Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Wednesday, September 29, 2010

The good things in life are.... expensive

Korang mesti biasa dengar ayat "the good things in life are free" kan? Sebenarnye saya x bersetuju dengan pernyataan ni, lebih-lebih lagi kalau kita tengok daripada sudut kesihatan... (Tajuk ni juga boleh di generalized kepada topik lain, tapi post ni fokus kepada kesihatan)

Contoh: 
Kalau kita order nescafe O ais kurang manis di kedai-kedai makan, ada beza tak harga dengan nescafe O ais biasa? Takde kan, sama je harga, walaupun kita cuma dapat gula separuh daripada biasa (estimation je)... 

Kalau kita order Nasi putih daging merah, harga pun biasanya sama dengan Nasi goreng daging merah, walaupun nasi tu tak digoreng... Tak adil kan, kita kena bayar harga yang sama untuk produk yang kurang isinya...

Kalau orang yang berkira mesti dia nak pilih nescafe O ais yang manis tu dan makan pulak Nasi goreng daging merah tu... Lagi berbaloi kata diaorang (tanpa mengira kos kalau menghidap penyakit seperti diabetes)...

Contoh-contoh lain:
Roti wholegrain lagi mahal daripada roti biasa... Sayur-sayuran organik berganda-ganda lebih mahal dari sayur biasa... Cereal yang ada buah-buahan kering lagi mahal daripada cereal biasa... Kenny Roger's Roasters mahal berbanding KFC... etc... banyak sangat contoh, cukup dah contoh-contoh ni rasanya untuk bagi korang faham kan...

Semua produk yang baik untuk kesihatan semuanya mahal (refer balik kepada tajuk kat atas)... 

Dari sudut kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam usaha mereka untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat (termasuk mengurangkan pengambilan makanan yang kurang lemak, gula, garam), pihak berkuasa sepatutnya menjadikan barangan yang lebih sihat ni harganya lebih berpatutan berbanding barangan yang kurang sihat...

Kalau air kotak soya kurang manis harganya murah sedikit (eg 20 sen murah) daripada air kotak soya yang biasa, mesti lebih ramai pengguna nak beli yang kurang manis tu kan? Dah le baik untuk kesihatan, jimat pulak tu... 

Ini tak, harga barangan yang lagi sihat biasanya sama atau lagi mahal daripada produk yang kurang sihat... Tapi pengguna-pengguna yang sayangkan badan dan keluarga masing-masing masih juga membeli barangan yang mahal nih, walaupun tanpa insentif dari segi kewangan...

Mungkin syor ini sukar diaplikasikan kepada harga kat kedai makan ataupun restoran, tapi, at least, pihak berkuasa harap boleh mempengaruhi pengilang-pengilang untuk menurunkan harga barangan-barangan sihat nih... Bila harga lebih murah, lebih ramai pengguna akan memilih opsyen sihat ini dan dari segi kolektif, masyarakat Malaysia akan lebih sihat...

Apa-apa pun, saya tak rasa harga produk-produk yang lebih sihat ni jadi lebih rendah dalam masa terdekat... Harga barang masih akan kekal tinggi untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna yang sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan... 

Dari sudut pengguna, berbaloi tak kita berbelanja lebih? Kalau jawapan saya memang berbaloi... Sebab kesihatan memang tak ternilai...

Wednesday, September 22, 2010

Be prepared


"If I had 8 hours to chop down a tree, I'd spend the first 6 hours sharpening my axe." – Abraham Lincoln

a good quote to describe the importance of preparation before doing the difficult work... Memandangkan esok ada presentation yang sangat penting, spend your time wisely to prepare for the oncoming onslaught... A sharp axe would easily chop down a tree compared to a blunt one...
Bak kata pengakap (or bekas pengakap) plak: Sentiasa Bersedia...

Thursday, September 16, 2010

Resident Evil: Afterlife (3D)


At first, I was not that interested to watch this movie, what more to watch the movie in 3D... I did not played the game (meaning I'm not a big fan of Resident Evil) and the trailer only appears as a zombie-shooting movie to me initially... 

However, things changed on morning of Eid when I came across one news article in The Malay Mail on Resident Evil 3D... The article was not so much on the movie review, because that movie was supposed to come out on that very day, so no one watches it yet (my assumption)... It was more on the production part...

One statement caught my mind... It was stated that "Resident Evil Afterlife is the first movie to be PRODUCED in 3D format after Avatar"... The other movies such as Clash of the titans etc were produced in conventional format but was converted into 3D format...

I still remembered Avatar (which I watched twice), it was beautifully made, especially in 3D... Those of you who watched the pirated version of the movie should not comment before watching the real 3D version ok...

Neway, I was curious about the movie and went to watched it 3D at GSC Dataran Pahlawan yesterday... My comment; a well-done action-packed movie with a good storyline (except the ending)... Worth spending my Rm 16 (3D tickets more expensive kan)...

The storyline was good, except the ending part... The movie started with a scene of a zombie outbreak in Tokyo, which was predictable... 

And the movie continues with the protagonist, Alice taking her revenge to Umbrella Corporation (the company who started the whole virus experiment, killing almost all of humans in the process)... 

This part was ok, not so much on the storyline but very action-packed... The downside is that I just don't understand where did all the Alice clones came from (maybe someone who played the game could enlighten me)...

The middle part was very good in terms of storyline, action and suspense... It seems that not only that zombies can run very fast, they also knew how to swim and dig underground tunnels... Amazing zombies... Not to forget the giant zombie carrying a huge metal axe... Kinda weird...

The ending was quite disappointing... I don't want to elaborate on this as it may kill the excitement when you watch it later (if you decide to do so)...

Overall, this is a very nice movie... The 3D effects were also quite good... Would I watch this movie again? Sure, why not... (kalau ada org ajak r)...

Oh, I forgot to state that this movie is rated "18" (especially for aksi-aksi kejam), budak kecik xleh tengok ok...

Ps: If you watch the movie in cinema, don't rush to go out at the end of the show, wait for awhile, there is a scene about a woman saying something pretty important i guess (I miss this part, rugi je)... 

Sekian...

Sunday, September 12, 2010

Setahun hanya sekali (or dua kali)



Ketupat, 
Ketupat daun palas,
Ketupat segera,


Lemang,
Lemang pulut hitam,


Rendang itik,
Rendang ayam
Rendang ayam kampung,
Rendang daging kambing (err, actually guna australian lamb, bukan goat)


Ayam masak kicap,
Ayam kampung masak kicap,


Ayam goreng cili,


Sambal kacang,
Sambal ikan bilis,
Sambal sotong,

Nasi beriyani,


Kuah lodeh,

Kari daging,

hmmm, rasanya dah lengkap dah list nih... list juadah hari raya pertama.... ni termasuk menu sarapan, lunch dan dinner (bukan semuanya makan sekali ok)... dan dimakan pada kadar secukup rasa (rasa je semua x makan banyak pun)... kalau amek bacaan total blood choleterol lepas makan semua nih mesti tinggi giler bacaan kan.... huhu...

Hari Raya bersambung kembali...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Masjid Selat Melaka, Melaka...

Taqabbalallahu minna wa minkum... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua yang mengenali diri dari rakan-rakan sekolah rendah hingga ke teman-teman di Universiti... 

Mohon maaf kalau ada salah dan silap kepada saudara/saudari...

Semoga kalian berbahagia meraikan hari lebaran bersama keluarga tersayang... 

Semoga kalian kenyang menjamah (bukan melantak) hidangan raya yang penuh kolesterol dan lemak (saya pun makan jugak, xpe lah, bukan selalu kan)... 

Semoga kalian gembira dapat berjumpa dgn saudara-mara dan rakan-rakan lama...

Sekian...

Ziarah Kubur di pagi raya

Drpd blog Dr.Mohd Asri, berkenaan menziarahi kubur dan bersedih di pagi raya...

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

Monday, September 6, 2010

Ramadhan Terakhir


Berakhir sudah Ramadhan terakhir bersama teman-teman seangkatan... Walaupun perjalanan masih panjang (beberapa bulan lagi) sebelum berpisah, tapi lepas ni xde lagi menyambut Ramadhan sama-sama lagi... 


Xde lagi gi orang nak ajak gi bazar Ramadhan membeli-belah juadah berbuka.... Xde lagi berbuka sama-sama sambil menonton epilog syurga cinta kat tv3... Xde lagi jamuan yg kena buat sate sendiri from scratch... Xde lagi solat terawih kat "masjid orang kaya" n masjid negeri etc....

Ya, Ramadhan memang istimewa... banyak sungguh kenangan spesifik dengan teman-teman yang berkaitan bulan Ramadhan... dan semuanya kini adalah kenangan je...

Kenape sayu je tulisan kali ni? Semuanya bermula bila kami kena perform lagu Brothers - Untukmu Teman time Iftar IPhA aritu... Lirik lagu ni memang menusuk jiwa... Mula-mula sebak gak nak nyanyi lagu nih, tapi bila dah practice lama-lama ok je...

Sebab lagu ni lah mula datang mood sayu ni... Neway, its a good wake-up call... Nasib baik dapat sedar awal-awal bahawa masa untuk kita bersama x lama lagi... Lepas ni semua dapat posting entah kat pelusuk mana-mana entah... 

Jadi kesimpulannya, hargai masa (bersama teman-teman) yang masih berbaki ni... Ramadhan Terakhir dah berlalu, lepas nih sedar x sedar, semua benda akan jadi yang terakhir... Jamuan Raya Terakhir (ada ke?), Visit terakhir, Exam terakhir, Hospital Attachment terakhir dan dipenghujung nanti...... AGD terakhir...

Sekian...

Wednesday, September 1, 2010

Shopping untuk Hari Raya


"Why do you shop? Because when I shop the world gets better... The world is better... And then it's not anymore... And I need to do it again..."

A marvelous quote from the movie Confession of a Shopaholic (which i watched not too long ago)... 

Why do I post this?

Because I feel like going shopping for eid tomorrow (memandangkan esok takde lecture)... I am thinking of buying a new pair of Baju Melayu and maybe something else too... Jom, lets go shopping, ada sale kut sekarang... Hehe

Pengguna yg bijak kena pilih barang berkualiti


Tahun ni nak pilih warna ape plak yer?
 Ps: the movie Confession of a shopaholic is quite an interesting movie.. banyak pengajaran dalam tuh, contohnya pasal berbelanja melebihi kemampuan etc... Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur, terutama mereka yang suka bershopping sakan... huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails