Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Thursday, June 24, 2010

Kalau gi Sarawak jangan lupa… Midin




Midin ni sejenis pokok paku pakis yg dimakan sebagai sayur kat Sarawak… Memang senang nak cari coz ramai orang jual… Kalau kat semenanjung pun ada je orang makan paku-pakis, tapi memang susah nak cari kan, tapi kat Kuching nih memang senang… Gi je kat mana-mana pasar atau kat gerai sayur tepi jalan mesti ada…
 
Midin ni bukan hanya sedap dimakan, tapi memang cantik dipandang (rujuk gambar)…

Cara masak goreng ngan cili, tapi x pasti r semua cara masak, google je resipi kalau nak tau lebih lanjut… Masak dengan cendawan hitam yg dijual kat pasar pun sedap…

Kalau nak beli sayur-sayur (cam midin, cendawan, terung sarawak n jagung) dan buah-buahan kat Kuching nih harga dia murah berbanding kat semenanjung, tapi kalau korang sanggup gi jauh ckit dari Kuching (contohnya aritu kami gi pekan Lundu- 90 km dari Kuching), harga dia memang murah giler… Boleh borong kalau nak… huhu

Jadi, kalau anda pergi melawat Sarawak, jangan lupa rasa midin ok…

Midin setelah dimasak dan sedia untuk dihidangkan

1 comment:

nuruLamaL said...

sah2 sy x kan mkn mende nih!! sayur! pahit!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails