Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Sunday, October 3, 2010

Langkah Kanan di Bandar Muadzam Shah

Dalam perjalanan pulang ke kuantan, kami pun singgah kat Bandar Muadzam Syah untuk bersolat... Kali ni, kami terasa nak merasa bersolat di Masjid Bandar Muadzam Syah plak...



Masjid Bandar Muadzam Syah memang unik, mempamerkan senibina rumah Melayu Pahang pada struktur-struktur binaannya. Cuba lihat bentuk bumbung dan satu tiang kecil atas bumbung tuh...

Lepas solat, kami pergi mencari restoran untuk makan malam... Ada la, satu restoran ni, cantik, kemas, kelihatan ekslusif dan lokasinya di tepi jalan masuk ke Bandar Muadzam Syah... Nama dia, restoran Wawa... 

Bila dah parking, nampak macam ada function je kat restoran tu... Pastu bila tanya pekerja-pekerja kat situ, diaorang cakap hari ni restoran tutup, tapi ada "restoran terbuka", semua orang dijemput hadir... Jamuan sepatutnya bermula pukul 8.30 malam, tapi kami di jemput makan walaupun baru pukul 7.45 malam...

Tanpa berlengah lagi, kami pun mengisi perut yang lapar dengan pelbagai juadah kat restoran tu... Ada nasi minyak, ayam goreng, kari daging, nasi dagang + kari ikan, laksa lemak, lemang, dan juga pelbagai pencuci mulut... Semuanya enak-enak belaka dan Free-of-charge...

Kemudian, sedang kami makan, perlahan-lahan, penduduk Bandar Muadzam Syah mula membanjiri restoran terbuka ini... Ramai orang datang, nasib baik kami datang awal, x payah beratur panjang untuk mengambil makanan... 




Alhamdulillah, murah rezeki kami langkah kanan malam ni, menumpang function penduduk Bandar Muadzam Syah... Terima kasih kepada tuan punya restoran yang murah hati jemput kami makan sekali, semoga Allah membalas kemurahan hati tuan...

Selepas kenyang menjamu selera, kami pun beredar selepas berterima kasih kepada Tuan punya restoran (dan pekerja-pekerjanya)...

Memang tak disangka detour kami ke Bandar Muadzam Syah disambut dengan rezeki yang tidak disangka-sangka...Kesimpulannya, rezeki itu milik Allah, banyakkan berdoa kepadaNYA dan Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa saja walaupun di tempat yang orang least expected...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails