Cerita ini bermula di satu dusun buah-buahan yang jauh terasing daripada dunia luar... Jauh daripada manusia lain... Kalau jerit pun memang xde orang boleh tolong...
Beberapa pelajar universiti yang xde kelas pagi tu (bukan ponteng ok) sedang seronok menikmati buah-buahan dalam dusun tuh... Ada durian (tapi x banyak), rambutan, manggis dan langsat... Semuanya pun sedap.. especially manggis....
Kalau ada orang xtau lagi, pokok manggis ni tegak (erect) dan tinggi... dan manggis yang dah masak pulak kena petik (x jatuh macam durian)... Nah gambar pokok manggis...
ni pokok manggis (gambar dari internet) |
ni pulak buah manggis |
Salah sorang pelajar yang gi dusun tu pun panjatlah pokok manggis tu untuk petik manggis yang dah masak ranum kat atas pokok tuh... Memang banyak, boleh nampak dari bawah...
Dia pun petik manggis dan campak manggis yang dah masak ke bawah... Petik, campak ke bawah... Petik, campak ke bawah... Banyak giler manggis, dan memandangkan orang yang panjat ni memang hebat dalam skill memanjat pokok, banyak giler manggis yang DIPETIK...
Seberapa lama kemudian, orang yang panjat tu pun turun dari pokok manggis tu... Sesampainya kat bawah tuh, dia tengok ada sikit je manggis kat bawah tu...
Monolog orang tu: "Aik, ingatkan banyak giler ak petik tadi, kenapa jadi sikit je???"
Ke mana perginya manggis-manggis yang banyak tu? Hilang into thin air? Seram tak?
Misteri ini akhirnya berjaya dibongkarkan oleh kami tu setelah penyiasatan di buat (ala-ala dalam komik Conan tuh)... Hasil siasatan sangat mengejutkan...
Rupa-rupanya pokok manggis tu ada "penunggu"... Itu saja yang saya boleh dedahkan, xboleh banyak2, nanti penunggu pokok manggis tu serang saya plak... Huhu
Rupa-rupanya pokok manggis tu ada "penunggu"... Itu saja yang saya boleh dedahkan, xboleh banyak2, nanti penunggu pokok manggis tu serang saya plak... Huhu
Misteri ni dah dimasukkan dalam classified X-files, tag kes "Penunggu Pokok Manggis"...
Ps: Nama-nama mereka yang terlibat dalam kes misteri ini terpaksa dirahsiakan... Tapi orang yang terlibat tau r kan apa yang berlaku... Huhu
1 comment:
Patutlah bila kita orang balik dari MMT hari tu, buah manggis dah habis...Ada cerita X-Files rupanya.
Post a Comment