Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, October 27, 2010

Rumah saya kecik, rumah awak besar


ni bukan rumah saya...

Alkisah dulu ada pemuda nama Ahmad… Dia sederhana je, tak miskin, tapi tak kaya jugak, dan yang penting sekali low-profile je (orang kampung tak kenal sangat pun dia)... Sebelah rumah Ahmad plak rumah Ali...

Semua orang kenal Ali dan tau rumah Ali kat mana... Ali punya rumah takde lah besar sangat, Cuma orang kampung semua kagum tengok hiasan rumah Ali, kereta Ali yang mewah, taman kat halaman rumah Ali cantik...

Ahmad nak pasang streamyx kat umah dia, dia pun gi mendaftar kat TM... Sehari lepas tuh, kontraktor TM telefon Ahmad tanya lokasi rumah... Punyalah detail dia terangkan pun orang tu tak jumpa-jumpa rumah dia... Kontraktor dah sampai kampung Ahmad dan tanya orang-orang kampung pun diaorang tak kenal Ahmad...

Last-last bila orang tu telefon Ahmad kali ke-seterusnya, Ahmad pun bgtau, “rumah saya kat belakang rumah Ali”... 5 minit kemudian, kontraktor tu sampai, senang je nak cari rumah Ali, tanya orang kampung, semua orang kenal Ali... 

Ahmad tension. Dia pun terus guna simpanan dia untuk buat rumah baru yang lagi besar dari rumah Ali... Rumah Ahmad sekarang yang paling besar dalam kampung tu, semua orang sekarang tau kat mana rumah Ahmad... Semua orang teruja tengok rumah Ahmad, Ahmad jadi buah mulut orang (in a positive sense)...

Beberapa tahun lepas tu, ada orang-orang kampung yang lain pulak berlumba-lumba untuk buat rumah yang paling besar kat kampung tu... Rumah Ahmad bukan lagi rumah paling besar, mungkin rumah yang ketiga or keempat paling besar je... Semua orang masih kenal Ahmad, dan tau rumah Ahmad, cuma orang kampung dah tak dok sebok-sebok bincang pasal rumah Ahmad...

Ahmad sedih rumah dia bukan yang paling popular lg... Dia pun nak guna lagi baki duit simpanan dia untuk buat rumah yang berganda-ganda lagi besar dari rumah dia sekarang… Dia nak ada rumah yang paling besar kat kampong tu sekali lagi…

Cerita tergantung di sini…

Apa pendapat korang? Wajar tak Ahmad buat rumah ketiga yang paling besar sedangkan rumah dia sekarang dah cukup untuk keperluan dia…

Pada saya membazir la kan, duit tu sepatutnya boleh guna untuk melabur untuk hari tua atau beli keperluan lain atau upgrade perkakas-perkakas rumah, lagi baik daripada buat rumah yang ketiga…

Kalau daripada rumah kecik nak buat satu rumah besar, ada juga rasionalnya kat situ, tapi kalau dah ada satu rumah besar yang mencukupi, watpe nak buat rumah lain yang lagi besar kan…?

Something to ponder about… Read between the lines…

clue???

12 comments:

debonairs88 said...

ckp psl mega tower la ni :p

'Atiqah said...

'LIKE' =)

Anonymous said...

is about menara warisan! 100% confidence!

ezud zaliy said...

@apai: tahniah, tekaan anda betullllll...

@'atiqah: tq

ezud zaliy said...

@dani: ak masih teringat time ko teka jawab time rx quiz tuh, memang penuh confidence... huhu

Amalina Amri said...

jiran seberang jalan pun sebuk jgk skrg nak buat rumah besar.. x standard r rumah kecik. tp da lama dah, xsiap2 pun.. satgi rumah Ahmad pun snasib la kot dgn rumah jiran tu
http://en.wikipedia.org/wiki/Jakarta_Tower

L said...

Ali apa crita?
semua org sibuk ngan ahmad sampai lupakan Ali..
kesian kat dia

Anonymous said...

entahnye...sian Ali,, ak kesian kat Ali,,tolong la din,,sambung citer sal Ali

L said...

takpa neng..kalo din x nk sambg, aku sggp wat blog nk cite pasal ALi ja..

ezud zaliy said...

@amal: memang r x standard rumah kecik... tapi kalau semua orang ada satu rumah besar cukup dah rasanya, xyah banyak-banyak... ps: kalau tangguh2 camne nak jadi menara tertinggi plak kan... huhu

ezud zaliy said...

@Lutfi n daneng: Rumah Ali masih lagi popular seperti dulu... sebab orang datang tengok konsep rumah dia yang unik, peralatan rumah dia yg canggih dan taman dia yang paling cantik kat kampung tuh...

orang bukan datang nak tengok saiz rumah Ali pun... rasanya Ahmad kena bertanding dengan Ali plak lah, buat taman yg cantik, moden etc...

ps: wartawan2 drpd majalah dekorasi rumah pun dtg amek gambar rumah Ali, walaupun bertahun-tahun selepas tu... huhu

ezud zaliy said...

@Lutfi: nanti bila ko dah melawat rumah Ali, post ckit gambar-gambar k... ak rindu plak dah beberapa tahun xgi sana... mesti banyak dah berubah n semakin maju... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails