Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Monday, August 2, 2010

Simply Steamboat

Restoran Simply Steamboat

Segment Food Review hari ni nak membawa anda semua ke satu restoran yang baru dibuka di Kuantan... Restoran Simply Steamboat...

Terletak di Malay Town (berdekatan East Coast Mall, dan opposite China Town), Simply Steamboat merupakan restoran yang menghidangkan steamboat secara buffet...

Bayaran untuk student cuma RM 15 satu kepala (pastu boleh makan sampai takat yang korang mampu, buffet katakan)... Kalau adult biasa RM 19... It pays to carry your matric card everywhere kan... Huhu

Menu utama sudah semestinya steamboat... Untuk steamboat ni, banyak pilihan ada... Kalau makanan fresh, ada udang besar, ketam, lala, ikan (isi je, bukan ikan seekor2), sotong (squid yg warna merah tu), sayur-sayuran, cendawan (and other edible fungus), telur ayam, telur burung puyuh etc... Yang jenis fish ball, crab filament, sosej dan pelbagai lagi jenis ball-ball yang biasa dijumpai dalam yong tau foo pun ada... 

Steamboat dimasak dalam periuk steamboat atas meja masing-masing... Memandangkan restoran ni memang jual steamboat je sebagai menu utama, set periuk steamboat ni memang dah ada atas setiap meja (cepat ckit diaorang nak serve la kut)... Kuah steamboat ada 2 iaitu kuah tomyam dan kuah ayam (x pasti rasa apa td, huhu)

Lutfi, masak apa tuh??? huhu

set memasak steamboat... semua meja ada benda nih

2 compartment untuk 2 kuah berbeza... Semua raw material kitorang campur dalam nih

Komen untuk makanan: ok... tapi x sampai tahap awesome r... mungkin kerana saya bukan peminat tegar steamboat kut... Untuk peminat-peminat steamboat memang berbaloi makan kat sini coz buffet steamboat kan, xde r makan steamboat sampai mahal-mahal baru puas...

Oh, terlupa plak, makanan lain seperti mee dan aiskrim juga termasuk dalam bayaran buffet (boleh amek banyak kali)... Chinese green tea is complimentary of the house (bagus untuk mengurangkan kolesterol, tapi memandangkan makanan di sini kurang kolesterol, x banyak beza kut)... Tapi kalau nak air lain, kena bayar tambahan (x termasuk dalam bayaran buffet)... Tembikai pun dia bg free je...
Service kat restoran ni sangat bagus, cashier dan pelayan ceria, banyak senyum dan layan dengan friendly... Bagi markah tinggi ckit untuk service...

Kebersihan pun boleh bagi markah tinggi... Suasana restoran pun ok, x sesak...

Ok, yang x best pasal makan kat sini, ada time limit... Buffet selama 2 jam je... Katakan korang datang pukul 7 malam, boleh makan sampai pukul 9 je.... Most people would say, "2 jam tu lama giler, mana ada orang makan sampai 2 jam, setengah jam sudey..." Tapi saya just nak cakap, it is possible ok, kitorang makan dalam sejam 45 minit kat sini...

Lama sangat??? X lama pun, sebab steamboat bukan macam buffet biasa... Dah amek semua raw material yang kita nak, kena masak dalam periuk plak tu (pastu kena tunggu sampai masak plak, which consume time)... Pastu kalau nak makan second round dan seterusnya pun kena tunggu sampai masak gak... Sementara nak tunggu steamboat masak, gi layan aiskrim dulu... Huhu...

Kalau gi makan dengan kawan-kawan ramai-ramai (kami gi 5 orang tadi), x terasa lama sangat kut...

Untuk Ramadhan akan datang nih, restoran ni ada promosi istimewa... Dia buat menu buffet tambahan (yang bukan steamboat) macam nasi-nasi, mee-mee etc... 

Haa, apa lagi, gi cuba buffet steamboat kat restoran nih... Selamat Mencuba...

aiskrim juga inclusive dalam buffet rate

alhamdulillah, dah abes makan...

10 comments:

debonairs88 said...

tomyam die sdp x?? kalau ngn johnny's mane lg best??

bunif said...

pegi x ajak wei

Polaris Girl said...

betol ke sedap nie?? ke action je lebih? hahaha

ezud zaliy said...

@apai: ok r kut taste dia... x pasti r nak compare dgn johny's coz x pernah makan pun steamboat johny's... huhu...

but kalau ko minat steamboat memang berbaloi r bayar RM 15 je boleh makan sampai puas... Dgr cerita ada org makan steamboat sampai seratus ringgit kat johny's baru puas... Huhu...

ezud zaliy said...

@bunif: time org ajak cakap nak study plak... poyo r bunif... huhu

ezud zaliy said...

@fatihah: boleh tahan sedap r, tp yang pastinya value-for-money... huhu

Polaris Girl said...

lain kali kalu nok g.. ajok kite etep.. :)

Unknown said...

salam.... thanks for promoting our restaurant in your good looking blog. it is a pleasure to serve you all and looking forward to see you again....

cheers
simplysteamboat
(owned by:Zahra steamboat buffet restaurant)

ezud zaliy said...

u r welcome... I especially like restaurants with staffs who treat customer politely, friendly and smile a lot... keep up the good work...

wie said...

pukul brp ye dy bukak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails