Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Friday, February 4, 2011

Memilih Pemimpin


Baru membaca artikel terbaru Dr. Mohd Asri dan terasa nak memetik sesuatu yang menarik dari situ, berkaitan memilih pemimpin...

Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai 2 rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah

al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. 

al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…

al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. 

Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. 

(m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)


Nota kaki: 

Memilih pemimpin tak semestinya merujuk kepada mengundi dalam pilihanraya... Pemimpin wujud dalam setiap peringkat masyarakat (termasuklah batch leader, group leader etc)... 

Dan bila memilih pemimpin ni, mula-mula kena tengok apa skop kerja jawatan  kosong itu dan lepas tu baru pilih pemimpin yang sesuai dengan skop kerja tu... Skop kerja sebagai pemimpin negara sudah tentulah berbeza daripada skop kerja sebagai class rep kan...

Rasanya macam ramai orang yang memilih pemimpin tanpa mengambil tahu terlebih dahulu apa skop kerja jawatan tu sendiri... Kalau macam tu camne nak pilih pemimpin terbaik untuk memegang jawatan tu kan...  

Banyak sangat kali kita akan kena pilih pemimpin dalam hidup... Untuk pemilihan-pemilihan yang akan datang ni, cuba fikirkan tentang 2 rukun ni ok, al-Quwwah dan al-Amanah... 

Sekian...

Dalam situasi ni, saya syorkan mereka memilih itik yg paling pandai melintas jalan sbg pemimpin... hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails