Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, July 21, 2010

Picnic Durian


Bayangkan 6 orang pemuda sedang berkelah di tengah-tengah padang di taman pertanian Sultan Ahmad Syah… menu utama: durian... ya, durian sahaja, and nothing else... Pemuda-pemuda itu adalah abu, bunif, jaa, dani, amsyar dan saya sendiri...

Perancangan untuk program bermula 5 minit sebelum kelas pukul 2 petang hari yang sama... Program manager, abu mencadangkan program makan durian di taman pertanian... Ramai yang berminat jadi participant...

Program dijangka bermula pada pukul 3 petang di taman pertanian... Bila tiba je pukul 3 petang tuh, rupa-rupanya penjualan durian hanya akan bermula pukul 4 hingga 5 petang (tertulis di notice board)... Program terpaksa diangguhkan ke pukul 4 petang... Ramai participant yang dah datang pukul 3 petang tu yang tak sanggup menunggu menarik diri daripada program...

Participants lain (tinggal 6 orang sahaja) terus setia bersama program manager setelah diberi suntikan semangat oleh amsyar, participant paling bersemangat...

Program bersambung pukul 4 petang... Kami tiba pukul 4.05 petang, cuma lewat 5 minit sahaja, tapi semua durian dah sold-out... Ramai giler orang datang lagi awal daripada kami (bawak seisi keluarga pulak tuh, budak-budak masih lagi tengah pakai uniform sekolah) dan dah borong semua durian yang dijual di situ... Sape x berminat beli durian murah kan? Huhu...

Ada pembeli lain tu cakap yang dia dah tunggu lama sebelum pukul 4, kalau lambat memang x dapat r... Walaupun noticeboard tu tulis pukul 4 petang baru start jualan, tapi dalam 20 minit (at least) sebelum tu dah kena datang, kalau datang pukul 4, memang tengok durian orang je r...

Kekecewaan terpancar di wajah semua participant... Tiba-tiba ada abang di belakang saya tanya, "adik nak beli durian tak? Tapi yang kecik-kecik jelah"... Abang tu dah pilih banyak durian, pastu rasa x nak beli banyak pulak, satu plastik durian diberi kepada kami... Terima kasih sangat-sangat kat abang tuh... Tak sia-sia kami datang 2 kali nak beli durian kat sini...

Pastu, saya ditugaskan untuk menjaga durian yang ada sementara participant lain memburu durian (mana tau ada terselit kat mana-mana ke kan)...

Alhamdulillah, rezeki kami bertambah, pekerja taman pertanian pun ada yang bersimpati kat kami... Ada beberapa plastik durian (yang orang dah siap bungkus tapi dia dah tertinggal or maybe sengaja tinggalkan), pak cik tu pun bagi r kami durian tuh, besar-besar jugak...

Setelah ditimbang, durian yang terkumpul ada lah dalam 12 kg (banyak gak ni)... 12kg x RM3 per kg = RM30 (maksudnya dapat diskaun lagi r tuh)... Huhu... Bunif lagi best, dia timbang durian sebijik nak bawak balik Taman Polo pastu pakcik tu bagi dia free je kut durian tuh.... Huhu...

Pastu bermulalah picnic kami... Duk atas padang tuh, parang pinjam daripada Taman Pertanian dan kupas r durian tuh... Makan durian sampai kenyang... Walaupun peserta semua bersemangat makan durian, tapi x dapat jugak nak habiskan semua durian... Ada r bawak balik ckit untuk orang kat mahallah, tapi ckit je r...

Kalau korang rasa nak gi makan durian kat sini, details adalah seperti berikut:

Lokasi: Taman Pertanian Sultan Ahmad Syah (dekat Kuantan bypass road)
Masa jualan: 10.00 - 11.00 pagi dan 4.00 - 5.00 petang (sila datang awal)
Harga: RM3 per kg (tapi pak cik tu kira lebih kurang je)

Memang best program picnic durian perdana 2010... Especially kalau gi ramai-ramai dengan kawan-kawan... X sabar nak buat lagi program ni... Kalau musim durian dah abes, mungkin kita boleh organize picnic makan buah lain pulak...

11 comments:

bunif said...

hahahaha...respek kt amsyar yg pegang durian dgn tapak tgn slamber je...dh xsabar sgt la tu nk makan..ahahaha

Haziah Salleh said...

(^^)/ bru tau kamu punye blog... Jeles nye nak makan durian~~~

amsyar said...

ahahaha.. din, esok pg makan durian kat umah makcik afiq lak.. yg ni free...

ezud zaliy said...

jiji: xde durian kat sabah ke?

ezud zaliy said...

bunif, itu dipanggil altered pain perception... huhu

ezud zaliy said...

amsyar, durian memang best... especially yang free... huhu

Polaris Girl said...

pos kat cni sket.. hehe

Anonymous said...

wahahaha....amsyar juara durian
pasni makan ikan patin la din...lalallaa

ezud zaliy said...

sedap ikan patin temerloh... huhu... tq neng...

ezud zaliy said...

@fatihah: gi beli durian puncak alam tuh... huhu

Polaris Girl said...

durian puncak alam mahal laaa... 2 bjirm 10.. dahla ngah pokai skrg.. nk tgu durian free je.. hek3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails