Pages

a

"I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name will soon be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul, and to me, this has always been enough."

Sunday, October 16, 2011

Saturday, October 1, 2011

Oncology Pharmacy Services…


Oncology Pharmacy adalah perkhidmatan farmasi yang berkaitan dengan chemotherapy untuk pesakit kanser dan beberapa indication lain yang bukan kanser.


Unit ini di bawah Sub-department Aseptic Manufacturing, sekali dengan TPN, IV admixture dan Nuclear Pharmacy…

Kenapa istilah Oncology Pharmacy digunakan dalam post ini dan bukan Farmasi CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution) seperti yang tertampal di pintu unit ini?

Pertama, sebab tajuk Logbook PRP pun guna istilah ni dan bukannya CDR. Kedua, perkhidmatan di unit ni extend beyond CDR dan meliputi penjagaan pesakit chemo di ward.

Jobscope utama di unit ni tentulah Cytotoxic Drug Reconstitution, ataupun dalam bahasa yang lebih mudah, menyediakan ubat chemotherapy  (yang tosik kepada sel) untuk di infuse ke dalam mana-mana bahagian badan pesakit kanser (dan bukan kanser). 

Ada ubat cytotoxic yang dalam bentuk powder dan ada yang dalam bentuk solution... Biasanya semuanya dalam vial, not ampoule... Yang dalam ampoule tu biasanya ubat non-cytotoxic yang sebahagian daripada chemotherapy regime...
Selain daripada tu, ada juga perkhidmatan monitoring pesakit chemo, dan perkhidmatan kaunseling side effects dan penjagaan diri ketika chemo. Kedua-dua perkhidmatan ni dibuat oleh pharmacist di wad.

Ok, itu overview jobscope di unit farmasi onkologi…  Sekarang cerita tentang pelanggan Unit Farmasi Onkologi HSA pulak…

Ada 2 “unit” yang di service oleh unit farmasi onkologi HSA. Pertama adalah Unit Hematology yang merangkumi Hemato Ward dan Hemato Daycare. Unit hematology HSA ada pakarnya sendiri dan biasanya ubat chemo yang diprescribe oleh pakar hemato adalah untuk kanser seperti Leukemia dan lain-lain yang blood-related…

Selain daripada unit hematology, kesemua pesakit chemo lain kami kategorikan under unit onkologi (walaupun officially tak wujud unit ni sebab HSA tiada Pakar Onkologi). Kanser-kanser seperti breast cancer, colon cancer, lung cancer dan lain-lain di kategorikan under unit onkologi.

Kalau HSA tiada pakar onkologi, siapa yang prescribe chemo regimen untuk pesakit-pesakit tu?

Jawapannya adalah Pakar Perubatan Onkologi di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB. Pesakit akan di refer ke HSI untuk appointment dengan pakar onkologi. Pakar Perubatan Onkologi di HSI akan prescribe regiment untuk pesakit dan akan direfer kembali ke HSA untuk rawatan chemotherapy.

Hospital Sultan Ismail - hospital besar kedua di JB... Kat sini ada Pakar Perubatan Onkologi untuk JB...
Di HSA, Medical Officer (MO) di Palliative care Unit (PCU) akan take care of patient chemo ni, apa-apa masalah, intervention or clarification, unit farmasi onkologi akan hubungi MO di wad ini… Kalau mereka tak dapat selesaikan, mereka akan consult balik pakar di HSI tu.

Wad daycare biasanya macam ni... Banyak kerusi jenis recliners je instead of katil,biasanya untuk patient yang on chemo satu hari je dalam setiap cycle...

Ok, cukup takat tu rasanya sedikit pengenalan kepada Unit farmasi Onkologi HSA… Lepas ni baru sambung cerita detail ckit... 

Akhir kata, walaupun HSA tergolong dalam kumpulan hospital-hospital “pre-historic” di Malaysia, tetapi perkhidmatan farmasi onkologi ini sangat baru di hospital ini, baru dalam 4 bulan usianya.

Oleh yang demikian,  mungkin apa yang rakan-rakan prp alami di hospital lain jauh lebih advance daripada perkhidmatan di HSA. Kalau ada benda yang menarik di unit farmasi onkologi hospital korang, boleh r tambah komen or anything k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails