Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Sunday, August 21, 2011

Bekerja seperti tiada life…


Minggu pertama bekerja, kami masih lagi homeless, memang xde masa nak cari umah, so kami merempat di rumah encik azwadi di Taman JP Perdana (area dekat Hosp Sultan Ismail, arah ke Kota Tinggi kalu dari JB). 

Bertolak dari situ setiap pagi pukul 6.50 pagi, dan tiba di HSA pukul 7.45pagi. Pastu kena punch in kat bangunan X-ray dan bergegas ke In-Patient (Ward Supply) Pharmacy. 

punch kad setiap hari...
Kenapa bergegas? Sebab setiap pagi ada staff meeting kat unit ni. Apa yang dibincangkan dalam meeting? Biasanya update pasal stok, pekeliling terbaru, isu hari sebelumnya, ubat special untuk doktor-doktor pakar di wad etc…

camni la rupa staff meeting, cuma staf ward supply pharmacy x ramai camni la... hehe

Apa jobscope di In-Patient pharmacy? Klien kami adalah ward-ward di HSA, dan tugas kami adalah bekalkan ubat "floor stock", ubat "emergency trolley", dangerous drug (seperti morphine), psikotropik drug (seperti diazepam) dan memproses prescription bagi pesakit yang ditahan tinggal dalam wad.

Macam senang bunyi nyer kan? Actually tak pun… Dan banyak masalah yang timbul dalam proses-proses ni.

Mula-mula start keje kat unit ni, saya ditugaskan di bahagian “filling”. Kerja ni tak susah sangat la, cuma top-up floor stock setiap wad, bekalkan ubat emergency trolley dan bungkuskan ubat mengikut prescription yang telah di “screen” dan di label ke dalam troli ubat.

Troli ubat yang akan diisi oleh staf farmasi in-patient (ward supply)
Tapi yang susahnya sebab tak tahu lokasi ubat time mula-mula kerja… Ada banyak giler ubat dalam rak-rak ubat, ada yang dalam bilik fridge, ada yang dalam stor je, ada yang kat bahagian ubat pakar, so struggle jugak la nak cari satu-satu ubat untuk masukkan dalam trolley ubat. PPF banyak membantu time awal-awal ni…

sukarnya mencari ubat untuk filling prescription...
HSA mengamalkan  sistem pembekalan ubat secara Unit of Use dan Unit of Dose (tapi sikit je wad yang guna UOD ni, kebanyakan guna UOU).

Selepas sehari dua buat filling je, dah graduate kepada counter-checking… Buat filling dulu, bila dah siap, counter-check untuk pastikan ubat yang dah di bungkus tadi ubat yang betul, strength ubat yang betul dan kuantiti yang dibekalkan mencukupi. Biasanya countercheck ubat yang di fill oleh orang lain la, yang kita fill tadi seeloknya bagi orang lain check…

Awal minggu kedua, akhirnya graduate kepada tugas yang lebih mencabar, “screening” prescription. Prescription akan dihantar by wad dan perlu disaring. Tugas ni agak sukar untuk di terangkan, banyak prosesnya, tapi the jist is that kami akan pastikan ubat yang diprescribe oleh doktor adalah sesuai, dalam dose yang betul, tarikh betul, dan dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi sehingga trolley day yang berikutnya… Kalau tak, boleh reject prescription tu...

ceh, screening sebelah mata jek... hehe

Penting semasa proses screening ni untuk mengetahui apa preparation yang ada di farmasi tu, sape yang boleh prescribe (tengok MOH blue book dan policy hospital), dan stability setiap IV preparation.

setiap IV preparation ada stability yang berbeza...

Minggu ketiga saya graduate lagi kepada tugas CDS pulak… Dalam tugas ni, saya kena key-in manual prescription yang dah disaring tadi ke dalam sistem komputer dan buat computerized nyer label for new prescription (yang bukan top-up prescription).. Tugas ni sangat mencabar sebab ada satu komputer je yang digunakan untuk CDS ni jadi sorang je yang akan buat tugas ni sepanjang minggu..

Kira 4-5 orang pegawai farmasi akan screen pastu bagi kat sorang untuk key-in dalam computer… kalau lambat buat memang obvious sangat la sebab nanti fail akan membukit di sebelah, dan FRP dan PPF pun akan tegur… hehehe… Neway, selepas dah key-in dan label, baru prescription akan di fill dan akhirnya di counter-check…

key-in prescription ke dalam CDS... dan buat label...

Apa lagi tugas-tugas di in-patient pharmacy? Jaga dangerous drug dan psikotropik drugs (saya belum buat lagi), buat extemporaneous preparation (biasanya syrup untuk paeds dan neonates wards), buat ward inspection, dan bedside counselling (naik ke ward dan ajar patient guna device cam inhaler dan eye ointment etc)…  

extemporaneous compunding buat syrup untuk kanak-kanak dan baby...
bedside counselling... tapi gambar ni bukan bedside pun... layan je lah.. hehe
Sepanjang minggu pertama, kami berempat punch kad pukul 5 lebih dan terus beli makanan di café hospital… Keluar dari hospital pukul 5.30ptg tapi akhirnya sampai di rumah senior tu dalam pukul 7.15malam (waktu berbuka)… Malam pulak tido awal supaya esoknya bangun awal bersiap ke hospital… Memang takde life…

That concludes my experience in HSA In-patient Pharmacy (Induk)… Next week saya akan bertugas di Satellite in-patient pharmacy pulak… mungkin lebih mencabar… Semoga coretan yang ringkas tapi masih berjela2 ni berguna untuk orang yang membacanya… hehe   

14 comments:

Ilham Nur said...

Haha. Pening dah baca.

ezud zaliy said...

che am> pening ke? sori la, ak tulis ikut experience bukan ikut step by step prosedur...

kalau ikut step by step: screening -> CDS (key-in n label) -> filling -> counterceheck... hehe

cieybah said...

wahh cam ada level jer keje ko wat din..eheeh..ak 2 hari je kena wat filling..pastu terus kena screening,countercheck,CDS..xckup pmcist kt spital tu..jdnya nak ke ,tak nak ke,terpaksa wat..main aci redah je....pastu yg seksa bila kena call2 dr perbetul dose laa,strength laaa...memang kena siap2 tadah telinga arr...huhuhu

MarMin said...

nape korg 2 hari jek filling..aku seminggu kottttt..hehe..tu pn ms minggu ke2 xstart screening btol2..sbb frp bz, xdan nk ajar lg..minggu ke3 dh start pgg blk DD..minggu dpn dh last kt ward supply, tp logbook msh putih bersih!!

ummi sofiya said...

em,btul lah..sy pn kadang2 rs bila dh keje ni xde life.balik keje mesti penat dh.sampai bile la blh btahan.huhu

aqel said...

menarik! =)
oh, kne stdy bebetol esp bab device counselling ek. -_-'
logbook tu nk kene isi camne bro?

ezud zaliy said...

ciey > memang ada step by step r... belajar yg senang dulu, br gi yg susah...

neway, lepas dah belajar ak kne buat suma keje sekali gak, bukan buat satu keje jek utk sepanjang hari... kami pun x cukup staf gak, walaupun hosp besar... hehe

ezud zaliy said...

marmin > actually ak kne filling everyday daripada day 1 sampai sekarang... mula2 filling jek, pastu dua tiga hari pastu bila dah belajar countercheck n screening, kne screen+fill+countercheck...

sekarang dah belajar suma kena buat semua r, drpd screen+CDS+fill+countercheck.... filling x pernah x buat sbb nak siapkan troli cepat kan... hehe

ezud zaliy said...

ummi sofiya> apa nak buat, makan gaji kan, kne la ikut waktu dan tugasan kerja... alah bisa tegal biasa, lama2 x rasa penat sgt kut... hehe

ezud zaliy said...

aqel> logbook nyer format berubah setiap tahun rasanya so time korang nnti lain ckit kut...

dalam logbook tu dah ada table yang kne isi, so isi je apa yg dia nak... x susah kut... cuma nak cari masa utk trace balik apa yg dah dibuat tu yg susah ckit...

Shamel said...

Hmm..I regard this as a way you share your restless feeling with us. A good thing untuk lepaskan tekanan. :-)

Anyway, walaupon aku blom keje, I might wanna say this; LEARN MORE ABOUT YOUR JOB. I mean, amik mase to really understand why u do things u do at work instead of ko buat evrything sebab 'that's how it flows'!

Even this is a job we're going to go through for YEARS ahead, setiap hari there is more to discover bro. There are great opportunities for growth and learning. U might feel like u're just a nerd in a white coat from 7am to 5pm running here and there like a zombie but patients see you as an expert in your field.

What's more?! amik masa sket setiap mlm b4 tdo tngok documentaries. kat youtube ke..Haha. This is one way to get yourself involve in a world outside HOSPITAL. It's truly life enhancing. serius.

Penutupnya, harap sedikit sebanyak dapat motivate ko untuk kerja. :-)

ezud zaliy said...

shamel> thanks for the motivation... neway, jgn salah faham plak, i love our profession very very much... and i love what i'm learning everyday... and i love wearing white coat (xde rasa cam nerd pun)... hehe...

cuma rasa cam xde life outside of hospital je sekarang, bila balik dah malam n dah penat, so tido awal... thats one whole day... hope that as time goes by, rasa penat ni berkurang so that my life outside work can be more fulfilling... hehe...

neway, thanks for the advise n motivation... i'll try to find time to do it... :)

fadlanfitri said...

satelite so far x susah sgt... screening ubat2 dalam wad je.. UOD mula2 je pening. tp ble dah biase rase soo much easier than UOU.

cepat2 la cari umah lain. sampai ble ko nak ulang alik nak kene pegi seawal 6.45. fuhh, kalu aku x tahan hari2. aku ulang alik g keje 10 minit je. tp kdg2 balik2 tu pun collapse gak. hehe.

ezud zaliy said...

fadlan> kitorang tumpang umah wadi seminggu jek... pastu dah cari umah yang dekat ckit...

sekarang ni dr umah br, 10min je travelling gi keje pagi2...

tapi like what u said, even dah pindah dekat pun penat gak time balik keje... hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails