Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Thursday, July 29, 2010

Saya nak jadi YB Menteri

ada 4 menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan skop kerja berbeza...

Kalau orang tanya saya masa kecik-kecik dulu, "adik nak jadi menteri kabinet apa bila besar nanti?", maka jawapan-jawapan yang mungkin saya bagi time tu mungkin Menteri Pertahanan... atau Menteri Pendidikan... atau Menteri Kerja Raya...

Kenapa? Sebab nama-nama jawatan diaorang best, dan bidang tugas diaorang macam sangat berkuasa kan...  Boleh memberi kesan yang besar dalam negara kita... Kalau masa kecik-kecik dulu xde orang perasan pun, atau teringin nak jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Tapi... Kalau ada orang tanya soalan yang sama kat saya sekarang, "ko nak jadi menteri apa kalau ada orang offer?", saya akan jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri... Kenapa? Sebab sekarang baru saya sedar, jawatan inilah yang antara yang paling berkuasa dalam kabinet (lebih berkuasa daripada menteri-menteri berportfolio lain)...

Jawatan diaorang mungkin tak glamour, tapi bidang kerja mereka amat luas... Sebagai contoh, YB Nazri Aziz, Menteri di JPM yang bertanggung jawab dalam hal ehwal Parlimen dan undang-undang, kalau kita tengok, muka dia je asyik masuk TV,  isu macam-macam tapi semua orang tanya dia je, macam xde orang lain pulak,tapi tu sebenarnya menunjukkan bidang tugas dia yang luas...

Kalau daripada segi kewangan pulak, Jabatan Perdana Menteri (JPM) punya bajet sangat besar, berbanding dengan jabatan-jabatan lain... Ini kerana organisasi JPM sangat besar dan ada banyak sub-organisasi dalam JPM tu sendiri... ada PEMANDU, SPAD dan banyak lagi... Memang banyak lah resource kalau jadi menteri di JPM, bukannye bermaksud banyak duit boleh songlap, tapi boleh buat banyak projek yang bernilai tinggi, mungkin boleh lancarkan Rapid Melaka, buat sistem tren elektrik seluruh Malaysia etc...
 
Dah le banyak kuasa, duit pun banyak pulak tuh... hebat jawatan nih (jawatan ok, orang yang memegang jawatan ni saya x minat pun)... 

Ps: Saje nak menyedarkan korang yang banyaknye bidang tugas Jabatan Perdana Menteri dan Menteri-menteri di jabatan nih... Ini baru introductory blog entry pasal JPM, lain kali baru elaborate mendalam sikit pasal JPM lagi yerk...

2 comments:

Shamel said...

aku nak jadi seseorang yang awesome!

ezud zaliy said...

@shamel: kalau ak jadi PM, ak wujudkan jawatan menteri awesome untuk ko... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails