Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Thursday, November 18, 2010

Teksi bermeter tapi tak guna meter, sama je lah kan


Banyak betul kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai, pengarah-pengarah dan menteri yang berkaitan pengangkutan awam, tapi semua kenyataan ni menunjukkan macam mereka ni semua tak pernah naik pengangkutan awam je...

Dulu saya pernah komen pasal ulat tiket di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil kan... Sampai sekarang masih lagi berleluasa masalah ni, dan penyelesaiannya, JPJ nak suruh pengguna sendiri berhenti membeli tiket daripada ulat tiket ni... 

Daripada pemerhatian saya, kalau inilah cadangan penyelsaiannya, masalah ni takkan selesai sebab walaupun ramai orang yang dah tak beli tiket daripada ulat-ulat tiket ni, tapi masih ada segelintir orang yang terperdaya dan beli daripada diaorang... 

Rata-rata orang yang menjadi mangsa adalah pelancong-pelancong asing dan orang-orang yang tak pernah sampai terminal bas tu (especially warga emas) dan yang terkial-kial mencari arah... 

Daripada turun LRT Bukit Jalil, berduyun-duyun ulat tiket datang menyerbu, kalau hujan siap payungkan lagi kut... Pastu offer nak jual tiket terus ke destinasi tanpa perlu beratur di kaunter tiket... Kalau orang yang tak pernah sampai dan tak tahu bas apa yang ada untuk ke destinasi diaorang, memang akan pilih beli daripada ulat tiket je...

Mungkin semua pihak atasan ni pakar ekonomi kut, dia cuba menggunakan teori "supply and demand" untuk menyelesaikan masalah ni, mengikut teori ni, kalau tiada permintaan, ulat tiket tu akan pupus dengan sendirinya... Cuma teori ni tak applicable in reality... Sebab permintaan akan sentiasa ada daripada golongan yang disebutkan di atas nih...

Sekarang cerita pasal teksi plak...

Ada kenyataan media yang saya baca beberapa bulan lepas yang berbunyi hampir semua teksi di Malaysia dah menggunakan meter... Fakta yang menyokong kenyataan tu, kebanyakan teksi sudah dipasang dengan meter dan menjalani pemeriksaan meter secara berkala...

Dalam realiti, rasanya di KL je teksi bermeter menggunakan meter, kat bandar-bandar lain setakat ni, semua menggunakan sistem letak harga sendiri (harga yang sangat mahal pulak tu), walaupun teksi tu ada meter... 

Sebenarnya, teksi yang tak kira menggunakan meter tu sedang melanggar undang-undang dan boleh dilapor kepada pihak berkuasa... Cuma kebanyakan penumpang pengangkutan awam, termasuk saya, takde inisiatif untuk melaporkan benda-benda macam ni, lebih-lebih lagi bila semua teksi di bandar-bandar selain KL memang tak pernah nak gunakan meter... Especially bila naik teksi pun jarang-jarang (2-3 bulan sekali)...

Amat mengecewakan bila baca kenyataan daripada pihak berkuasa yang macam tak pernah naik teksi (dan pengangkutan awam lain)... 

Jadi kesimpulannya, masalah-masalah ni takkan selesai kalau JPJ dan pihak berkuasa lain biarkan pengguna untuk self-regulate masalah ni... 

Kalau nak selesaikan masalah-masalah ni mestilah kena memahami sendiri masalah-masalah berkaitan pengangkutan awam dulu kan... Bukanlah kita harap menteri-menteri semua untuk pergi kerja naik bas, tapi cukuplah sekadar menggunakan sendiri public transport di Malaysia ni, bukan dengan membuat rombongan besar beramai-ramai sekali-sekala ke terminal bas...  Naik bas sorang-sorang or dengan family ke...

Mungkin lepas tu baru pihak berkuasa akan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang "tak kena" dengan realiti on the ground... Lebih baik lagi kalau lepas tu ada tindakan yang tersusun dan berterusan untuk menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan pengangkutan awam ni... 

-end of post-
Nota kaki: setakat ni berdasarkan pemerhatian saya, semua bandar (kecuali KL dan beberapa bahagian di Lembah Klang) memang teksi bermeternya tak guna meter... tapi kalau ada orang yang nak betulkan fakta ni dan nak cakap teksi kat tempat korang gunakan meter, boleh komen kat bawah ni, nanti saya edit ckit post ni... tq

2 comments:

mutiara bd said...

Entri ini memberikan saya satu pengajaran:

Kita hendaklah "cuba" memahami keadaan orang lain dahulu sebelum menyatakan apa-apa atau melakukan apa-apa keputusan..

ezud zaliy said...

seperti yang baru dipelajari dalam Quality Assurance... PDCA cycle yang berguna untuk problem solving bermula dngan memahami masalah yang ingin diselesaikan... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails