Korang mesti biasa dengar ayat "the good things in life are free" kan? Sebenarnye saya x bersetuju dengan pernyataan ni, lebih-lebih lagi kalau kita tengok daripada sudut kesihatan... (Tajuk ni juga boleh di generalized kepada topik lain, tapi post ni fokus kepada kesihatan)
Contoh:
Kalau kita order nescafe O ais kurang manis di kedai-kedai makan, ada beza tak harga dengan nescafe O ais biasa? Takde kan, sama je harga, walaupun kita cuma dapat gula separuh daripada biasa (estimation je)...
Kalau kita order Nasi putih daging merah, harga pun biasanya sama dengan Nasi goreng daging merah, walaupun nasi tu tak digoreng... Tak adil kan, kita kena bayar harga yang sama untuk produk yang kurang isinya...
Kalau orang yang berkira mesti dia nak pilih nescafe O ais yang manis tu dan makan pulak Nasi goreng daging merah tu... Lagi berbaloi kata diaorang (tanpa mengira kos kalau menghidap penyakit seperti diabetes)...
Contoh-contoh lain:
Roti wholegrain lagi mahal daripada roti biasa... Sayur-sayuran organik berganda-ganda lebih mahal dari sayur biasa... Cereal yang ada buah-buahan kering lagi mahal daripada cereal biasa... Kenny Roger's Roasters mahal berbanding KFC... etc... banyak sangat contoh, cukup dah contoh-contoh ni rasanya untuk bagi korang faham kan...
Semua produk yang baik untuk kesihatan semuanya mahal (refer balik kepada tajuk kat atas)...
Dari sudut kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam usaha mereka untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat (termasuk mengurangkan pengambilan makanan yang kurang lemak, gula, garam), pihak berkuasa sepatutnya menjadikan barangan yang lebih sihat ni harganya lebih berpatutan berbanding barangan yang kurang sihat...
Kalau air kotak soya kurang manis harganya murah sedikit (eg 20 sen murah) daripada air kotak soya yang biasa, mesti lebih ramai pengguna nak beli yang kurang manis tu kan? Dah le baik untuk kesihatan, jimat pulak tu...
Ini tak, harga barangan yang lagi sihat biasanya sama atau lagi mahal daripada produk yang kurang sihat... Tapi pengguna-pengguna yang sayangkan badan dan keluarga masing-masing masih juga membeli barangan yang mahal nih, walaupun tanpa insentif dari segi kewangan...
Mungkin syor ini sukar diaplikasikan kepada harga kat kedai makan ataupun restoran, tapi, at least, pihak berkuasa harap boleh mempengaruhi pengilang-pengilang untuk menurunkan harga barangan-barangan sihat nih... Bila harga lebih murah, lebih ramai pengguna akan memilih opsyen sihat ini dan dari segi kolektif, masyarakat Malaysia akan lebih sihat...
Apa-apa pun, saya tak rasa harga produk-produk yang lebih sihat ni jadi lebih rendah dalam masa terdekat... Harga barang masih akan kekal tinggi untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna yang sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan...
Dari sudut pengguna, berbaloi tak kita berbelanja lebih? Kalau jawapan saya memang berbaloi... Sebab kesihatan memang tak ternilai...
4 comments:
setuju!!!
pasni nak shopping makanan kena cari yang lebih sihat... less sugar, zero trans fat... etc... huhu
asik pk pasal makanan je... buluh perindu lg mahal kn dr buluh betung kn??? hahaha
xkan nak cerita pasal emo je kan cam ko... huhu... makanan kan menarik utk diceritakan... huhu
Post a Comment