Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, November 12, 2010

Dear Future Aizuddin


Pernah tak korang berfikir untuk hantar surat kepada diri kita pada masa depan? Bukan time-travelling r, tapi tulis surat dan simpan untuk dibaca pada masa depan... Macam pelik je kan? Tapi banyak je orang buat, contohnya tanam kapsul masa yang ada surat dan gali balik beberapa puluh tahun lepas tuh...

Cuba kita berhenti kejap dan fikir, kalau kita nak beritahu apa-apa kepada diri kita pada masa depan, apa yang akan kita tulis? 

Salah satu benda yang ramai orang akan tulis mungkin berkisar tentang matlamat mereka untuk masa depan macam mana... 

Mungkin ada yang akan tulis, "aku harap 10 tahun lagi aku dah berkahwin dan dah ada 3 orang anak"... atau "aku harap aku dah jadi pengarah apa-apa syarikat dan dapat gaji sampai 5-6 angka"... atau "aku harap 5 tahun lagi aku tengah pakai kereta Vios TRD" (ada sape-sape terasa dengan ayat last ni tak??? huhu)...

Ataupun, mungkin kita boleh tulis pasal diri kita pada masa tu, cerita lah panjang lebar, apa yang kita suka makan ke, kawan-kawan kita ke... Mesti menarik kalau kita baca balik pasal diri kita pada masa dulu... Mungkin banyak perkara kita dah terlupa pasal diri kita dalam kesibukan mengejar masa depan dan kerjaya...

Dari perspektif lain plak, macam mana kalau kita dapat surat daripada diri kita pada masa lepas... Adakah kita akan menyesal? contohnya "10 tahun lepas, ak bercita-cita nak gi belajar sampai phD" tapi tup tup akhirnya belajar setakat degree je... (boleh fikir contoh sendiri)

Atau kita akan gelak je baca harapan-harapan kita dulu seperti kita harap nak kahwin dengan jutawan ke... (x dapat pikir contoh yg x mengarut, sori... huhu)...

Kadang-kadang bila saya terjumpa karangan-karangan yang saya tulis masa sekolah dulu, macam x percaya je saya yang tulis benda tu dulu... Kagum jugak dan lawak jugak kadang-kadang dengan diri saya dulu-dulu... hehe

Neway, actually leceh gak nak tulis surat dan simpan kan... Kalau nak senang, cuba je flashback diri sendiri, fikirkan apa yg korang plan dulu-dulu dan apa yang korang dah capai sekarang... 

Tapi x best sangat r buat camni, kalau mereka-mereka yang sabar dan mantap, apa kata cuba jugak tulis surat dan simpan untuk masa akan datang... You'll be surprised... hehe

Ps: The plans stated as examples in this post are not my life plans... As for my future plans, I am not going to disclose it here... But rest assured that I have a plan, but I dunno what my future self would say about my current plans... :)

Nota Kaki:

Idea ni saya dapat awal semester ni semasa sedang mengambil motor yang dipos ke Kuantan... Yang pos motor ni di Melaka juga saya, yang ambil kat Kuantan pun saya (beberapa hari selepas tu)... Ya, dan saya dah simpan post ni selama satu sem sebelum publish... hehe

Dalam satu sem ni jugak banyak tengok scene-scene begini dalam How I Met Your Mother etc... I wrote this before I watch those scene OK...

-End of Post-

4 comments:

Shamel said...

Kau buat aku teringatkan video Dear Future Charlie

Shizune said...

Kalau didunia, kita boleh tulis surat untuk future diri, tapi kat akhirat, kita akan dapat buku amal yang lengkap punya..

tak tertinggal satu pun..

-Mutiara bd

ezud zaliy said...

@shamel: ak pun dh tgk video tu dulu2, tapi ak tengok selepas ak tulis post ni r... agak menarik kan... huhu

ezud zaliy said...

@mutiara bd: betul2... mungkin boleh juga tulis peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails