Sepanjang 3 tahun lebih duk bermukim di Kuantan pun tak pernah terfikir akan naik river cruise di Kuantan...
Oleh yang demikian, terima kasih banyak-banyak kepada matmin dan komiti-komiti RxQuiz yang telah membawa kami (peserta-peserta RxQuiz) menyusuri Sungai Kuantan (bukan sungai Pahang tau) dengan percuma...
Kalau korang tanya saya best ke tak river cruise ni, jawapan saya boleh tahan menarik la, boleh rasa angin yang menderu sambil menikmati pemandangan indah...
Cuma agak bosan bila bot ni sedang melalui kawasan paya bakau yang luas sebab takde pemandangan yang best time tu...
Bayarannya pulak adalah Rm 15 seorang, agak mahal kan...
Kesimpulannya, kalau dapat naik cruise ni tanpa bayaran (free) macam saya, memang best, rugi kalau tak naik, tapi kalau kena bayar Rm 15 untuk naik, tak pasti la berbaloi ke tak...
Ps: Kalau tak nak spend duit, boleh tengok video yang saya dah rakam kat atas nih berulang-kali... huhu... Bunyi pun takde edit, boleh dengar bunyi enjin bot dan bunyi angin menderu...
5 comments:
Lepas ni nak naik river cruise Sungai Melaka lak... huhu
rabu (9/12/10)??
eh khamis2..silap..jadual ak agak terhad next week..tanpa ko pun ak akan dtg melaka..hehehe
Sungai Kuantan naik bot. Sungai Pahang kena berakitlah, hehe.
P/s: Aku pernah 'river cruise' di Temerloh, RM2 rasanya.
@che am: cam cuak je nak naik rakit... dah le sungai pahang ada buaya, (kan neng?)... huhu
Post a Comment