menara Taming Sari (dari atas bukit St. Paul)

Sungai Melaka

Kawasan rekreasi di sekitar tebing sungai Melaka

Muzium Samudera

Anak-anak kapal Samudera

Bergambar di "pelabuhan Melaka"

Kapal ni berdasarkan kapal Portugis sebenar tau...

Helikopter TLDM

Dani beli buah tangan apa dalam plastik tuh? hahaha

Abu dan Dani main meriam

Tabik hormat

Macam terminator la... huhu

Sedia berkhidmat

demi negara tercinta

Peace...

Lampu suluh terbesar TLDM

mesingan




Ok, sampai sini je coretan untuk Bahagian Pertama Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah... tunggu post Bahagian kedua pulak yer... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails