Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Sunday, March 27, 2011

Mewakili Malaysia ke USA

Hmm, dah lama tak update blogspot ni... Hari ni saya nak cerita ckit pasal pengalaman saya dan kawan-kawan "mewakili Malaysia" ke USA... dalam Travian... hehe... (Translation: kami main Travian di speedserver US, against pemain-pemain dari seluruh dunia... hehe)

Apa tu Travian? Travian tu adalah game online yang berkonsepkan pembinaan negara bangsa (ceh wah)... Bila daftar je untuk main, setiap pemain akan di amanahkan untuk membangunkan satu kampung daripada totally kosong...  

Basically, kena bangunkan kampung, menakluk kampung lain, buat tentera, serang dan pertahankan kampung daripada serangan musuh...

Camne nak bangunkan kampung tu jadi lebih maju? Mula-mula mestilah kena upgrade resources (ladang tanaman, lombong besi, kuari tanah liat dan kawasan pembalakan) dulu... Bila ada sumber-sumber ni barulah dapat majukan kampung, buat bangunan-bangunan canggih dan bina tentera...

ni paparan berkaitan resources yang perlu di upgrade...

Main game Travian ni xde la untuk suka-suka release tension jek, banyak pengajaran yang boleh dapat daripada game ni... Sesetengah pengajaran tu even boleh membuat kita lebih memahami realiti dunia kita...

Salah satu pengajaran utama yang saya pelajari adalah teamwork... It is almost impossible to survive alone in Travian (quoted from The Taskmaster)... Kerapkali kita akan memerlukan pertolongan bila kampung kita akan diserang oleh musuh dan kita juga memerlukan pemain-pemain lain untuk sistem pertukaran barang (barter trade)...

Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan join mana-mana alliance... Alliance yang saya join kat server US tu sangat interactive, bila ada ahli-ahli kena serang, leader alliance akan inform kepada ahli-ahli alliance yang lain dan akan coordinate pertahanan di kampung yang diserang tuh... 

Sebagai ahli, bila kita tengah aman dan banyak tentera tu, hulur-hulur lah bantuan kpd orang lain, hidup ni ibarat roda, we never know bila turn kita kena serang plak kan... And yes, bila saya kena serang, beribu-ribu bantuan saya dapat... hehe

3 kaum yang boleh dipilih, setiap satu unik dan ada kelebihan masing-masing...

Pengajaran kedua adalah negara yang cepat maju adalah negara yang aman makmur... Sumber-sumber setiap negara adalah terhad, kalau negara tak aman, sumber tu mestilah diguna untuk menguatkan ketenteraan kan, pembangunan will take a back seat... 

Kalau negara aman (kurang diserang), sumber-sumber boleh diguna untuk memajukan negara, tapi kena juga pastikan aspek ketenteraan terjaga, spend sebahagian sumber untuk upgrade tentera dan pertahanan, kalau tak bila kena serang sia-sia je... 

paparan bangunan2 dalam kampung...


Bila difikirkan, kita sangat beruntung hidup di Malaysia yang aman damai, sumber-sumber ekonomi kita boleh digunakan untuk memajukan negara (berbanding negara cam Korea Utara)...

Banyak sebenarnye pengajaran dan manfaat permainan ni, tapi rasanya dah cukup panjang cerita dah, bosan plak kalau panjang sangat... hehe

Neway, saya dah berhenti pun mewakili Malaysia di speedserver US, oleh sebab time constraint dan exam pun dah dekat, berhenti jela main walaupun hati sangat berat nak meninggalkan 3 kampung yang penat dibina daripada scratch... 

Sekarang ni kami main kat speedserver Malaysia plak, relax ckit coz pemain pun tak begitu agresif... hehe

Ps: Grafik game ni sangat simple, dan boleh dimainkan even guna internet yang merangkak2, tapi yang best adalah game ni sangat interaktif (online kan)... Don't judge this game by its graphic ok... hehe

Btw, post ni bukan nak promote game kepada sesiapa, just reminding myself of the good times I had playing there, the helpful alliance-mates that I had and all the interesting new things I learnt there... :)

5 comments:

Anonymous said...

"Hari ni saya nak cerita ckit pasal pengalaman saya dan kawan-kawan.."

Define 'kawan-kawan'?

ezud zaliy said...

@shamel: kawan-kawan travian saya= ahmad apai dan muhammad chinox... hehe

C.h.e.n.o.x. said...

din,,, aku nk reinforcement :P

Apai said...

hahahaah din asal kg ko xmaju2 ni hahahahaha

AF said...

Haha... Best sbnarnya main game online ni. Dulu aku pun selalu main. Skarang mcm dah bz sikit la pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails