Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, December 1, 2010

Tak jumpa bas, jalan kaki

Tahniah diucapkan kepada Khairy Jamaluddin (MP Rembau) kerana telah naik pengangkutan awam hari ni dan melaporkan kelemahan pengangkutan awam tu kepada akhbar...

Beliau telah naik LRT dari stesen Bukit Jalil ke Masjid Jamek... Pastu turun je stesen Masjid Jamek ingatkan ada bas untuk gi ke Parlimen, tapi tanya-tanya orang kat situ, semua tak tau pun perhentian bas yg berdekatan kat mana...

Jadi dia pun jalan kaki dari stesen LRT tu ke Parlimen... Ok tu je ceritanya dalam akhbar The Star hari ni...

Jangan salah faham saya sebagai penyokong dia plak, yang saya sokong tu pengangkutan awam sebenarnye...

Tapi apa yang dia buat ni memang bagus la, naik sendiri pengangkutan awam (bukan buat rombongan beramai-ramai dengan pihak atasan lain), dan rasa sendiri kelemahan sistem pengangkutan awam ni... Pastu report dalam akhbar bagi orang -orang lain baca gak...

Lagi baik kalau lepas ni dia boleh komplen terus kepada pihak berkuasa cam Menteri Pangangkutan ke, bagi mereka ni sedar kelemahan tuh... Lepas tu bila dah sedar baru lah boleh kita perbaiki mutu pengangkutan awam ni kan...  

Sekarang bagi contoh yang lagi baik, tapi kat luar negara la... Datuk Bandar New York setiap hari gi kerja naik tren subway... Walaupun dia kaya-raya tapi dia guna gak pengangkutan awam setiap hari tau...

Tak kisah la ada orang akan mengata nak cari publisiti ke apa ke, tapi kalau orang yang memang naik public transport setiap hari dia akan tahu le kalau ada kelemahan dalam sistem pengangkutan awam bandar dia kan... 

Dan kalau orang macam ni mengkritik pasal pengangkutan awam, at least orang akan acknowledge la yang dia memang naik public transport dan dia faham masalah yang terjadi...

Tapi kita di Malaysia, pihak-pihak atasan yang banyak keluarkan kenyataan pasal public transport pun macam tak pernah naik public transport sebagai orang awam je... 

Cuba naik komuter masa sesak sampai tak boleh nak masuk tren dan kena tunggu tren berikutnya... Atau cuba naik bas awam dan kena marah sebab takde duit kecik... Benda-benda macam ni selalu je berlaku pada orang awam kan... 

Bas lambat... Bas sesak... LRT berhenti tengah-tengah landasan... Diganggu ulat tiket... Takde connectivity di antara public transport yang berbeza... Banyak lagi masalah yang banyak orang komplen tapi belum diselesaikan... 

Mungkin kerana pihak atasan tak sedar masalah tu atau tak rasa urgency dalam menyelesaikan masalah tu sebab bukan dia yang kena hadapi masalah tu setiap hari... Kalau mereka sedar mungkin cepat sikit masalah tu diselesaikan...

Anyway, lepas ni diharapkan lebih pihak atasan akan sudi guna public transport sebagai orang awam biasa... Dan untuk Khairy pula, harap lepas ni terus naik public transport lagi ok, jangan la naik sekali je pastu tak naik lagi... hehe

Ps: Pihak atasan tu boleh jadi daripada menteri-menteri, pegawai-pegawai kerajaan sampailah kepada bos-bos syarikat pengangkutan, oleh itu artikel ini bukan bersifat partisan ok...   

Ke arah pengangkutan awam yang lebih bermutu

2 comments:

Ilham Nur said...

Membayangkan Din tanpa MBH 4601, hehe.

ezud zaliy said...

@che am: kat melaka ak naik monorel melaka r... hahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails