Pages
a
"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."
Saturday, July 31, 2010
I'm going to meet you now
Product description: a very interesting sentimental song, sang by a popular korean actor Kim Bum...
Indication: for calming, anxiolytic and antidepressive effect...
English subtitle pun ada sekali, tambah feel ckit...
Thursday, July 29, 2010
Penunggu Pokok Manggis
Cerita ini bermula di satu dusun buah-buahan yang jauh terasing daripada dunia luar... Jauh daripada manusia lain... Kalau jerit pun memang xde orang boleh tolong...
Beberapa pelajar universiti yang xde kelas pagi tu (bukan ponteng ok) sedang seronok menikmati buah-buahan dalam dusun tuh... Ada durian (tapi x banyak), rambutan, manggis dan langsat... Semuanya pun sedap.. especially manggis....
Kalau ada orang xtau lagi, pokok manggis ni tegak (erect) dan tinggi... dan manggis yang dah masak pulak kena petik (x jatuh macam durian)... Nah gambar pokok manggis...
ni pokok manggis (gambar dari internet) |
ni pulak buah manggis |
Salah sorang pelajar yang gi dusun tu pun panjatlah pokok manggis tu untuk petik manggis yang dah masak ranum kat atas pokok tuh... Memang banyak, boleh nampak dari bawah...
Dia pun petik manggis dan campak manggis yang dah masak ke bawah... Petik, campak ke bawah... Petik, campak ke bawah... Banyak giler manggis, dan memandangkan orang yang panjat ni memang hebat dalam skill memanjat pokok, banyak giler manggis yang DIPETIK...
Seberapa lama kemudian, orang yang panjat tu pun turun dari pokok manggis tu... Sesampainya kat bawah tuh, dia tengok ada sikit je manggis kat bawah tu...
Monolog orang tu: "Aik, ingatkan banyak giler ak petik tadi, kenapa jadi sikit je???"
Ke mana perginya manggis-manggis yang banyak tu? Hilang into thin air? Seram tak?
Misteri ini akhirnya berjaya dibongkarkan oleh kami tu setelah penyiasatan di buat (ala-ala dalam komik Conan tuh)... Hasil siasatan sangat mengejutkan...
Rupa-rupanya pokok manggis tu ada "penunggu"... Itu saja yang saya boleh dedahkan, xboleh banyak2, nanti penunggu pokok manggis tu serang saya plak... Huhu
Rupa-rupanya pokok manggis tu ada "penunggu"... Itu saja yang saya boleh dedahkan, xboleh banyak2, nanti penunggu pokok manggis tu serang saya plak... Huhu
Misteri ni dah dimasukkan dalam classified X-files, tag kes "Penunggu Pokok Manggis"...
Ps: Nama-nama mereka yang terlibat dalam kes misteri ini terpaksa dirahsiakan... Tapi orang yang terlibat tau r kan apa yang berlaku... Huhu
Saya nak jadi YB Menteri
ada 4 menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan skop kerja berbeza... |
Kalau orang tanya saya masa kecik-kecik dulu, "adik nak jadi menteri kabinet apa bila besar nanti?", maka jawapan-jawapan yang mungkin saya bagi time tu mungkin Menteri Pertahanan... atau Menteri Pendidikan... atau Menteri Kerja Raya...
Kenapa? Sebab nama-nama jawatan diaorang best, dan bidang tugas diaorang macam sangat berkuasa kan... Boleh memberi kesan yang besar dalam negara kita... Kalau masa kecik-kecik dulu xde orang perasan pun, atau teringin nak jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
Tapi... Kalau ada orang tanya soalan yang sama kat saya sekarang, "ko nak jadi menteri apa kalau ada orang offer?", saya akan jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri... Kenapa? Sebab sekarang baru saya sedar, jawatan inilah yang antara yang paling berkuasa dalam kabinet (lebih berkuasa daripada menteri-menteri berportfolio lain)...
Jawatan diaorang mungkin tak glamour, tapi bidang kerja mereka amat luas... Sebagai contoh, YB Nazri Aziz, Menteri di JPM yang bertanggung jawab dalam hal ehwal Parlimen dan undang-undang, kalau kita tengok, muka dia je asyik masuk TV, isu macam-macam tapi semua orang tanya dia je, macam xde orang lain pulak,tapi tu sebenarnya menunjukkan bidang tugas dia yang luas...
Kalau daripada segi kewangan pulak, Jabatan Perdana Menteri (JPM) punya bajet sangat besar, berbanding dengan jabatan-jabatan lain... Ini kerana organisasi JPM sangat besar dan ada banyak sub-organisasi dalam JPM tu sendiri... ada PEMANDU, SPAD dan banyak lagi... Memang banyak lah resource kalau jadi menteri di JPM, bukannye bermaksud banyak duit boleh songlap, tapi boleh buat banyak projek yang bernilai tinggi, mungkin boleh lancarkan Rapid Melaka, buat sistem tren elektrik seluruh Malaysia etc...
Dah le banyak kuasa, duit pun banyak pulak tuh... hebat jawatan nih (jawatan ok, orang yang memegang jawatan ni saya x minat pun)...
Ps: Saje nak menyedarkan korang yang banyaknye bidang tugas Jabatan Perdana Menteri dan Menteri-menteri di jabatan nih... Ini baru introductory blog entry pasal JPM, lain kali baru elaborate mendalam sikit pasal JPM lagi yerk...
Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
If you found the perfect one...
... never let go.
A customer at a pharmacy once asked me to recommend products to help her acne problems. So, I recommend her 2 products, a topical cream and a soap. She went back to her home, to try those 2 items, and I didn’t meet her for a long long time....
Months later, the same customer came back. She still has the same acne problem and asked me to recommend her products for her problems.
I asked her, did the product helped her previous problem at all? She said that the product helped her a lot. Her pimples reduces in number, and the remaining become dry, hardly visible to the naked eye...
Then, after months of using the product, with hopes that the remaining small dry dots on her face would go away, it didn’t... Her face was smooth, but she wanted more...
She stopped using the products i recommended to her and started to use other skincare products, she tried many other products to eliminate the scar (remains of the pimples) etc.. she failed.
Not only that she failed to reduce the scar, the old acne problem came back. She started having fresh acne on her face... Lots of them...
Ok, the story ends here... Lets discuss the moral of the story...
The moral of the story is... when you found your perfect match, be grateful... That something (or someone) may not be perfect, they might not rise up to your ever increasing expectations but they are compatible with you. You’ll never know if there are other comparable things (or person) out there for you...
To choose a perfect skincare product is sort of like choosing people you wanted in life (eg: friends, spouse, assistants, business partner etc), there are thousands of skincare products available in the market, but not all are suitable for you... In fact, most of them are not suitable for you... They might give you rashes, or pimples or oily skin...
But when you have found the product that is compatible for your skin, don’t give up on it easily... They might not be up to yor expectation, but they prevent pimples, and isn’t that worth something...
I am not saying that there is just one product for everyone in the world, there might be many, but the moment you gave up on the product that suits you, you might end up searching for many years to find another product that suits you (if there is any)...
So be grateful that you have something that suits you... and never let go...
“An original pharmacy-related story by ezud zaliy”... True story ok (mostly), komen je tambah sendiri... Huhu
Friday, July 23, 2010
Birthday Party Dani dan Helmi Rahmat
Berlangsung di Restoran Sara Thai, Jalan Gambut, Kuantan, semalam telah diadakan satu jamuan ringkas meraikan birthday dani (class rep) dan helmi rahmat... Actually birthday diaorang dah lama dah lepas, tapi xpe r nak celebrate lambat-lambat pun kan... Huhu
Menu yang tiada dalam gambar: sotong goreng tepung, telur bistik, telur dadar...
Selamat Hari Jadi kepada Dani dan Helmi Rahmat...
Daneng, ak dah post gambar ko nih... Huhu |
Ikan siakap Rad Prik |
tomyam campur |
Kerabu kangkung |
Menu yang baru di cuba : Sup Sotong Sumbat... Kalau nak tau sedap tak, kena tanya abu... |
Ayam gajus |
Selamat Hari Jadi kepada Dani dan Helmi Rahmat...
"Majalah Hai" dihentikan permit
saya tidak baca majalah ini... Huhu |
KUALA LUMPUR, July 19 – The Home Ministry unit that renews publishing permits today broke its silence over its slow processing time, claiming its officers have to read every edition and also process more than 300 applications monthly. (Read full article)
Ini pula komen saya kepada kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (KDN) nih...
Pakatan Rakyat cakap kementerian ni ambil masa hampir setahun untuk luluskan permit suratkhabar mereka... Ironinya, KDN yang suruh semua media cetak untuk renew permit setiap tahun, tapi diaorang nak proses application akhbar pun mengambil masa hampir setahun... Xkan lah lepas dapat je permit dah kena hantar permohonan untuk tahun depan kan... mengarut giler...
Kalau KDN dah x mampu nak proses application dengan segera, saya rasa ada beberapa pilihan yang depa boleh pertimbangkan... Pertama, biar jelah kalau akhbar tu beroperasi sementara tanpa permit sementara KDN proses permit diaorang...
Asalkan akhbar tu dah apply untuk permit baru, biar je lah diaorang beroperasi selagi tak diharamkan, ini kalau akhbar x boleh diterbitkan sebab kelemahan KDN tu sendiri dalam memproses permit, x adillah untuk industri media kan...
Kedua, jangan le buat permit yang kena renew selalu... Apa kata KDN consider buat permit media cetak untuk 3 tahun contohnya... Jadi xde lah banyak sangat beban kerja staff KDN nak proses banyak permit media cetak di Malaysia ni kan... Ini pun akan memudahkan industri media nak memohon permit baru, ingat diaorang nih xde kerja asyik nak pikir pasal permit ke?
Pastu, KDN cakap kerja diaorang bukan luluskan akhbar je, tapi banyak kerja lain... Contohnya, luluskan permit majalah (diakui memang banyak giler majalah kat pasaran kan), brosur, buletin etc...
Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan sekaran nih, kenapa x pernah kita dengar majalah Hai atau majalah Mangga or apa-apa majalah hiburan kat luar sana tu yang kena rampas dengan KDN atau lambat dapat permit untuk terbitkan isu diaorang... Takkan le cepat je nak proses isu hiburan tapi nak proses berita lambat benar... X adil betul kan...
Pastu dia tambah lagi, cakap diaorang nak kena baca semua isu akhbar tu dalam tahun tu baru boleh luluskan permit baru dan ini mengambil masa yang sangat lama... Saya rasa kalau nak baca semua isu akhbar dalam setahun memang lah lama kalau last minute (bila nak proses permit baru) baru nak baca... Xkan le diaorang x boleh baca setiap isu akhbar tu immediately selepas diterbitkan... Bila keluar isu julai, baca le dalam bulan julai, jangan kumpul setahun punya isu baru nak baca sekaligus... Benda kecik macam ni pun nak kena bagitau ke? isy3...
Pastu kalau kita tengok akhbar-akhbar Pakatan Rakyat nih, xde akhbar harian, paling frequent pun Harakah seminggu 2 kali kalau x silap, tapi Utusan Malaysia, Berita Harian etc semuanya publish setiap hari, lagi tebal pulak tuh... Kalau nak dibandingkan boleh ke KDN cakap x sempat nak baca akhbar yang diterbitkan seminggu sekali tapi x pernah ada masalah nak baca akhbar yang diterbitkan setiap hari... X masuk akal...
Maaflah kalau ada sesiapa tersinggung, tapi saya rasa isu permit akhbar ni perlu dijelaskan kepada semua orang... Saya rasa macam diperbodohkan je bila baca komen KDN berkaitan media ni... KDN xnak mengaku yang diaorang "serang" akhbar-akhbar yang tak menyokong kerajaan tapi alasan-alasan yang diberi semuanya tak masuk akal... Media perlulah diberi kebebasan untuk menyokong kedua-dua belah pihak barulah adil...
Ps: Saya menyokong kebebasan media... Sekian
Wednesday, July 21, 2010
Picnic Durian
Bayangkan 6 orang pemuda sedang berkelah di tengah-tengah padang di taman pertanian Sultan Ahmad Syah… menu utama: durian... ya, durian sahaja, and nothing else... Pemuda-pemuda itu adalah abu, bunif, jaa, dani, amsyar dan saya sendiri...
Perancangan untuk program bermula 5 minit sebelum kelas pukul 2 petang hari yang sama... Program manager, abu mencadangkan program makan durian di taman pertanian... Ramai yang berminat jadi participant...
Program dijangka bermula pada pukul 3 petang di taman pertanian... Bila tiba je pukul 3 petang tuh, rupa-rupanya penjualan durian hanya akan bermula pukul 4 hingga 5 petang (tertulis di notice board)... Program terpaksa diangguhkan ke pukul 4 petang... Ramai participant yang dah datang pukul 3 petang tu yang tak sanggup menunggu menarik diri daripada program...
Participants lain (tinggal 6 orang sahaja) terus setia bersama program manager setelah diberi suntikan semangat oleh amsyar, participant paling bersemangat...
Program bersambung pukul 4 petang... Kami tiba pukul 4.05 petang, cuma lewat 5 minit sahaja, tapi semua durian dah sold-out... Ramai giler orang datang lagi awal daripada kami (bawak seisi keluarga pulak tuh, budak-budak masih lagi tengah pakai uniform sekolah) dan dah borong semua durian yang dijual di situ... Sape x berminat beli durian murah kan? Huhu...
Ada pembeli lain tu cakap yang dia dah tunggu lama sebelum pukul 4, kalau lambat memang x dapat r... Walaupun noticeboard tu tulis pukul 4 petang baru start jualan, tapi dalam 20 minit (at least) sebelum tu dah kena datang, kalau datang pukul 4, memang tengok durian orang je r...
Kekecewaan terpancar di wajah semua participant... Tiba-tiba ada abang di belakang saya tanya, "adik nak beli durian tak? Tapi yang kecik-kecik jelah"... Abang tu dah pilih banyak durian, pastu rasa x nak beli banyak pulak, satu plastik durian diberi kepada kami... Terima kasih sangat-sangat kat abang tuh... Tak sia-sia kami datang 2 kali nak beli durian kat sini...
Pastu, saya ditugaskan untuk menjaga durian yang ada sementara participant lain memburu durian (mana tau ada terselit kat mana-mana ke kan)...
Alhamdulillah, rezeki kami bertambah, pekerja taman pertanian pun ada yang bersimpati kat kami... Ada beberapa plastik durian (yang orang dah siap bungkus tapi dia dah tertinggal or maybe sengaja tinggalkan), pak cik tu pun bagi r kami durian tuh, besar-besar jugak...
Setelah ditimbang, durian yang terkumpul ada lah dalam 12 kg (banyak gak ni)... 12kg x RM3 per kg = RM30 (maksudnya dapat diskaun lagi r tuh)... Huhu... Bunif lagi best, dia timbang durian sebijik nak bawak balik Taman Polo pastu pakcik tu bagi dia free je kut durian tuh.... Huhu...
Pastu bermulalah picnic kami... Duk atas padang tuh, parang pinjam daripada Taman Pertanian dan kupas r durian tuh... Makan durian sampai kenyang... Walaupun peserta semua bersemangat makan durian, tapi x dapat jugak nak habiskan semua durian... Ada r bawak balik ckit untuk orang kat mahallah, tapi ckit je r...
Kalau korang rasa nak gi makan durian kat sini, details adalah seperti berikut:
Lokasi: Taman Pertanian Sultan Ahmad Syah (dekat Kuantan bypass road)
Masa jualan: 10.00 - 11.00 pagi dan 4.00 - 5.00 petang (sila datang awal)
Harga: RM3 per kg (tapi pak cik tu kira lebih kurang je)
Memang best program picnic durian perdana 2010... Especially kalau gi ramai-ramai dengan kawan-kawan... X sabar nak buat lagi program ni... Kalau musim durian dah abes, mungkin kita boleh organize picnic makan buah lain pulak...
Sunday, July 18, 2010
Diserang orang gila...
Xde kena serang secara fizikal pun, cuma kena terjah (macam dalam tv3 tuh)...
Kejadian ni berlaku semalam je actually... Selesai je makan dan selesai bayar makanan di sebuah kedai makan, bila dah nak naik motor dah, datang sorang pekerja kedai tu panggil saya macam suruh tunggu jap... Kalau daripada gayanya, macam nak cakap kita x bayar lagi untuk makanan je...
Bila dah betul-betul dekat, dia pun start marah-marah... Antara dialog yang saya ingat, "Abang jangan ingat saya x tahu abang cakap saya gila dari sana tadi kan....", bla bla bla... panjang betul mamat ni marah ada r dalam 5 minit kut... ntah apa ntah, pasal dia marah orang ingat dia gila etc (dah lupa r coz panjang sangat)... dalam keadaan emotionally unstable plak tuh, macam bergetar-getar, nampak memang nak mengamuk r...
Untuk mengelak dari sebarang kejadian buruk (seperti kena serang secara fizikal) berlaku, saya pun diam dan dengar je apa yang dia marah-marah tu, xde rasa nak menjawab balik pun... Seram je rasa time tuh...
Actually, sedang blank time tuh sambil berfikir... Sape plak pekerja nih??? Kitorang (saya dan kamil) perasan dia pun tak, inikan pulak nak gi kutuk-kutuk dia... bajet orang xde keje apa... Macam mana plak dia boleh tahu orang kutuk dia gila kalau kita x pernah cakap apa-apa pasal dia pun kan... Adakah ini auditory halucination? Mungkin dia benar-benar "ada masalah"...
Neway, malas nak marah kalau dalam situasi macam nih... Kalau bertengkar dgn orang yang kurang stabil, kita kenalah jangan emotional...
Kalau dari segi professional, mungkin kita boleh rujuk mamat ni untuk mendapatkan khidmat professional, tapi x berani suggest kat dia, takut dia mengamuk terus... huhu...
Memandangkan mamat ni cuma menunjukkan beberapa symptom psikosis, x baik r nak terus cop dia sbg gila kan (tajuk tuh untuk menarik perhatian je)... Mungkin dia betul-betul gila atau mungkin dia ada masalah anger management or maybe mamat ni jenis yang perasan giler yang bajet orang suma cakap pasal dia je... Semua masalah ni pun boleh dapat terapi yang sesuai, mungkin boleh gi jumpa kaunselor UIA kuantan... Huhu
I like to think that he is just perasan giler and not crazy... Yelah, cuak kan kalau ada orang yang "bermasalah" di sekitar kita... But I would definitely avoid going to the restaurant for a few months (or forever)... Memang seram dan suspens...
Final year??? Macam x percaya je...
Another year until graduation |
Macam x percaya je akhirnya dah masuk final year... Kalau termasuk hari ni, dah seminggu start sem baru... If I had to choose 1 word to describe this week, it would be "overwhelming"...
The week started with registration at our new room for this semester at Mahallah... Overwhelming in this sense is because, we have to carry all of our stuff from home and from the store into our new room... Banyak benda nak kena kemas, kena cuci, kena uruskan... Penatnya... I felt overwhelmed with fatigue...
Jumpa kawan2 lepas 3 bulan x jumpa... memang happy giler... boleh borak berjam-jam kut... Dah abes borak ngan sorang, gi borak ngan orang lain pulak... This is what I would called overwhelmed by joy...
Pastu start pulak semester baru kat Kulliyyah of Pharmacy... Overwhelmed with lectures... Actually lectures baru je start ckit2... Not in full swing yet, but the after 3 months of relaxation, all lectures seem to be filled with to much words that my mind overload and crash (sleep... or daydreaming)... This is definitely NOT the lecturers fault, it is my fault... I'll try to stay focused in the future... Just needs more time to keep up the pace again...
Next week dah start hospital attachment dah... So dah kena start masuk gear 2 next week...
Wednesday, July 14, 2010
Disconnected
I've gotten used to the idea of having daily internet connection... I am currently feeling disconnected from the world when I don't have internet access this semester...
The world was a much better place when there was internet...
Monday, July 12, 2010
Rawatan percuma di Hospital Swasta
The ministry of health has recently unveiled a new proposal to upgrade our existing healthcare system in Malaysia... This is just in the discussion stages, it was said that it would take 10 years or more to finally implement the proposals ideally, but the suggestions are really interesting... Here are the summary of the news report from NST...
To ensure all Malaysians get adequate healthcare, wage earners will have to make scheduled monthly contributions to the proposed National Health Financing Scheme. The self-employed, those who have an independent income as well as employers would also have to contribute.
The rate of contributions is expected to be based on wage scales, in which the rich will pay more. The poor will not have to contribute to the scheme but will still be covered.
The government proposes to set up a health financing scheme that will give all Malaysians access to primary healthcare at any public or private clinic for free.The scheme will also look at secondary healthcare coverage and the illnesses and treatments it might be able to cover.
Only workers aged 18 and above with an income that has reached a certain threshold, need to contribute.
Children will be financed by their parents.
The poor and disabled who have no income or whose income does not reach the threshold need not contribute.
For those well-to-do people who wish to stay in a suite rather than a standard room, they will have to pay the difference. The rich will still get to enjoy whatever luxury they want as long as they pay for it. Otherwise, they will get a standard room like everyone else.
To ensure that no one abused the free healthcare provided, patients would have to pay part of the cost (a co-payment) of the drugs and medication prescribed to them. For the poor and less fortunate, the government will take up the copayment.
Strengthening the healthcare system like governance and standards of care
To grant more autonomy to primary healthcare providers in areas like human resource and management
To integrate all public and private clinics so that they are all linked under a common network so that people can access either one
Introduction of the national health insurance under the national health financing scheme.
The minister of health said it was time the government seriously look into this scheme, which was proposed during the Fourth Malaysia Plan (1981-1985) because although Malaysia has an enviable healthcare system among developing countries, it faces several challenges that affect its sustainability.
The benefit of the the scheme are controlled escalating healthcare costs, lets consumers choose to go public or private, offers better quality care, is more effective and efficient, and more viable and sustainable.
Read more:
Healthcare for free
Friday, July 9, 2010
Petronas dalam "Fortune Global 500 most profitable company"
Sebagai rakyat Malaysia, takkan kita x bangga bila tahu sebuah syarikat Malaysia, Petronas, diiktiraf oleh Fortune Magazine sebagai syarikat yang mendapat untung bersih ke-25 tertinggi di DUNIA kan...
Walaupun keuntungan Petronas dah susut sedikit berbanding tahun sebelumnya, tapi masih lagi dapat tempat ke-25... Tahniah buat semua staff Petronas, kekalkan prestasi anda...
Kalau Petronas dapat nombor 25, syarikat apa dapat tempat pertama macam tu? Jawapannya adalah Gazprom, syarikat gergasi minyak dari Russia... Syarikat yang masuk top ten pulak seperti Exxon Mobil, BP, Microsoft, Petrobras, Walmart, Vodafone n etc...
X cukup bangga lagi dengan pencapaian Petronas nih? Pada kedudukan ke-25, Petronas sebenarnya telah mengalahkan syarikat-syarikat gergasi seperti Nestle, Coca-cola, Google, Pfizer, HP, Samsung dan banyak lagi...
Ok, habis cerita pasal Petronas, kita tengok daripada perspektif lain plak... bila saya tengok beberapa kali, barulah sedar, betapa banyaknye syarikat farmaseutikal antarabangsa yang juga masuk dalam list top-50 syarikat yang paling untung di DUNIA nih...
Maksudnya, memang banyak untung kalau masuk industri farmaseutikal nih... Syarikat-syarikat yang korang dah familiar seperti Pfizer, GlaxoSmithKline, Novartis, Astra Zeneca, Roche etc... Ini sebagai peransang untuk bakal-bakal industrial pharmacists Malaysia, insyaAllah...
Selain daripada industri farmaseutikal, list tuh dipenuhi syarikat-syarikat daripada industri minyak dan gas, industri perbankan, telekomunikasi dan elektronik... Semuanya industri-industri yang sangat bagus untuk diceburi...
Kesimpulannya, banggalah menjadi rakyat Malaysia...
Petronas HQ |
Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 - penyekat kebebasan media
Saya merupakan salah seorang daripada rakyat yang menyokong (dalam hati, dan dalam blog) kebebasan media di Malaysia. Benar, kita x mahu media Malaysia menimbulkan isu perkauman atau agama yang boleh mengeruhkan suasana hidup berbilang bangsa di Malaysia, tapi, adakah Malaysia memerlukan satu akta yang sangat keras (draconian) dan memberi kuasa yang sangat besar kepada seorang individu...???
Memandangkan saya adalah pharmacist-in-training dan tiada pengalaman di bidang undang-undang, saya akan membawa pembaca membaca blog entry yang sangat bagus daripada MOHAMED HANIPA MAIDIN (Penasihat Undang-undang Pas) daripada blog beliau (ada penjelasan daripada sudut undang-undang)...
KES SUARA KEADILAN- APABILA DEMOKRASI DI HUKUM MATI
Kerajaan BN yang zalim telah mengggunakan Akta zalim iaitu Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 bagi melarang PKR untuk menerbitkan akhbar Suara Keadilan. Tulisan ini ingin membawa para pembaca melihat dan mengenali Akta draconian ini dengan lebih dekat supaya para pembaca dapat melihat kezalimannya dengan lebih dekat. Harapan saya selepas para membaca artikel ini dan mengenali betapa buruknya Akta ini maka kita dapat bersama-sama dengan satu nada menyumpah Akta ini dan berdoa agar Akta ini dapat dimusnahkan dengan kadar segera.
Di dalam Islam hanya Allah yang ada kuasa mutlak. Kuasa manusia tidak mutlak. Kuasa manusia boleh dibahas dan dipertikaikan.Jika kita lihat Akta Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 ianya berpaksikan atas satu dasar sahaja iaitu Menteri Dalam Negeri adalah berkuasa penuh dan tiada siapa boleh persoalkan kuasa mutlak tersebut hatta Mahkamah .
Akta ini mengingatkan saya kepada kata-kata Lord Acton yang masyhur iaitu “ power corrupts and absolute power corrupts absolutely” (“Kuasa itu merosakkan dan kuasa yang mutlak rosak secara mutlak” ) .
Ayuh mari kita berkenalan dengan Akta zalim ini.
Seksyen 6(1)(a) memperuntukkan bahawa Menteri boleh melalui budibicaranya yang mutlak memberikan kebenaran atau permit kepada mana-mana orang untuk menncetak dan menerbitkan suratkhabar di negara ini tetapi dalam masa yang sama di bawah seksyen 6(2) Menteri yang sama juga diberikan kuasa mutlak untuk membatalkan permit suratkhabar atau menggantungnya seberapa lama yang Menteri itu mahu.
Seksyen 13A(1) Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 memperuntukkan bahawa keputusan Menteri untuk tidak memberikan, membatalkan permit atau menggantung permit adalah muktamad dan keputusan tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa alas an sekalipun.
Seksyen 5 pula mengandungi 10 kesalahan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana orang iaitu kesalahan-kesalahannya adalah mencetak, mengimport ,menerbitkan, menjual dan mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri atau kesalahan atau menawarkan diri untuk mencetak,menawarkan diri untuk mengimport , menawarkan diri untuk menerbitkan,menawarkan diri untuk menjual dan menawarkan diri untuk mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri.
Mana-mana orang yang didapati melakukan mana-mana kesalahan dari 10 kesalahan di atas boleh ditangkap dan jika didapati bersalah oleh Mahkamah boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun penjara atau dengan hukuman denda yang tidak melebihi RM 20,000-00 atau kedua-duanya.
Akta ini juga memberikan kuasa kepada Pendakwa Raya , jika dia mendakwa mana-mana orang di bawah mana-mana peruntukkan Akta ini , untuk meminta Mahkamah menggantung penerbitan akhbar tersebut dan jika Mahkamah berbuat demikian ianya adalah suatu yang sah di bawah seksyen 8c(2) Akta tersebut.
Akta ini juga berdasarkan seksyen 12(1) memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk meletakkan apa-apa syarat di atas permit yang diberikan dan kuasa Menteri ini juga tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa-apa alasan sekalipun. Kita tentu tidak lupa bagaimana akhbar Harakah pernah dikenakan syarat-syarat yang tidak munasabah oleh Menteri meskipun permit dikeluarkan.
Saya masih ingat sewaktu mewakili Harakah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri suatu ketika dahulu. Harakah telah mencabar syarat-syarat yang dirasakan tidak munasabah yang dikenakan ke atas akhbar tersebut.
Saya masih ingat salah satu syarat yang dikenakan kepada Harakah adalah ia hanya boleh menerbitkan berita tentang PAS sahaja . Maknanya kalau Harakah hentam Umno di dalam akhbar teersebut ia dikira melanggar syarat permit. Tidakkah ini syarat gila yang hanya boleh dikenakan oleh Kerajaan gila seperti Kerajaan BN.
Meskipun jangka hayat permit suratkhabar itu adalah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh permit dikeluarkan namun berdasarkan seksyen 12 ( 1 ) Menteri juga diberi kuasa mutlak untuk meletakkan syarat di dalam permit bahawa tempoh usia permit itu dikurangkan dari 12 bulan.
Seksyen 12 ( 2 ) secara jelas menyatakan Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk tidak meluluskan permohonan bagi mendapatkan permit. Dan di bawah seksyen 12 ( 2 ) inilah Menteri telah menggunakan kuasa mutlaknya itu untuk tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan. Harus diingatkan Menteri tidak perlu memberi apa-apa alasan mengapa ia enggan memperbarui permit Suara Keadilan.
Di dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) sebarang keputusan pihak awam seperti kuasa Menteri perlu mematuhi prinsip keadilan asasi ( natural justice ) di mana salah satu prinsip itu adalah apa yang dipanggil “ audi alteram partem” ( seseorang hendaklah diberi hak untuk didengar ).
Diterjemah di dalam kes akhbar Suara Keadilan sepatutnnya Menteri hendaklah memberi hak tersebut kepada PKR apabila ia memutuskan untuk tidak mahu memberikan permit kepada Suara Keadilan. Adakah tindakan Menteri tersebut boleh dicabar ? Jawabnya tidak kerana seksyen 13B dengan secara jelas memberi kekebalan kepada Menteri apabila diperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tidak diberikan permit atau digantung permitnya tidak perlu diberi hak untuk didengar oleh Menteri .
Akhirnya Akta ini juga membenarkan mana-mana orang yang ditangkap kerana disyaki melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tanpa perlu waran tangkap dari Mahkamah ( lihat seksyen 20 Akta ) . Seterusnya jika pihak penguatkuasa KDN melakukan penggeledahan dan rampasan dan berlaku kerosakan mereka juga kebal dari sebarang tuntutan gantirugi dan mereka tidak boleh disaman di Mahkamah ( lihat seksyen 24 )
Amat menghairankan hanya kerana Suara Keadilan menyerang bertubi-tubi pengurusan Felda – agensi di bawah jagaan dan kawalan Najib- maka ia dihukum dengan hukuman yang amat berat – tidak boleh lagi diterbit dan dicetak akhbar tersebut. Kita tidak faham kenapakah Suara Keadilan perlu di hukum dengan hukuman sebegitu berat. Jika pun berita tentang Felda itu adalah satu fitnah ke atas Felda bukankah Felda dibenarkan oleh undang-undang untuk menyaman akhbar itu dan menuntut gantirugi . Tidakkh akhbar pro Umno juga banyak kali menyiarkan berita fitnah dan bohong dan mengapakah mereka tidak pernah dihukum seperti Suara Keadilan ?
Suatu yang amat ganjil parti apabila politik berdaftar seperti PKR dinafikan haknya yang fundamental iaitu menyebarkan mesejnya kepada rakyat melalui penerbitan akhbar. Jika Perlembagaan Perskutuan di dalam Perkara 10 ( 1 ) memberi kebebasan bersuara yang mana hak itu termasuk kebebasan akhbar Akta zalim ini menjadikan hak dan kebebasan di dalam undang-undang tertinggi tersebut tidak lagi bermakna dan hanya satu ilusi atau mimpi.
Sayugia diingatkan apabila BN menghukum Suara Keadilan menggunakan Akta zalim itu pada hakikatnya BN sedang menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Apabila hak bersuara PKR dinafikan BN pada hakikatnya sedang mencabut oksigen dari tabung atau balang demokrasi. Pembunuh demokrasi wajib dihukum mati oleh hakim yang berkuasa di negara ini- rakyat atau pengundi .
Apa lagi – marilah kita sama-sama menyumpah Akta zalim ini 33 kali dalam sehari !

Nota sisipan: Menyokong salah satu prinsip parti politik x bermakna terlibat dalam politik ok... :)
Wednesday, July 7, 2010
Monday, July 5, 2010
Kopi buah-buahan
It has been awhile back when i accidentally came across an advertisement for a pre-packed coffee which stated that it's pre-packed coffee product is suitable for diabetes patients because it uses "gula buah"...
I am still not convinced that it can be consumed by diabetic patients... Thus starting my journey to read more on "gula buah"... When i googled it, I found that fructose is the most common type of sugar present in most fruits... Assuming that the company is referring to fructose, this is what i summarized from wikipedia:
Fructose is often recommended for diabetics because it does not trigger the production of insulin by pancreatic ß cells, probably because ß cells have low levels of GLUT-5 (Fructose-only Transporter).
Fructose has a very low glycemic index of 19 ± 2, compared with 100 for glucose and 68 ± 5 for sucrose. Fructose is also seventy-three percent sweeter than sucrose at room temperature, so diabetics can use less of it.
Studies show that fructose consumed before a meal may even lessen the glycemic response of the meal. Its sweetness changes at higher temperatures, so its effects in recipes are not equivalent to those of sucrose (i.e., table sugar)
However, all fruits have different contents of fructose, glucose and sucrose, some have more glucose, and some have more fructose... Here are the examples i found comparing sugar content in different fruits:
Fruits | Total Carbohydrates | Total Sugars | Free Fructose | Free Glucose | Sucrose | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Apple | 13.8 | 10.4 | 5.9 | 2.4 | 2.1 | ||
Apricot | 11.1 | 9.2 | 0.9 | 2.4 | 5.9 | ||
Banana | 22.8 | 12.2 | 4.9 | 5.0 | 2.4 | ||
Grapes | 18.1 | 15.5 | 8.1 | 7.2 | 0.2 | ||
Peach | 9.5 | 8.4 | 1.5 | 2.0 | 4.8 | ||
Pineapple | 13.1 | 9.9 | 2.1 | 1.7 | 6.0 | ||
Pear | 15.5 | 9.8 | 6.2 | 2.8 | 0.8 |
The downside is that fructose can only be metabolized in liver (compared to glucose which can be metabolized by almost all types of cells) thus causing liver stress when taken in excess... Other side effects of excess consumption of fructose are diarrhoea, metabolic syndromes, gout etc (read on your own)...
In conclusion, I have found out that fructose is suitable for diabetic patients compared to glucose, however, there are side effects when taken in excess... Therefore, the best solution is not to have diabetes... :)
ps:This article is written in the assumption that the product I stated earlier contains fructose only... If the product contains glucose and sucrose as well, it should be avoided by diabetes patients...
Sunday, July 4, 2010
Thursday, July 1, 2010
It Has To Be You
It has to be you... A brilliant OST from Cinderella's Sister KBS Drama... I don't really follow the drama on tv because I know that I won't be able to finish watching it, so maybe I'll wait for the downloaded version later...
In the meantime, the OST from this drama is really2 good... I've even picked a video with english sub just so that you would enjoy it more... Happy watching...
Subscribe to:
Posts (Atom)