Ramai terus membantah 100% cadangan nih sebab x nak membeli barang dgn harga yg mahal, tetapi sebahagian kecil bersetuju terutama dalam media arus perdana... Sebahagian yg lain pula setuju bersyarat... Apa pandangan anda? Xde pandangan lagi? Jom bincangkan isu nih...
Kita mulakan dgn kebaikan subsidi iaitu membolehkan rakyat yg berpendapatan rendah untuk menikmati barang2 pada harga lebih murah dan secara tidak langsung meningkatkan sedikit taraf hidup mereka... Itu je kebaikannya...
Keburukan subsidi plak:
- Subsidi yg diberi kerajaan lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi drpd golongan berpendapatan rendah. Sebagai contoh, org kaya beli kereta berenjin besar (guna lebih banyak minyak) sedangkan org miskin hanya guna motorsikal je... so org kaya dpt lebih banyak subsidi...
- Subsidi di Malaysia bukan hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia, tp juga rakyat negara jiran dan pendatang asing tanpa izin... Harga barang yg rendah menyebabkan banyak sindiket penyeludupan ke negara jiran, jadi rugi jelah kita bagi subsidi kepada org luar kan
- Subsidi menyebabkan banyak pembaziran berlaku. Yelah, kalau semua benda murah, org x hargai sgt kan, cuba kalau benda mahal, xde nak membazir nye... Contohnya subsidi ubat di hospital kerajaan, ada pesakit yg bawak balik ubat tp x makan pun (membazir kan)...
- Sesetengah barang yg disubsidi pula x baik dr segi kesihatan spt gula pasir... banyak amik gula nnti dpt diabetes pulak...
Jadi dpt kita simpulkan kebaikan subsidi ni kurang berbanding keburukannye kan... Kalau ada org nak tambah apa2 yg saya x perasan bolehlah komen kat bwh...
Demikian begitu, mengapa rakyat yg kebanyakannya berpelajaran tinggi membantah pengurangan subsidi (bukan sebab mereka selfish ok)?
- Pertama, kerana terlalu banyak korupsi yg berlaku dalam kerajaan sekarang nih, menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit. Jadi secara logiknya, kalau korupsi ni x diselesaikan terlebih dulu, rugi jelah duit rakyat kan... Lebih banyak duit masuk dlm perbendaharaan negara, tp lebih banyak duit yg akan keluar melalui korupsi... Jadi ada orang yg berpendapat kita kene banteras korupsi dulu sebelum menyusahkan rakyat...
- Kedua, kerana kita xtau ke mana perginya duit lebih yg akan kita bayar kepada kerajaan... Sepatutnya menteri berkenaan perlulah menyatakan apa yg nak dibuat dgn duit lebih yg kerajaan bakal dapat...
- Ketiga, kerana dulu masa kerajaan nak naikkan harga minyak, mereka janji untuk salurkan duit tu kpd pengangkutan awam, tp sampai sekarang masih mcm dulu je... Kenalah buktikan dulu yg mereka dh penuhi janji dulu, br senang org nak bg duit lebih lg kan...
- Keempat, rata-rata rakyat Malaysia masih lagi berpendapatan rendah, jadi golongan yg akan terhimpit paling teruk tentulah golongan ini...
Erm, saya rasakan pengurangan subsidi adalah sangat perlu... TAPI mestilah dalam masa yg sama, pihak kerajaan perlu berjanji dan mengeluarkan satu pelan komprehensif untuk membanteras rasuah dan korupsi... Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak bantuan yg lebih spesifik kepada rakyat Malaysia yg kurang berkemampuan (spt pengangkutan awam dan bantuan tunai)... Di samping itu, kerajaan juga perlu merangka ekonomi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi supaya rakyat Malaysia lebih mampu untuk menikmati barang2 dan perkhidmatan di Malaysia...
Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengumumkan (dalam satu masa) satu pelan yg lebih komprehensif, daripada semua aspek yg berkaitan dgn subsidi seperti di atas... Kalau nak tunggu korupsi abes baru nak selesaikan isu subsidi x jalan2 nanti, jadi pada pandangan saya kalau buat serentak pun boleh, tp mestilah terbukti berkesan...
Paling bagus sekali adalah dengan mengurangkan sedikit subsidi dan dalam masa yg sama kerajaan kena buktikan berapa banyak rasuah yg berjaya dibendung dan bagaimana org berpendapatan rendah dapat faedah... Bila dah berjaya sedikit, kurangkan lagi sedikit subsidi, dan tunjuk lagi apa yg dah dilakukan (maybe naikkan gaji penjawat awam dgn perbendaharaan negara yg semakin banyak, dan tidak lupa juga banteras rasuah) .. Sampai semua subsidi dah xde, semua rasuah dah dibanteras dan semua rakyat x hidup susah lagi... Pada saya kalau macam ni boleh diterima...
sekian...