Satu usaha yang baik untuk increase awareness rakyat Malaysia tentang kepentingan mengundi...
Pages
a
"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts
Friday, September 16, 2011
Malaysia Memerlukan Kita...
Labels:
current issue,
internet,
life,
malaysia,
music,
news,
non-partisan,
politics,
video
Wednesday, June 29, 2011
BERSIHkan Nescafe O Ais itu...
Artikel ni nak cerita pasal Bersih 2.0 sebenarnya (xde air nescafe yang tumpah semasa penulisan artikel ni)... hehe
Dah lama tak komen pasal isu semasa... Tapi disebabkan kat akhbar-akhbar pun asyik duk citer pasal benda ni jek, gatal plak tangan nak komen ckit...
Ramai yg sokong Bersih 2.0 (melalui pengamatan di internet, blog etc)... dan tidak kurang ramai yg against demonstrasi aman Bersih ni (melalui pengamatan di media massa arus perdana)... tapi ramai orang yg sokong for the wrong reason dan ramai orang yg menentang also for the wrong reason...
Tahukah anda bahawa Bersih 2.0 ni berdemo untuk menuntut 8 tuntutan yang diharap dapat ensure pilihanraya yang adil dan bersih... 8 tuntutan itu adalah seperti berikut:
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan “pengundi hantu” seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- PDRM perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
Bersih 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Ok, itu je 8 tuntutan Bersih 2.0... Teruk sangat ke? Mustahil nak dilaksanakan ke?
Anehnya, yang masuk akhbar dan TV tu semua membincangkan keburukan berarak di jalan raya dan bagaimana PDRM enggan bagi permit berhimpun sebab tak percayakan penganjur BERSIH 2.0 akan berhimpun dengan aman (dan isu-isu lain yang mengancam keharmonian negara bila dibincangkan)... Cubalah bincangkan tuntutan ni secara ilmiah...
Mungkin pemimpin-pemimpin kita, dan pihak SPR boleh menyatakan adakah mereka sokong 8 tuntutan ni (mungkin ada yang sokong sebahagian saje), atau mereka totally against tuntutan-tuntutan ni dan sebab kenapa mereka sokong dan tentang... (Note kepada wartawan-wartawan diluar sana, mungkin korang boleh tanya soalan-soalan ilmiah camni time interview dengan pemimpin-pemimpin...)
Saya personally rasa 8 tuntutan ni SANGAT BAIK untuk diimplementasikan dalam Pilihanraya Malaysia... Terutama tuntutan nombor 5... SPR pulak jangan la rasa cam dikritik pulak, cuba ambil ni sebagai idea baru untuk menambahbaik sistem pilihanraya di Malaysia...
Kepada pembaca pulak, tak kisahlah nak sokong ke nak bantah, at least korang aware dengan isu pokok yg patutnya dibincangkan... Tanya diri sendiri, tuntutan mana yang korang sokong dan yang mana yang korang tak suka...
Neway, tu je utk isu ni, rasa nak tulis pendek tp dah terpanjang plak...
Ps: U won't see me marching at KL on the 9th of July... I'll just be here, reading news and maybe writing some more... hehe
Labels:
current issue,
internet,
malaysia,
mass media,
news,
politics
Thursday, February 17, 2011
MRT news update
Pelan laluan MRT Kuala Lumpur (fasa pertama) yang akan menghubungkan Stesen Komuter Sungai Buloh ke Stesen Komuter Kajang dah dipamerkan kepada orang awam...
Kiranya, sekarang ni, penduduk kawasan yang terlibat sedang dalam proses memberikan feedback kepada pelan tersebut...
Kesimpulannya, laluan MRT ni masih belum finalize lagi, still subject to change... Dan sama ada MRT tu elevated or on the ground or underground (berbeza mengikut kawasan yang dilalui) juga still subject to consideration by the Federal Government after receiving the feedback...
Untuk pengetahuan umum, boleh lah, tengok gambar dan fakta-fakta di atas tu...
Labels:
current issue,
malaysia,
MRT,
news,
public transport
Friday, November 5, 2010
Warisan Merdeka Revisited
Setelah membaca beberapa artikel dalam Utusan dan Berita Harian yang menyokong pembinaan Warisan Merdeka dengan sokongan hujah-hujah yang kurang bernas, rasa tension dan rasa nak jawab plak hujah-hujah tu kat sini…
Ada orang argue cakap dulu time Tun Dr. M nak buat KLIA, PLUS highway n Jambatan Pulau Pinang pun ramai orang komplen, tapi lepas siap orang-orang yang komplen ni guna jugak…
Jawapan saya: x bijak sangat sebenarnya membandingkan Warisan Merdeka dengan tiga projek mega kat atas nih, sebab, projek-projek mega kat atas ni walaupun memakan banyak belanja, tapi impak multiplier-nya juga berganda-ganda… Contohnya PLUS, memendekkan masa perjalanan dan menyebabkan barang boleh dihantar dengan cepat ke destinasi, meningkatkan produktiviti etc… boleh pikir sendiri kut…
Ada pulak orang yang membandingkan Warisan merdeka dengan KLCC or Putrajaya yang juga mendapat bantahan semasa pembinaannya, lepas tu orang guna jugak bila siap…
Jawapan saya: orang dah bina, kita guna lah kan (analogi yg ringkas, kita dah ada 2 kereta yang bagus untuk 2 orang guna, lepas tuh pasangan kita beli satu lagi kereta, xkan nak biar tersadai je kat rumah sebab boikot plak kan, sape yang rugi kalau boikot x nak guna)…
Ada plak orang lain argue cakap menara ni PNB yang nak bina, dan PNB ni syarikat swasta… Jadi PNB tak guna duit pembayar cukai dan boleh buat sesuka hati diaorang…
Jawapan saya: sebenarnya menara ni x sepatutnya masuk dalam bajet Negara pun, coz syarikat swasta punya projek kan… Tapi bagus jugak dpt masuk sebab rakyat sedar n boleh bantah… PNB bukanlah syarikat swasta yg biasa-biasa je, sebab dia memegang dan melabur duit rakyat Malaysia (bukan duit diaorang, tapi duit rakyat), dan pengerusinya dan timbalan pengerusi PNB plak adalah PM dan TPM sendiri… Jadi secara logiknya, akauntabiliti PNB mestilah kepada pemegang sahamnya (rakyat Malaysia) kan, bukan boleh ambil duit yang kita labur dan buat menara sesuka-hati diaorang
Ada satu lagi artikel Utusan (biasanya x baca dah benda nih) cakap pembinaan Warisan Merdeka akan menguntungkan ramai orang (orang-orang yang melabur dalam ASB, ASN etc je lah).
Jawapan saya: sebenarnya kalau nak difikirkan takdelah untung sangat pun, kalau jurutera-jurutera diimport dari luar negara, dan buruh-buruh diimport dari Indonesia, maka rakyat Malaysia untung apa je, mungkin ada syarikat dapat jadi supplier bahan-bahan pembinaan dapat untung... Pelabur-pelabur PNB mungkin untung, tapi apa kesannya jangka panjang kepada negara, bertambah kesesakan lalu lintas di kawasan yang memang dah sesak, ruang-ruang pejabat sekarang pun dah berlebih berbanding permintaan, pembaziran etc... banyak sangat point yang korang boleh tambah sendiri kemudian...
Kesimpulannya, harap artikel-artikel dalam akhbar kalau nak sokong apa-apa isu pun, gunakanlah hujah yang sesuai... Jangan sokong atau bangkang blindly je...
Link menarik untuk dibaca berkaitan analisis pembinaan Warisan Merdeka di merdekareview.com : (Bahagian satu) (Bahagian dua)
Link menarik untuk dibaca berkaitan analisis pembinaan Warisan Merdeka di merdekareview.com : (Bahagian satu) (Bahagian dua)
Labels:
current issue,
malaysia,
mass media,
news,
politics
Friday, July 9, 2010
Petronas dalam "Fortune Global 500 most profitable company"
Sebagai rakyat Malaysia, takkan kita x bangga bila tahu sebuah syarikat Malaysia, Petronas, diiktiraf oleh Fortune Magazine sebagai syarikat yang mendapat untung bersih ke-25 tertinggi di DUNIA kan...
Walaupun keuntungan Petronas dah susut sedikit berbanding tahun sebelumnya, tapi masih lagi dapat tempat ke-25... Tahniah buat semua staff Petronas, kekalkan prestasi anda...
Kalau Petronas dapat nombor 25, syarikat apa dapat tempat pertama macam tu? Jawapannya adalah Gazprom, syarikat gergasi minyak dari Russia... Syarikat yang masuk top ten pulak seperti Exxon Mobil, BP, Microsoft, Petrobras, Walmart, Vodafone n etc...
X cukup bangga lagi dengan pencapaian Petronas nih? Pada kedudukan ke-25, Petronas sebenarnya telah mengalahkan syarikat-syarikat gergasi seperti Nestle, Coca-cola, Google, Pfizer, HP, Samsung dan banyak lagi...
Ok, habis cerita pasal Petronas, kita tengok daripada perspektif lain plak... bila saya tengok beberapa kali, barulah sedar, betapa banyaknye syarikat farmaseutikal antarabangsa yang juga masuk dalam list top-50 syarikat yang paling untung di DUNIA nih...
Maksudnya, memang banyak untung kalau masuk industri farmaseutikal nih... Syarikat-syarikat yang korang dah familiar seperti Pfizer, GlaxoSmithKline, Novartis, Astra Zeneca, Roche etc... Ini sebagai peransang untuk bakal-bakal industrial pharmacists Malaysia, insyaAllah...
Selain daripada industri farmaseutikal, list tuh dipenuhi syarikat-syarikat daripada industri minyak dan gas, industri perbankan, telekomunikasi dan elektronik... Semuanya industri-industri yang sangat bagus untuk diceburi...
Kesimpulannya, banggalah menjadi rakyat Malaysia...
![]() |
| Petronas HQ |
Subscribe to:
Posts (Atom)




