Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Tuesday, June 22, 2010

Rancangan Malaysia ke-10 : Apa yg saya rasa korang perlu tahu....


Beberapa minggu lepas, PM Najib telah mengumumkan rancangan Malaysia ke -10 yang merupakan blueprint untuk pembangunan Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang... Dah lama saya nak post blog entry nih tapi sibuk bercuti dan tiada akses internet 2 minggu sebelum nih... Teks asal ucapan PM memang panjang berjela-jela tapi saya x baca semua pun, pilih yg berkaitan jelah kan... Berikut adalah sedikit ringkasan berkenaan subtopik yg menarik minat saya:

Subtopik : Peningkatan Kompetensi Graduan
·                  employability akan dijadikan satu daripada KPI universiti. Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti akan bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI yang ditetapkan.
·                  Kerajaan akan memberi autonomi kepada universiti secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan  prestasi universiti.
·                  Kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD, iaitu 75 peratus bagi Universiti Penyelidikan atau Research University, dan 60 peratus  bagi universiti awam lain.
·                  sebuah lagi IPTA sudah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan iaitu UTM.

Subtopik : Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam
·                  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah  ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab bagi  merancang, mengawal selia dan menguatkuasa sistem serta operasi  pengangkutan awam darat.
·                  projek mega Mass Rapid Transit (MRT) berkapasiti tinggi.
·                  Pembinaan terminal bas dan rel seperti Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak juga akan dilaksanakan bagi memastikan  kelancaran perjalanan pengangkutan awam.
·                  sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar

Subtopik: Kemapanan alam sekitar tanggungjawab kita
·                  Penekanan  akan diberi kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharu (renewable energy) dan  peningkatan kecekapan tenaga (energy efficiency).
·                  Kerajaan akan  memperkenalkan Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu  bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh  diperbaharu.
·                  menggalakkan  pewujudan peluang ekonomi daripada usaha pemuliharaan alam  sekitar (contohnya, eko-pelancongan).
·                  menggalakkan pewujudan perumahan mesra  alam dengan memperkenalkan Garispanduan serta sistem penarafan  hijau. Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi  bandar hijau contoh.
·                  Kerajaan juga akan menerajui usaha  melaksanakan piawaian bangunan hijau. Bangunan baru Kerajaan  akan direkabina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.  Kecekapan tenaga bangunan sedia ada Kerajaan juga akan  ditambahbaik, dan sebagai contoh suri tauladan, bangunan Pejabat Perdana Menteri akan dinaiktaraf untuk mematuhi penarafan hijau  Gold Standard.

Sekarang kita sama2 tunggu dan lihat implementation cadangan2 kat atas ni pulak... sama ada berjaya atau tak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails