Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, July 8, 2011

Mari Melawat Bandar Maharani

Bandar Maharani adalah nama lain bagi Bandar Muar, Johor… Kenapa diberi nama tu, tak tahu lah, sila tanya orang Muar yang berdekatan anda… 

Mercu tanda Bandar Maharani

Yang ni gambar full dia...
Letaknye bandar ini lebih kurang 20km daripada Bandar Merlimau, Melaka… Walaupun jarak Merlimau-Muar lebih kurang sama dengan Merlimau-Melaka dan Merlimau-Jasin, tapi saya memang jarang gi Bandar Muar… 

Mungkin dalam setahun tu ada la gi Muar dalam 2 kali ke… Bandar Jasin pun sama, jarang gi, selalu gi Bandaraya Melaka je, tapi post ni nak cerita pasal Muar, bukan Jasin pun…

Kalau gi Muar pun gi round-round kat Wetex Parade (shopping complex) nyer area jek… Pernah gi panggung wayang kat Muar sekali n jalan kat taman yang tepi sungai Muar tu sekali, courtesy of encik Amir Ibrahim, orang Muor…

Kebanyakan deretan kedai memang jenis kedai camni... bandar lama la katakan...
Wetex parade: shopping mall paling canggih kat area Bandar Muar ni...
 
Aritu time nak buat medical check-up, gi la buat kat Hospital Muar (nama penuh : Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar)… Actually, bukan buat kat situ pun coz hospital tu tak buat medical check-up tapi buat kat Klinik Kesihatan Maharani yang betul-betul sebelah hospital tuh…

It was my first time going to the hospital n KK, coz they are located a little further from the Muar town… Surprisingly, I was able to find this hospital easily without any map or co-driver… memang senang la kalu sape-sape dapat posting kat sini nanti…

Ni bukan bahagian depan dia, ni pandangan sisi... tak jumpa gambar depan hospital...
Hospital ni besar gak and kinda cozy… Kawasan hospital ni besar dan yang paling best, banyak sangat parking… Saya datang time tengahari n petang pun dapat parking ngan senang (bandingkan dengan kesesakan dasyat di HTAA dan Hospital Besar Melaka)… 

KK Maharani pun best gak r, sistem dia dh computerized dan ada lab yang agak besar untuk taraf KK (dia buat suma test kat sini je kut)… Neway, buat medical check-up di sini yang ada test urine morphine akan mengambil masa 3 hari je (kalau Hospital Jasin 2 minggu, KK kat Melaka plak 3 minggu)…

Staf-staf di Hospital Muar dan KK Maharani pulak memang peramah dan berbudi bahasa… 

Ok, abes la cerita pasal hospital, kita jalan melawat satu lagi tempat bersejarah di Muar iaitu Mahkamah Sesyen/Tinggi Muar..

Saya cari bangunan ni menggunakan google maps sebab ingatkan alang-alang dah sampai Muar, baik terus setelkan akuan bersumpah pulak kan…

Bangunan Mahkamah Sesyen/Tinggi Muar ni terletak bertentangan dengan Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar…

Mahkamah Tinggi/Sesyen Muar
Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar... Lagi besar daripada tangga KOP kut... hehe

Sesampainya kat situ, tengok pagar semua berkunci, dan takde sorang pun dalam kawasan mahkamah tu… Bila tanya orang-orang di sekitar, diaorang pun tak tahu mahkamah tu guna lagi tak, coz diaorang pun bukan orang Muar…

Macam leceh je nak meneruskan pencarian mahkamah di Muar, so akhirnya setelkan akuan bersumpah kat Kompleks Mahkamah Melaka (Ayer keroh) je la, tapi jarak perjalanan dari Muar tu dalam 40km…

Bila balik umah, try google maps lagi sekali, memang tunjuk bangunan tadi adalah Mahkamah Tinggi/Sesyen Muar, tapi bila google website plak, jumpa beberapa website yang memberitahu mahkamah-mahkamah di Muar semua dah berpindah ke Kompleks Mahkamah Muar yang baru, agak jauh gak r, dari bangunan lama tu… Cet, google maps pun x bleh percaya… 

Kompleks Mahkamah Muar yang baru... Jauh berbeza ngan bangunan lama tuh... hehe
 
Neway, that concludes my jalan-jalan to Bandar Maharani, Muar, Johor… 

Semoga terhibur membaca kisah pengembaraan saya ke Bandar Muar, lain kali ikuti kisah pengembaraan saya ke tempat lain pula yerk... hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails