Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, June 29, 2011

BERSIHkan Nescafe O Ais itu...

Artikel ni nak cerita pasal Bersih 2.0 sebenarnya (xde air nescafe yang tumpah semasa penulisan artikel ni)... hehe

Dah lama tak komen pasal isu semasa... Tapi disebabkan kat akhbar-akhbar pun asyik duk citer pasal benda ni jek, gatal plak tangan nak komen ckit...


Ramai yg sokong Bersih 2.0 (melalui pengamatan di internet, blog etc)... dan tidak kurang ramai yg against demonstrasi aman Bersih ni (melalui pengamatan di media massa arus perdana)... tapi ramai orang yg sokong for the wrong reason dan ramai orang yg menentang also for the wrong reason...

Tahukah anda bahawa Bersih 2.0 ni berdemo untuk menuntut 8 tuntutan yang diharap dapat ensure pilihanraya yang adil dan bersih... 8 tuntutan itu adalah seperti berikut:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan “pengundi hantu” seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • PDRM perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

Bersih 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Ok, itu je 8 tuntutan Bersih 2.0... Teruk sangat ke? Mustahil nak dilaksanakan ke?

Anehnya, yang masuk akhbar dan TV tu semua membincangkan keburukan berarak di jalan raya dan bagaimana PDRM enggan bagi permit berhimpun sebab tak percayakan penganjur BERSIH 2.0 akan berhimpun dengan aman (dan isu-isu lain yang mengancam keharmonian negara bila dibincangkan)... Cubalah bincangkan tuntutan ni secara ilmiah... 

Mungkin pemimpin-pemimpin kita, dan pihak SPR boleh menyatakan adakah mereka sokong 8 tuntutan ni (mungkin ada yang sokong sebahagian saje), atau mereka totally against tuntutan-tuntutan ni dan sebab kenapa mereka sokong dan tentang... (Note kepada wartawan-wartawan diluar sana, mungkin korang boleh tanya soalan-soalan ilmiah camni time interview dengan pemimpin-pemimpin...)

Saya personally rasa 8 tuntutan ni SANGAT BAIK untuk diimplementasikan dalam Pilihanraya Malaysia... Terutama tuntutan nombor 5... SPR pulak jangan la rasa cam dikritik pulak, cuba ambil ni sebagai idea baru untuk menambahbaik sistem pilihanraya di Malaysia...

Kepada pembaca pulak, tak kisahlah nak sokong ke nak bantah, at least korang aware dengan isu pokok yg patutnya dibincangkan... Tanya diri sendiri, tuntutan mana yang korang sokong dan yang mana yang korang tak suka...

Neway, tu je utk isu ni, rasa nak tulis pendek tp dah terpanjang plak...

Ps: U won't see me marching at KL on the 9th of July... I'll just be here, reading news and maybe writing some more... hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails