Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, July 29, 2011

Captain America: The First Avenger


Terus terang, saya pergi menonton movie ini kerana tertarik dengan trailernya... Ditambah pula dengan tema "superhero" pada movie ni, semakin tertarik rasanya nak pergi menonton...

So masa hari first tayangan, 28 Julai 2011, dengan bersemangat, saya telah menonton movie ni... Post ni kira nak cerita ckit la, neway, dah lama tak tulis movie review pun kan... hehe

Persepsi sebelum menonton, maybe movie ni enjoyable tapi tak sampai tahap awesome kut, coz Captain America bukan ada superpower yang best pun, just ada shield (perisai) yang bulat jek, tak cool sangat la... But still, I went to watch at GSC Dataran Pahlawan...

Kesimpulan selepas tengok : BORING (banyak menguap je sambil tengok), mengecewakan, one-sided (cam propaganda nak tunjuk US kuat je), dan jalan cerita yang sangat biasa dan predictable (tak mencabar minda, even minda kanak-kanak)... Tak capai tahap enjoyable pun... Kalu bagi rating, mungkin dalam 4-5/10 je kut...

Mula-mula kalau nak cerita pasal overview pun dah fail movie ni... Captain America dan geng-geng dia tu je yang conquer movie ni dari awal sampai abes...

Walaupun beribu-ribu musuh datang dengan senjata yang canggih giler, tapi Captain America boleh kalahkan semua guna shield dia jek... The bad guys dalam filem ni cam takde peluang langsung nak melawan walaupun teknologi diaorang berkali ganda lebih canggih dan organisasi mereka sangat hebat sampai dapat menyelinap dalam Kerajaan US...

Kan biasanya kalau movie superhero, akan mulakan dengan tunjukkan villain yang sangat hebat dan boleh kalahkan hero... Pastu slowly develop sampai hero boleh lawan villain tu dan akhirnya kalahkan villain tu kan... Tapi dalam cerita ni, hero cam buli villain daripada awal sampai abes... Tak menarik langsung... Cerita Power Rangers pun lagi menarik...

Daripada keseluruhan geng Captain America ni, kalau tak silap, takde sorang pun yang mati sebab dibunuh orang jahat, cuma ada sorang je yang mati sebab jatuh gaung... Memang stress tengok cerita ni...

Jalan cerita movie ni pulak sangat la straightforward, tak mencabar minda dan predictable... Captain America la yang baik, dan orang jahat tu la yang jahat... Takde langsung twist dalam cerita ni... Takde unexpected plot or anything interesting dalam jalan cerita...

Ending cerita ni plak, sangat la tak best... Even worse than predictable... Kalau korang boleh fikirkan pasal ending-ending movie lain yang common, pasti better than the actual ending of this movie... Tergantung dan tak best... They just ended it with "I have a date..." (maybe korang akan faham kalau dh tengok movie ni)...

Kesimpulannya, kalau nak tengok movie ni, download lah secara free, jangan membazir duit tengok kat wayang cam saya... Dah le sekarang student card takde dah, kena bayar tiket Rm11 plak, pastu tengok movie yang tak berbaloi plak...

Note: Sori la memang banyak kutuk movie ni... Biasanya tulis movie review untuk movie yang sangat best je, tapi kali ni sangat frustrated ngan movie ni sampai nak mengarang review yang penuh emosi ni... Hehe

Friday, July 22, 2011

I'm Afraid


 You say that you love rain,
But you open your umbrella when it rains…

You say that you love the sun,
But you find a shadow spot when the sun shines…

You say that you love the wind,
But you close your windows when the wind blows…

That's why I am afraid;
You say that you love me, too…



Ps: this is a poem that I stumbled upon in Tumblr... It is not related to me in any way, just that I felt that it is too beautiful to ignore... Enjoy reading...

 

Friday, July 8, 2011

Mari Melawat Bandar Maharani

Bandar Maharani adalah nama lain bagi Bandar Muar, Johor… Kenapa diberi nama tu, tak tahu lah, sila tanya orang Muar yang berdekatan anda… 

Mercu tanda Bandar Maharani

Yang ni gambar full dia...
Letaknye bandar ini lebih kurang 20km daripada Bandar Merlimau, Melaka… Walaupun jarak Merlimau-Muar lebih kurang sama dengan Merlimau-Melaka dan Merlimau-Jasin, tapi saya memang jarang gi Bandar Muar… 

Mungkin dalam setahun tu ada la gi Muar dalam 2 kali ke… Bandar Jasin pun sama, jarang gi, selalu gi Bandaraya Melaka je, tapi post ni nak cerita pasal Muar, bukan Jasin pun…

Kalau gi Muar pun gi round-round kat Wetex Parade (shopping complex) nyer area jek… Pernah gi panggung wayang kat Muar sekali n jalan kat taman yang tepi sungai Muar tu sekali, courtesy of encik Amir Ibrahim, orang Muor…

Kebanyakan deretan kedai memang jenis kedai camni... bandar lama la katakan...
Wetex parade: shopping mall paling canggih kat area Bandar Muar ni...
 
Aritu time nak buat medical check-up, gi la buat kat Hospital Muar (nama penuh : Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar)… Actually, bukan buat kat situ pun coz hospital tu tak buat medical check-up tapi buat kat Klinik Kesihatan Maharani yang betul-betul sebelah hospital tuh…

It was my first time going to the hospital n KK, coz they are located a little further from the Muar town… Surprisingly, I was able to find this hospital easily without any map or co-driver… memang senang la kalu sape-sape dapat posting kat sini nanti…

Ni bukan bahagian depan dia, ni pandangan sisi... tak jumpa gambar depan hospital...
Hospital ni besar gak and kinda cozy… Kawasan hospital ni besar dan yang paling best, banyak sangat parking… Saya datang time tengahari n petang pun dapat parking ngan senang (bandingkan dengan kesesakan dasyat di HTAA dan Hospital Besar Melaka)… 

KK Maharani pun best gak r, sistem dia dh computerized dan ada lab yang agak besar untuk taraf KK (dia buat suma test kat sini je kut)… Neway, buat medical check-up di sini yang ada test urine morphine akan mengambil masa 3 hari je (kalau Hospital Jasin 2 minggu, KK kat Melaka plak 3 minggu)…

Staf-staf di Hospital Muar dan KK Maharani pulak memang peramah dan berbudi bahasa… 

Ok, abes la cerita pasal hospital, kita jalan melawat satu lagi tempat bersejarah di Muar iaitu Mahkamah Sesyen/Tinggi Muar..

Saya cari bangunan ni menggunakan google maps sebab ingatkan alang-alang dah sampai Muar, baik terus setelkan akuan bersumpah pulak kan…

Bangunan Mahkamah Sesyen/Tinggi Muar ni terletak bertentangan dengan Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar…

Mahkamah Tinggi/Sesyen Muar
Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar... Lagi besar daripada tangga KOP kut... hehe

Sesampainya kat situ, tengok pagar semua berkunci, dan takde sorang pun dalam kawasan mahkamah tu… Bila tanya orang-orang di sekitar, diaorang pun tak tahu mahkamah tu guna lagi tak, coz diaorang pun bukan orang Muar…

Macam leceh je nak meneruskan pencarian mahkamah di Muar, so akhirnya setelkan akuan bersumpah kat Kompleks Mahkamah Melaka (Ayer keroh) je la, tapi jarak perjalanan dari Muar tu dalam 40km…

Bila balik umah, try google maps lagi sekali, memang tunjuk bangunan tadi adalah Mahkamah Tinggi/Sesyen Muar, tapi bila google website plak, jumpa beberapa website yang memberitahu mahkamah-mahkamah di Muar semua dah berpindah ke Kompleks Mahkamah Muar yang baru, agak jauh gak r, dari bangunan lama tu… Cet, google maps pun x bleh percaya… 

Kompleks Mahkamah Muar yang baru... Jauh berbeza ngan bangunan lama tuh... hehe
 
Neway, that concludes my jalan-jalan to Bandar Maharani, Muar, Johor… 

Semoga terhibur membaca kisah pengembaraan saya ke Bandar Muar, lain kali ikuti kisah pengembaraan saya ke tempat lain pula yerk... hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails