Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, October 22, 2010

Peristiwa Minyak Beku kat Batu Pahat...


Al-kisah bermulalah perjalanan kami dari rumah kedua mempelai di Parit Sulong ke Batu Pahat, mengisi masa terluang antara majis nikah dan walimah urusnya... 

Kereta-kereta dari kuantan semuanya merayau-rayau untuk explore Batu Pahat... Ada yang kembali tidur di masjid, ramai yg bershopping di BP Mall, tapi kami sekereta.... mengunjungi tempat yang eksotik sedikit... 

Bak kata perpatah, "Alang-alang meyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", kalau dah drive jauh sampai Batu Pahat, kena lah explore kalau ada masa kan... 

Tertidur keletihan di dalam kereta kancil Dani, sedar-sedar je kami telah di kidnap oleh driver (Dani) ke Pantai Minyak Beku... Memang pelik nama pantai ni, tapi sebagai orang luar yang datang melawat sehari je kat sini tak boleh le banyak komen kan...

Pantai ni takde la special kut... Tak nampak komersial untuk perlancongan pun (Sori orang-orang Batu Pahat, dan suami orang Batu Pahat)... Pantainya berbatu-batu besar, tak berpasir... Ada satu je warung kat tepi pantai ni... Tapi alhamdulillah, ada gak tandas awam untuk yang memerlukan khidmatnya...

Kami berehat sebentar di warung tu, sambil mengeteh, bersembang dan menghirup bayu laut... 

Bila kami nak bertolak balik ke Bandar Batu Pahat je (dah siap-siap naik kereta dah), ternampak plak signboard "Perigi Batu Pahat" kat pantai yang sama gak, cuma terlindung ckit... Kepada yang arif tentang sejarah Malaysia, mungkin dah tau apa perigi nih, kepada yg lain, biar saya cerita ckit pasal perigi ni...

Perigi Batu Pahat inilah asal-usul nama Batu Pahat ni... Diceritakan bahawa, Tentera Siam yang kalah selepas menyerang Kerajaan Melaka dikejar oleh Tentera Melaka hingga ke Muar. Bila sampai ke Batu Pahat je (time tu belum lagi nama ni lah kan), Tentera Siam ni kehausan dan mulalah memahat batu untuk jadi perigi, maka terhasillah Perigi Batu Pahat...

Neway, kami bergambar sebentar di kawasan perigi tu... Lepas tu, bertolak balik ke Bandar Batu Pahat..

Lepas tu kami gi jalan-jalan kat The Summit Batu Pahat (orang-orang lain gi Batu Pahat Mall)... Bila dah agak-agak tengahari tu, kami pulang semula ke Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat untuk berkumpul semula dengan rombongan yang terpisah dan bersolat...

Ok, dah panjang saya bercerita, sekarang masa untuk tengok gambar plak....



inilah perigi batu pahat




Membelakangkan Pantai Minyak Beku





















































































Pantai yang berbatu-batu

Ok, itu saja coretan untuk kali ini... Sekian...

 "Ini adalah cetakan komputer, tidak memerlukan tandatangan"

5 comments:

marLee said...

haha aku sndiri mcm xnah g jek kt ctu..huahahaha

Anonymous said...

eh..mana komen ak???....hahaa..kena ulang blk ni...hehe...klakar la time ni,,,teringat muke ko n che am yg kebingungan...mcm mmg kena kidnap la..hahaha..x leh lupe..."neng, ko bwak kitaorg g mane ni neng" dgn nada pasrah + sedih...haha

ezud zaliy said...

@mar: ko patut gi... bawak suami sekali... huhu.. ada warung "kfc" kut kat pantai tuh... huhu

ezud zaliy said...

@dani: yelah, cuak ak... nak2 time tu tengah hot cerita sosilawati aritu... karang ak hilang camtu jek sape lah nak cari balik... huhu

Ilham Nur said...

Oh, aku pakai baju Melayu waktu ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails