Minggu pertama bekerja, kami masih lagi homeless, memang xde
masa nak cari umah, so kami merempat di rumah encik azwadi di Taman JP Perdana
(area dekat Hosp Sultan Ismail, arah ke Kota Tinggi kalu dari JB).
Bertolak
dari situ setiap pagi pukul 6.50 pagi, dan tiba di HSA pukul 7.45pagi. Pastu kena punch in kat bangunan X-ray dan bergegas ke
In-Patient (Ward Supply) Pharmacy.
punch kad setiap hari... |
Kenapa bergegas? Sebab setiap pagi ada staff
meeting kat unit ni. Apa yang dibincangkan dalam meeting? Biasanya update pasal
stok, pekeliling terbaru, isu hari sebelumnya, ubat special untuk doktor-doktor
pakar di wad etc…
camni la rupa staff meeting, cuma staf ward supply pharmacy x ramai camni la... hehe |
Apa jobscope di In-Patient pharmacy? Klien kami adalah
ward-ward di HSA, dan tugas kami adalah bekalkan ubat "floor stock", ubat
"emergency trolley", dangerous drug (seperti morphine), psikotropik drug
(seperti diazepam) dan memproses prescription bagi pesakit yang ditahan tinggal
dalam wad.
Macam senang bunyi nyer kan? Actually tak pun… Dan banyak
masalah yang timbul dalam proses-proses ni.
Mula-mula start keje kat unit ni, saya ditugaskan di
bahagian “filling”. Kerja ni tak susah sangat la, cuma top-up floor stock
setiap wad, bekalkan ubat emergency trolley dan bungkuskan ubat mengikut
prescription yang telah di “screen” dan di label ke dalam troli ubat.
Troli ubat yang akan diisi oleh staf farmasi in-patient (ward supply) |
Tapi yang susahnya sebab tak tahu lokasi ubat time mula-mula
kerja… Ada banyak giler ubat dalam rak-rak ubat, ada yang dalam bilik fridge,
ada yang dalam stor je, ada yang kat bahagian ubat pakar, so struggle jugak la
nak cari satu-satu ubat untuk masukkan dalam trolley ubat. PPF banyak membantu
time awal-awal ni…
sukarnya mencari ubat untuk filling prescription... |
HSA mengamalkan sistem
pembekalan ubat secara Unit of Use dan Unit of Dose (tapi sikit je wad yang
guna UOD ni, kebanyakan guna UOU).
Selepas sehari dua buat filling je, dah graduate kepada
counter-checking… Buat filling dulu, bila dah siap, counter-check untuk
pastikan ubat yang dah di bungkus tadi ubat yang betul, strength ubat yang
betul dan kuantiti yang dibekalkan mencukupi. Biasanya countercheck ubat yang
di fill oleh orang lain la, yang kita fill tadi seeloknya bagi orang lain
check…
Awal minggu kedua, akhirnya graduate kepada tugas yang lebih
mencabar, “screening” prescription. Prescription akan dihantar by wad dan perlu
disaring. Tugas ni agak sukar untuk di terangkan, banyak prosesnya, tapi the
jist is that kami akan pastikan ubat yang diprescribe oleh doktor adalah sesuai,
dalam dose yang betul, tarikh betul, dan dibekalkan dalam kuantiti yang
mencukupi sehingga trolley day yang berikutnya… Kalau tak, boleh reject prescription tu...
ceh, screening sebelah mata jek... hehe |
Penting semasa proses screening ni untuk mengetahui apa
preparation yang ada di farmasi tu, sape yang boleh prescribe (tengok MOH blue
book dan policy hospital), dan stability setiap IV preparation.
setiap IV preparation ada stability yang berbeza... |
Minggu ketiga saya graduate lagi kepada tugas CDS pulak…
Dalam tugas ni, saya kena key-in manual prescription yang dah disaring tadi ke
dalam sistem komputer dan buat computerized nyer label for new prescription
(yang bukan top-up prescription).. Tugas ni sangat mencabar sebab ada satu
komputer je yang digunakan untuk CDS ni jadi sorang je yang akan buat tugas ni sepanjang
minggu..
Kira 4-5 orang pegawai farmasi akan screen pastu bagi kat
sorang untuk key-in dalam computer… kalau lambat buat memang obvious sangat la
sebab nanti fail akan membukit di sebelah, dan FRP dan PPF pun akan tegur…
hehehe… Neway, selepas dah key-in dan label, baru prescription akan di fill dan
akhirnya di counter-check…
key-in prescription ke dalam CDS... dan buat label... |
Apa lagi tugas-tugas di in-patient pharmacy? Jaga dangerous
drug dan psikotropik drugs (saya belum buat lagi), buat extemporaneous
preparation (biasanya syrup untuk paeds dan neonates wards), buat ward inspection, dan bedside
counselling (naik ke ward dan ajar patient guna device cam inhaler dan eye
ointment etc)…
extemporaneous compunding buat syrup untuk kanak-kanak dan baby... |
bedside counselling... tapi gambar ni bukan bedside pun... layan je lah.. hehe |
Sepanjang minggu pertama, kami berempat punch kad pukul 5
lebih dan terus beli makanan di cafĂ© hospital… Keluar dari hospital pukul
5.30ptg tapi akhirnya sampai di rumah senior tu dalam pukul 7.15malam (waktu
berbuka)… Malam pulak tido awal supaya esoknya bangun awal bersiap ke hospital…
Memang takde life…
That concludes my experience in HSA In-patient Pharmacy
(Induk)… Next week saya akan bertugas di Satellite in-patient pharmacy pulak…
mungkin lebih mencabar… Semoga coretan yang ringkas tapi masih berjela2 ni
berguna untuk orang yang membacanya… hehe