Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, November 5, 2010

Warisan Merdeka Revisited


Setelah membaca beberapa artikel dalam Utusan dan Berita Harian yang menyokong pembinaan Warisan Merdeka dengan sokongan hujah-hujah yang kurang bernas, rasa tension dan rasa nak jawab plak hujah-hujah tu kat sini…

Ada orang argue cakap dulu time Tun Dr. M nak buat KLIA, PLUS highway n Jambatan Pulau Pinang pun ramai orang komplen, tapi lepas siap orang-orang yang komplen ni guna jugak…

Jawapan saya: x bijak sangat sebenarnya membandingkan Warisan Merdeka dengan tiga projek mega kat atas nih, sebab, projek-projek mega kat atas ni walaupun memakan banyak belanja, tapi impak multiplier-nya juga berganda-ganda… Contohnya PLUS, memendekkan masa perjalanan dan menyebabkan barang boleh dihantar dengan cepat ke destinasi, meningkatkan produktiviti etc… boleh pikir sendiri kut…

Ada pulak orang yang membandingkan Warisan merdeka dengan KLCC or Putrajaya yang juga mendapat bantahan semasa pembinaannya, lepas tu orang guna jugak bila siap…

Jawapan saya: orang dah bina, kita guna lah kan (analogi yg ringkas, kita dah ada 2 kereta yang bagus untuk 2 orang guna, lepas tuh pasangan kita beli satu lagi kereta, xkan nak biar tersadai je kat rumah sebab boikot plak kan, sape yang rugi kalau boikot x nak guna)…

Ada plak orang lain argue cakap menara ni PNB yang nak bina, dan PNB ni syarikat swasta… Jadi PNB tak guna duit pembayar cukai dan boleh buat sesuka hati diaorang…

Jawapan saya: sebenarnya menara ni x sepatutnya masuk dalam bajet Negara pun, coz syarikat swasta punya projek kan… Tapi bagus jugak dpt masuk sebab rakyat sedar n boleh bantah… PNB bukanlah syarikat swasta yg biasa-biasa je, sebab dia memegang dan melabur duit rakyat Malaysia (bukan duit diaorang, tapi duit rakyat), dan pengerusinya dan timbalan pengerusi PNB plak adalah PM dan TPM sendiri… Jadi secara logiknya, akauntabiliti PNB mestilah kepada pemegang sahamnya (rakyat Malaysia) kan, bukan boleh ambil duit yang kita labur dan buat menara sesuka-hati diaorang 

Ada satu lagi artikel Utusan (biasanya x baca dah benda nih) cakap pembinaan Warisan Merdeka akan menguntungkan ramai orang (orang-orang yang melabur dalam ASB, ASN etc je lah).

Jawapan saya: sebenarnya kalau nak difikirkan takdelah untung sangat pun, kalau jurutera-jurutera diimport dari luar negara, dan buruh-buruh diimport dari Indonesia, maka rakyat Malaysia untung apa je, mungkin ada syarikat dapat jadi supplier bahan-bahan pembinaan dapat untung... Pelabur-pelabur PNB mungkin untung, tapi apa kesannya jangka panjang kepada negara, bertambah kesesakan lalu lintas di kawasan yang memang dah sesak, ruang-ruang pejabat sekarang pun dah berlebih berbanding permintaan, pembaziran etc... banyak sangat point yang korang boleh tambah sendiri kemudian...



Kesimpulannya, harap artikel-artikel dalam akhbar kalau nak sokong apa-apa isu pun, gunakanlah hujah yang sesuai... Jangan sokong atau bangkang blindly je...

Link menarik untuk dibaca berkaitan analisis pembinaan Warisan Merdeka di merdekareview.com : (Bahagian satu) (Bahagian dua)

2 comments:

AF said...

Ada pro dan kons.. Dari segi bajet, nak bina bangunan tinggi kos pun tinggi. Tujuan diorng ni memang bertujuan nak bina bangunan simbolik daripada keperluan. Aku pun kurang setuju sebenarnya. Sebab kita bukan kurang tanah pun sampai nak kena bina lebih ke arah atas drpd ke arah tepi.

ezud zaliy said...

Tu r, aku pun takde le bantah sangat kalau PNB nak bina menara yg tinggi biasa-biasa je, or shopping complex or condominium....

tapi nak bina bangunan yang sgt tinggi (another bangunan paling tinggi kat Malaysia) camni kan membazir (coz kos bangunan akan naik mendadak after a certain height), bukan satu keperluan, coz we already have Petronas Twin Tower kan...

banyak lagi pelaburan lain yang PNB boleh buat... Neway, PNB already have their own menara as their headquarters sekarang, bape banyak la nak buat kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails